ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan


Pada 28 July 11, jam 2.30 petang, maka aku serta kawan2 satu batch telah selamat diberi penanugerahan ijazah sarjana muda oleh pro canselor upsi YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Yahaya bin Ibrahim. Kami juga telah di istiharkan oleh naib canselor Prof Aminah Ayob sebagai pelajar Alumni UPSI.

Pelbagai perasaan ada. Gembira sebab dah berjaya tamat pelajaran degree dengan jayanya. Sedih kerana kali terakhir berjumpa dengan kawan2 Seuniversiti. Aku juga ditawarkan sambung belajar sarjana(master) disini. Tapi bagi aku, cukupla setakat ini dahulu. Terlalu jerih rasanya belajar tanpa ada bekalan wang yang cukup. Namun, perancangan tuhan, kita semua tak dapat duga.

Ramadhan bakal menjelang. Hari ni mood aku tak ok Sedih kerana tak berpeluang nak bergambar dengan kawan2 kerana Ayah terburu-buru mahu pulang, begitu juga abang. Alih2 puan emak yang menjadi tempat aku menempias geram. Maafkan aku emak. Walhal emak banyak memberi ruang untukku. Kerana emak terlalu baik, mulia dan pemaaf. tapi aku?? mudah sangat melenting.

"i'm sorry mak"

apa pun, majlis dah selesai. Terima kasih Ayah, abang dan emak kerana sudi datang ke majlis ku ini. Arigato.. sayang kamu

imbas kembali waktu aku di dalam kereta untuk pulang. Ayah bersuara "nnti sambunglah master. Gaji lagi besar". Aku diam sahaja. Seandainya ayah tahu bertapa aku ingin. Tapi aku juga takut andai aku tidak mampu dan tidak bersedia. Aku ingin cari duit dahulu ayah.. aku ingin sekali memberi kamu, emak dan ayah duit hasil kerjaku.. andainya kamu tahu. Aku ingin sekali melihat kamu gembira dengan kejayaanku. Agar aku sebagai seorang anak, dapat membuat mu hidup senang kerana mempunyai anak seperti aku.


Kita biasa la kan mesej2 dgn kwn2. Betul tak?. Tak kira lelaki ke perempuan ke.. Apatah lagi member2 zaman sekolah dulu kan.

Masalahnya dengan seorang 'kawan lama' ni ialah beberapa hari ni dia selalu mesg aku. Aku pun balas mcm biasa la kan. Aku tak nak di cop sombong, walhal aku pun tak berapa nak ingt member2 lelaki dalam kelas masa aku sekolah dulu. Apatah lagi aku pun tak pernah nak bergaul mesra dgn mereka yang namanya LELAKI..

ceritanya.. pada suatu hari ni , aku dan dia msg mcm biasa2 la kan. Lepas tu keesokkan harinya dia mesej lagi, aku balas la. seterus nya dan seterusnya. then pada suatu hari, aku dapati, dia ni mula gemar menghntar mesej2 tersirat dan puitis.. kadang aku terpikir, lelaki ni apsal plak hah... dah pelik aneh punya perangai. Aku tak layan itu semua la. Then satu hari tu, dia pun htr msg yang begini dgn aku.

"Ambe rasa pelik bakpe ambe leh ske bual ngn ye skrg, xpernah mkir ckit jd gni. Pelik x pelik xthu nk kte r sapa mcm2 ambe rase.. Ambe jd tanya smeada ye ni dcipta dri rusuk ambe. mmg kelakar ork p rahsia Allah xorg pn tahu. k salam "

aku baca, then aku tak balas la. Dah dia pun dah ucpkan salam. Aku kelu la.. ingt aku ni bodoh benar ke tk fhm pe yang dia maksudkan. Aku tertanya tanya, dia menghrapkan jawapan aku ke??

aku malas nk pikir la. Then, beberapa hari kemudian, aku dapat mesej yang sama.. seolah di resend kembali utk aku.

