Assalamualaikum..
Setelah sekian lama menyepikan diri.
Di malam yg pekat.. jari2 ku bergerak di keypad tab.
Kolam mata juga semakin dipenuhi air.
.
aku yang berdosa..
Melalui zaman kesenangan memang menguji semua rasa syukur.
sedikit demi sedikit, nikmat syukur mula pudar. Itulah hakikat pada manusia2 yang hanya memikirkan kesenangan dan kemewahan. pusing keliling 360 darjah, dan lihat perkara paling dekat. Bergaji besar tetapi tugas disub sub kan pd org bawahan. Sedangkan namanya kian disebut sebut. Itu realiti. Byk mana pun keluhan dilempar, dileterkan, asal punya kuasa.. mulut2 manusia berjaya distapler, digam kemas.
aku yang berdosa..
Allah.. ampuni aku.
Pelihara kedua org tuanku, sejahterakan keluargaku.
saban tahun aku mengharap perkara sama. Dan aku tidak lelah. Kerana aku tahu aku hanya mampu meminta darimu yg maha luas pengampunan, keesaan, kasih syg dan semuanya..
aku yang berdosa..
miliki dan memiliki.. rasa kasih dan disayangi. Semua orang inginkannya.
Allah.. aku juga ingin.
aku yang berdosa..
Rasa dihargai, rasa disayangi, rasa diperlukan, rasa tanggungjawab, rasa melindungi. Rasa nyaman dan selesa, rasa gembira , rasa seronok..
Pegang tnpa melepaskan akan lebih menyiksakan diri, melepaskan maka maksud merelakan pergi..
dosa apakah yang aku telah lakukan ini.
kemana hilangnya deria2 ku yg lalu.
Kenapa kau.. kenapa kau yg aku peduli.
.
aku yang berdosa.
Bila malam mula berdiri,
Aku meratap sendiri.
Merindui dlm hati
mengasihi dlm sunyi
meneliti kala sepi
Oh. Aku sendiri.
Dan aku sgt meyayangimu
seikhlas hati
.
~f izzA
Pergi
6 years ago

0 comments:
Post a Comment