ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih diberikan nyawa. Esok bagaimana? aku sendiri tidak tahu. Semuanya adalah perancangan Allah. Menghidupkan dan mematikan mana yang dikehendaki.

Kebelakangan ini, kepala aku sering sakit.
Aku tahu, mungkin aku diserang migrain lagi atau mungkin perubahan cuaca buatkan aku rasa nak hentakkan je kepala aku ni kuat2 pada dinding.

 Aku tahu kebanyakkan orang ada laman sosial. Paling tak mesti ada fb.
Aku mendapat banyak jemputan majlis kahwin. Teringat kembali waktu zaman belajar. Hanya kini tinggal aku sorang dari ahli kumpulan kawan rapat yang belum berkahwin.

KITA tiada lagi. hanya tinggal AKU AKU dan KAU KAU. Masing2 hidup dengan life dan arah hidup masing2. Tanpa sedar, memang sekejap masa berlalu. Kisah-kisah alam sekolah hingga alam universiti semua kembali berputar dalam fikiran. neomu bogoshipo.

dan..
masa terus berjalan.. mencipta lagi memori baru. Kini, di tempat kerja. Membanting tulang mencari kehidupan sendiri. Membina keluarga.
Sampai satu detik, hari dimana nikmat ditarik sedikit demi sedikit. Segala kenangan akan mula pudar dan hilang. Sehingga tiba suatu hari, yang ada hanyalah kenangan pada keluarga yang mengingati kita ini siapa menjadi bayi semula yang mana bersaiz besar. Tidak lagi mampu lakukan semuanya sendiri.

Allah, ini rahsiaku.. segalanya ku luah demi membuang segala resah di kepala dan hati. Aku menyayangi kedua ibubapaku. Tolonglah jagakan mereka saat aku jauh. Bahagiakan mereka saat aku dekat. Aku tak pandai menunjukkan sayang. Semoga aku menjadi anak solehah untuk mereka,bahagia kan mereka. Senyum lah mak, ayah. Aku senang melihatmu senyum dan ketawa




Assalamualaikum..

Sudah terlalu lama aku tinggalkan kau blog kesayanganku. PALING SAYANG di antara yang lain. 
Memang begitu pantas waktu berlalu. Aku kini sudah bergelar seorang PEKERJA. 

Aku lega, aku sudah ada kerjaya ku.. niatku tak pernah berubah sedikit pun. Aku akan berkerja keras demimu wahai MAK dan AYAH. Engkau la kesayanganku yang paling aku cintai. 

Aku juga lega, aku sudah mampu meringankan bebanan keluarga bila aku sudah bekerja. Alhamdulillah, Syukur kepada ALLAH. KAU aturkan segala yang baik dalam hidupku. 

Walaupun begitu, perancanganmu maha hebat, kau berikan aku kerja. namun, kau duga ku dengan kejauhanku dengan ibu bapa ku. Aku harap, aku masih mampu membahagiakan ibu bapa ku dari jauh. InsyaALLAH. Aku akan berusaha mencuba, agar aku sempat dekat dengan mak dan ayah. Doakanlah aku.

Usiaku semakin dewasa, sesungguhnya masa itu aku tidak dapat tahan dan hentikan. Aku dewasa, ibu ayah ku juga semakin tua. Masa ku bersama mereka aku pun tidak tahu berapa lama lagi akan tinggal. Aku sentiasa berharap, dan harapan itu adalah sesuatu yang memotivasikan aku. 

Aku masih juga terkapai2, payah nak mendayung sampan yang arusnya kuat seorang diri. Aku kena kuat. Godaan, dugaan, semua datang serentak dan aku sangat2 perlukan kekuatan agar aku tidak rebah dan kemurungan.

Allah, if i hurt others, give me the strength to apologive. If people hurt me, give me the strenght to forgive

hasbunallahu wani'mal wakill..