ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Assalamualaikum.

Agak sepi blog ini.. lama si tuannya tidak update.
Blog, aku memang rindukan kau. Disinilah tempat aku mencoret rasa yang ter dalam.

Penghujung bulan dua, aku dah resign. Sekarang aku memulakan langkah awal dalam mendapatkan lesen. Umur aku yang dah tua begini baru buat lesen. Malunya..

Apa pun, aku harap ada sinar

sinar agar aku tidak lalai kepada segala perintahNYA yang Esa
sinar dalam mendapatkan kerjaya tetap.
sinar dalam mengubah hidup keluarga ku ke arah lebih baik.
sinar dalam memberi kebahgian pada mak dan ayah
sinar dalam mendapatkan pasangan hidup.

sungguh, aku mengharapkan perancangan ALLAH. Walau sekuat mana aku merancang, Andai baik diaturkan NYA untukku.. maka Alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya, aku kena tabah.
Dan semestinya aku mengharapkan perancangan yang baik untukku. Amin.

Hari ni..dah 24 tahun aku hidup di bumi ALLAH. Alhamdulillah segala rezeki, kurnian dan nikmat yang diberi-Nya.

Selamat hari lahir...

Moga aku lebih bijak berfikir dan dapat buat keputusan yang tepat. Moga aku tidak lagi menjadi bebanan mereka2 disekeliling aku. Moga kudrat ku berguna untuk ibu dan ayahku.

aku dah dewasa. Orang dewasa memang banyak masalah.

even Degree show makin dekat. artwork pun perlula segera disiapkan dan diprint. koiyakk juga semester ni nak pakai duit. tapi tu la.aku mungkin tak terasa kot sb aku ada kpm.tapi kawn2.. ermm.. xpela.dah sem akhir. sem dapan dah xde kat u ni.sedih...

dissbkan kepala aku ni dulu pernah migrain.aku takut utk alaminya lagi.aku cuba utk tidak hidup dgn pikirkan terlalu byk masalah+kerja+ tekanan.. jadi, aku suka utk ingtkan diri aku..aku akan berusaha sebaik mungkin.aku mungkin dah kurang tahap motivasi.tapi aku akan berusaha sb aku ingt..susahnya aku nak masuk u ni.hanya keluarga yang mengetahuinya..

mak..ayah..abg..kak..aku yakin kluargaku mesti tak nak aku give up.aku akan berusaha demi kamu semua.yupp

ramadhan pertama... pagi ni aku sahur jam 5..selesai..aku menyandar menunggu subuh. borak2 ngan kawn.kedengaran bunyi azan subuh sayup. hrmm..hari pertama puasa..solat ku, perbuatanku, ucapan ku, adakah akan aku mmpu menjaganya sepanjang ramadhan kali ini.insy-ALLAH..

lama aku berteleku di sejadah.apa patut aku buat?? kerja2 assignment ku masih lagi berteriak menunggu aku menyentuhnya. ada somthing dalam kepala aku yang aku rasa mcm tak leh nak kuat. sentiasa aku cuba buang.tapi aku tak berdaya.

aku teringatkan mak,ayah n adik beradiku. duniaku bersama mereka. mesti seronok bersahur. adik plak mesti terpejam rapat matanya masa sahur tadi. dan...aku terbang lagi, sampai bila aku harus bergantung mcm ni.aku pun tak tahu.

apa pun..Berpose la selagi mampu.yeah

hari ni hari ahad, 31 januari dan menunjukkan jam 12.52 a.m. Bercerita tentang putus? byk benda ttg putus.. hari jumaat lepas, mula2 ak memutuskan tk nk g mengundi.alih2 pergi juga. then hari ni. sebelum ni aku pernah terfikir seorang kawan ni nak memutuskan hubungan persahabatannya dgn aku. tapi alih2 cuma salah faham..fon nya hilang. huhuu..tu yang jadi terputus komunikasi. Then hari ni aku dengar..seorang kawan yang lain..putus cinta.

dan berlawanan maksudnya adalah bersambung. Adakah semuanya kembali bersambung? atau sambungan nya mulai tidak kukuh kerana gara2 pelbagai perkara. seorang kawan yang kehilangan ahi keluarga dan kehilangan insan yang disayang akibat putus nya hubungan nya dgn dunia fana seorang lagi putus kasih yang lama dibajai.

Bagi aku, Putus yang positif untuk aku..jangan PUTUS ASA.itulah yang sepatutnya harus aku pegang . aja2 fight :)

rindunyerrr blog ni.. dah lama dah aku tak berkesempatan membukanya.pertama, ketiadaan internet dan kedua... mmg la ketiadaan internet. sedar tak sedar dah 2010. tinggal setahun setengah lagi sebelum aku melangkah ke alam yang lebih complicated bersama manusia2. jika dicongak.. hanya tinggal setahun aku berada di sini. di universiti yang menjadi tempat pengajianku.

sekarang semester kali ini.aku tinggal di rumah baru.bersama roomate dan housemate baru. Agak sukar nak membiasakan diri.sebb yang utama.. serumah dengan orang2 yang aku tak rapat dan kedua... aku mmg mcm ni.secara automatiknya..aku akn jadi kekok tanpa sebab yang logik. alhamdulillah... setakat ini masih tiada masalah berbangkit apa2.

ok.tahun 2010.. aku ada azam ke ek tahun ni.erm.. entah. aku cuma harap.. aku dapat memperbaiki kelemahan aku serta cuba untuk sentiasa memotivasi diri. Setiap kali aku fikir perbuatan aku pada orang..dan perbuatan orang pada aku..aku akan sedikit tension.tapi aku cuba berusaha menerima kelemahan orang lain seperti mana orang lain menerima kelemahanku yang aku sendiri tak tahu penerimaannya mcmna.

Apa pun.manusia tak sempurna. Ligat mana otak kita bercakap mengenai orang...tanpa sedar.. kita bercakap mengenai diri kita. itulah hakikatnya.

Every morning i wake up and i fail.
and i look around, and everybody seem to be pulling it off
but somehow i can't .
no matter how hard i try
somehow....i'll never be enough.