Aku pun balas la. "PELIK". dia pun balas balik 'bkpe pelik tiba2"? . then aku pun ckp la, msg hari tu sampai lagi hri ni. Aku malas nak pjg2 cerita aku ckp terus terang je la kat dia

" kita xleh pecaya sgt pd perasaan, , jd better jgn pk sgt. Lgpn kita ni bru je nampk mcm kwn, sb selama ni kita tk pernh nk bertgur sape. Jd jgn anggp sb kita dh selesa berkawan kita dah jadi pikir perasaan lain. ok".

mmg aku tak nak pikir pn...

lepas tu perbualan kembali normal.. mcm biasa2. lepas tu tamat.

fuhh.. lega. dia faham. bagusla.

mujur aku tak kelu lama2. lau tak leh terbabas perasaan gak. keh3.
pandai lelaki main ayat ye dok.

tapi aku kuat dgn diri aku. Aku tak layak utk sape2.

Hari ini aku dapat tahu sesuatu..

serius.. aku terkejut. .. Biarla aku simpan hal ini.

next, aku selama 2 minggu ni tak henti layan internet, bukan apa, aku kena alert tentang

1 - urusan konvo

dan mmg banyak perkara pun pasal konvo aku kena alert.. isi borang ini la, isi pengesahan ini la, bayar ini la, itu la, jawab soalan la... dengan laman web yang berbeza2. Hah. kalau aku tak alert tak ke aku tertinggal semua benda tu

2 - Borang Posting

Sah2 la aku buka internet sb aku bimbang borang posting keluar. Jadi aku kena sentiasa bersiap sedia. Yela takut nnti terlambat ke apa2 ke, kena buat apa ke..

3 - Hilang kan boring

biasala kan, aku duk umah 24 jam.. err tak. mmg setiap hari terkurung lam umah. Tahap boring tu, jangan tanya la. kang aku cepuk kang. ..haish..
sama ada aku blogwalking, fb, chatting or main game


Padahnya hari ini -- dapat bil api. jeng2..

RM93.25 sen..

aku confirm.. mesti ayah marah punya.

sb Bil api jadi tinggi ialah

1. Aku pasang laptop diibaratkan 24 jam la. Layan fb, game, chat, blog, movie and etc
2. Kakak aku pun pasang laptop setiap kali dia balik keja.. layan movie
3. Adik aku punya laptop, sekolah bagi untuk student f5 -hari2 asyik main game dalam bilik lepas balik sekolah
4. adik perempuan aku ada e-book darjah 5 hari2 asyik main lukis2 dalam e-book nya. hah..juga main game.
5. Adik aku yang lain, ayah, mak aku hari2 mengadap tv. oh ok, ayah aku kurang tgk tb.

itu la puncanya, belum lagi dengan peralatan elektrik yang lain.

so, mcmna...

BAYAR JE LA.. hehe..

Aku pelik sbnrnya dgn blog ni, knpa waktu dan harinya mesti terlewat sehari dari masa aku tulis tulis tu.rupanya,,citt,, setting nya lain la..aku guna jam negara apa dah..bukan jam Kuala Lumpur.

ok, kembali pd citer. zero me..

2 minggu cuti skolah ni, ramai dah kwn2 kawin dan bertunang. congrat semuanya. ok, straight 2 da point, aku terpikir adakah aku tidak akan alami semua tu?? ye la.. aku tak rapat pun dgn llki. sama ada di sekolah zmn bljar, di universiti mahupun masa aku kemana-mana samaada ros, praktikum atau di tmpt kerja sementara yang pernah aku pergi. serius, mmg aku tk rapat dgn lelaki.. mcman lelaki nk kenal aku. ye tak??.. haha..

itu la aku..zero me..

xde pape pun pasal aku yang menarik hati gol lelaki ni utk mendekati rapat dgn aku. apatah lagi nak lebih2 dari itu. jenis aku pulak, mmg aku tak reti nak bergaul dgn lelaki..lain la adik beradik aku. dengan sepupu lelaki sendiri pun aku tak rapat dan tak kenl. hah..ko leh bayangkan.. TAK KENAL. maksudnya disini, sah2 mereka pun tak kenal aku...

lagipun aku xde pape kelebihan.. ZERO.

tk pndai masak, tak pndai nk bergaya, tk pndai nk ambik hati, tk pandai dan tk pandai.. asyik menyusahkan orang.. tka caya tanya la keluarga aku.. aku la yang paling banyak menyusahkan mereka.

kalau blh aku taknk pikir, aku nak kerja..tumpu perhatian pada masa depan aku..

so kita FUCK..

