ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

pada 24 februari di kelas 2ukm. disebabkan kelas permulaan. pelajar-pelajar keluar masuk seorang demi sorang, ada pelajar yang mejanya tak ada perlu mencari meja dan kerusi, pelajar kelas sebelah masuk ke kelas ku dan menggagu pelajar-pelajar ku. aku masih diam disitu di hadapan kelas. memerhatikan reaksi dan karenah2 dunia pelajar ku ketika itu. Kelas bising dengan pelajar-pelajar membuat drama-drama nya. cina dengan gaya cina. india dengan cara india dan melayu dengan cara melayu.

Pada masa ini, aku diibarat tidak wujud dalam kelas tersebut. diamku makin memberi kelebihan kepada pelajar untuk bergelak ketawa dan bersenda gurau. nota di papan white board aku berikan hanya 3 orang pelajar yang menyalinnya. yang lain sibuk menguruskan urusan dunia, persembangan yang entah bila akan selesai.

Setelah beberapa minit aku berdiam dan kaku, dan waktu keluar masuk pelajar semakin redha. kelas masih lagi bising. Waktu itu, tahap kesabaran aku memang dah sampai kemuncak meledak-ledak..dan...

dengan satu laungan yang kali pertama aku menjerkah dengan sekuat-kuat tenaga aku dan had suara ku serentak dengan aku menghentak buku2 ke meja dengan kuat.. kelas diam serta merta. masa tu aku dah tak mampu nak mengawal diri. terus aku sindir pelajarku kerana kelakuan pelajarku yang teruk. xde lagi senyuman xde lagi muka blur. bengis macam nak makan orang.

waktu aku bersuara aku dapat merasakan suara ku menggeletar dan mengiggil, aku mengetap bibir dan berhenti bersuara. aku bimbang kalau nanti tumpah air jernih di pipi ini.

Sedar tak sedar dah masuk 2 minggu aku kat sekolah sebagai guru praktikum. Penatnya menjadi seorang guru benar-benar aku rasai, Belum masuk lagi bab student, program,metim. Terlalu banyak perkara yang seorang guru lakukan. dari kerani, tukang kebun, jurulatih, cikgu, kaunselor, pengerusi, setiausaha..hahahaa..mmg semua tu kerja guru

Oklah, pengalaman aku selama berpraktikum di starp ni banyak sengat kalau nak cakap. aku pindah rumah, bawak moto then pindah lagi, then ada yang accident, lepas tu masalah student lagi. adoii tak larat..

esok hari ahad. jangan di sangka guru rehat yaa..guru juga masih kena bekerja sebagai tukang cat dan juga perancang program. bercerita tentang student, aku rasa lelah. aku punya ABM pun entah apa2. dengan bahan tak cukup dan banyak lagi problem lainnya. masuk je kelas aku kena menjerit dengan suara paling kuat. itu pun ada lagi student yang tak dengar..nak pecah rasanya lubang tekak aku ni bersuara.

paling tak leh tahan, student leh nak makan cikgu.dah la aku ni jenis jujur dan lurus berbendul.. kena makan dengan senangnya oleh student. xpe2.kali ni korang menang..lain kali... aku akan lebih bersedia.hehehe..

so far so good.xde masalah lagi setakat ni. alhamdulillah.harap2 xde masalah hingga ke akhirnya.