oopss.. jangan terkejut dgn perkataan aku. student aku la nih yang nakal2 bagi aku perkataan ni
means dia Fokus Untuk Capai Kejayaan.. so aku akan fokus untuk itu. biar aku berjaya dapat kerja dan berjaya menjadi guru terbaik dan berkesan

ok, pesanan, jgn guna singkatan itu utk perkara positif.. sb bila disingkatkan mencarut la bunyinya. kalau hari2 sebut fuck, tk ke org dah salah faham. ish ank2 muda zmn skrg.

yang aku tahu bekas student aku ni guna singkatan FUCK bukan utk Fokus Untuk Capai Kejayaan tetapi Fokus Untuk Cari Kekasih. buktinya, blog2 bekas student aku ni, diorang asyik duk citer pasal awek or pakwe. nasibla budak kelas depan. adehh..maju dunia skrg. aku zmn sek. tk teringin pn nk cerita pasal pkwe2 ni.

nk tgk blog diorang.. ni link

blog - bekas studnt aku yang llki dlm gambar tu. tajuknya LOVE U ONLY

yang lain byk ag. tapi malas nak letak. satu cukupla

so, bagi aku, aku tak nak pikir semua tu, aku akan cuba buat2 tak tahu tentang hal diri aku berkaitan di atas tu. K.A.H.W.I.N. walaupun aku sentiasa memikirkannya.. tak tahu dan tak nak ambik tahu


tapi boleh kah agak2 ??

apa yang confirm ni...cop2. jgn buat andaian apa2 okeh.

hari ni aku buka lagi fb, aku dapat tahu, result praktikum yang sebetulnya mmg dah kuar. rata2 semua gembira.. aku? gembira tak.? bukan tak gembirta, tapi, sebab result praktikum aku, aku tak berapa nak gembira. mcm jahanam aku rasa. loss..semua confident aku nak jadi cikgu dah berada pada tahap 0.001. Ko tahu apa maksudnya tu? pikir sendiri. tapi of course la aku gembira la sbb aku lulus dan berjaya untuk konvo. tak de la aku repeat paper. ermm.. terima kasih untuk 'kegembiraan itu' . walaupun aku ckp aku dah redha. perasaan tak puas hati pada dr still lagi ada. maaf aku tak leh nak tolak dan buang rasa tu. ok. makin aku tgk . makin aku rasa sakit hati. lebih2 bila aku tgk pngk..arhh

bertapa 'bengkak' nya aku rasa, bengang nya aku, membara nya, panas nya hati aku ni.. hanya aku yang rasa. tapi aku memang seorang yang baran.




1 jun hari tu, result praktikum keluar. aku mcm tak sdp hati je. nak cek ke tak nak.nak cek ke tak nak. alih2 sorang kawan ni tanya kat chat fb aku, "dah cek ke result?". dah aku tak nak pikir kena pikir jugak. Baiklah, aku cek. buka la aku my portal. key in paswood.. click situ click sini..

tetiba aku jadi down bila tgk markah.terus jadi xde mood. ok jujur, aku menyumpah seranah pensyarah aku tu. point2 menyumpah tu biarla dirahsiakan..

nak tahu aku dapat apa. ok aku dapat B. so apsal? jgn kata aku tak bersyukur. bukan tak bersyukur, tapi kalau dapat B- sah2 aku kena repeat balik. jangan criter bab2 repeat ni.. mmg aku tak nak lalui dan alami. tu sbb la aku sentiasa berusaha sejak masuk U ni. kalau repeat byk problem maa.. duit aku nk cekau kot mana. keluarga aku bukan org senang. byk faktor dowh

dah macam aku tak buat apa2 kat sekolah je bila aku dapat B. punya la kedekut markah. dah la bagi markah pejam mata. penat lelah aku tu, ko ada nampak ke.. ko ada tanya tak cikgu2 kat sekolah tu apa aku buat, ko ada tanya pengetua tak apa sumbangan aku, ko ada observe aku betul2 tak, setakat observe luar kelas bagi tazkirah buat per, ko ada tanya student2 aku tak diorang faham ke tidak, ko ada cek tak pe aktiviti aku buat, tak tido malam ni nak buat semua tu. aku bukan nak mengungkit. tapi aku rasa mcm tak berbaloi je. Bayangkan selama 4 tahun aku bertungkus lumus nk dpt ANUGERAH DEKAN semata-mata nak naikkan aku punya pngk keseluruhna seolah sia2.bila result praktikum menyebbakan semua anugerah yang aku dapat tu seolah ditarik balik menurunkan aku punya pngk. ingt senang ke nak naikkan pngk. nak naikkan 0.01 pun sangt susah bagi aku. inikah turun pulak sebanyak 0.04 point. kalau tak sah2 aku blh dapat medal dekan. arghh..tension. ok cukup2..aku dah ter emosi ni.

hah.. ko rasa apa aku punya ekspresi wajah aku sekarang.. guess lar. klik sini

tapi org kata result tu tak confirm lagi. yang tu aku tak pasti. hari ni aku cek balik, dah xde dah result utk praktikum. ape ceriter mcm ni. lantak ar. aku tgh mood tak baik. menyumpah pun dah menyumpah. tapi dah sehari aku duk main game ngarut2, dah sehari aku duk menangis, dan ari ni aku pi sekayu. menyelam lama... sejukkan kepala yang tengah marah. duk situ diam2 sampai la abang aku ckp, jom balik... aku pun naik salin baju dan go. membisu seribu bahasa.

so maknanya. aku dah tak marah mana dah skrg ni. aku dah redha semuanya. tapi aku takkan mengalah. yerpp

Well dah habis praktikum ni, duk saja2 la kat umah. nk pi jln2 transport plak xde. masak r terkurung lam umh. elehh..mcm tk biasa.haha

ok, ye la kan, disebbkan ramai dah bekas student aku tahu aku punya alamt fb, maka secara tak langsung la kan diorang2 add aku jd kawan dan aku aprrove la. secara tak langsung, masa aku tgh dan terlalu byk masa free ni, aku silau2 la atau org kata melawat2 la beks student punya fb.

lagi tgk, lagi aktif tgn aku ni duk tekan.. dlm hati..perghh!! nak tahu apa yang mnybbkan aku tersentak terkagum dan terkelu? hah

actually, aku bukan shja melawt fb bekas student2 aku.malah blog mereka. apa yang menyebbkan aku makin rasa tak layak jadi guru sbb inilah.. bekas student2 aku sgt2 la advance, sgt2 bijak, sgt2 hebat. aku rasa mcm tak layak jadi cikgu..seriously aku ckp. lemah smgt aku.

kalau bab bahasa inggeris tu tk pyh ckp r, mmg berhabuk la diorang leh sembur. ye la dah bahasa tu jadi bahasa perantara diorang. bergaul dgn budak2 lain bangsa yg juga ber speaking.. maka bertambah gementar aku dibuatnya. aku ni mcm budak sek tadika je bahasa inggerisnya. merangkak2 entah betul entah tidak. main hentam shja. tanya cikgu seni pun main guna bhasa inggeris mana aku tak berpeluh jantan. tercabar tuh.

so, dari pengalaman aku buat latihan mengajar. aku mesti kena muhasabah diri. aku kena lagi hebat dari student2 aku. aku mesti kena bykkan membaca, improvekan aku punya pengetahuan tak kira la apa jua subjek. pernah aku relief kelas, student tanya aku subjek math dlm BI pulak.. tercengeng jugak aku nak buat ke tidak.dah lama bhai aku tinggal kan semua subjek kira2 ni. apth lagi dulu aku belaja dalam bM je. dah jadi EMPTY kepala otak aku sekarang ni.

conclusionnya, kalau la aku dapat posting sekolah yang advance mcm gini, teruk dowh aku kena main. jd, azam aku. aku nak tingkatkan ilmu pengetahuan aku. ala sekadar subjek sekolah menengah.. insyaALLAH aku blh nk belaja semula. sedangkan subjek universiti aku dah berjaya harungi.tak gitu?.haha. cuma belaja aku ni bukan utk exam, tapi ilmu tuk diri sendiri. biar fhm dan bukan hafal mcm aku buat msa exam dulu2. ni la org kata buat satu lonjakkan paradigma utk diri sendiri. aku akan berusaha utk ke arah itu.

pesanan pensyarah aku selepas habis praktikum : jangan sampai student lagi bijak dari cikgu. cikgu kena double bijak dari student. ...~ngeee..yang ni aku mmg sgt2 setuju. aku nak tripple..tamak tak aku. ok.belaja2.