ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih diberikan nyawa. Esok bagaimana? aku sendiri tidak tahu. Semuanya adalah perancangan Allah. Menghidupkan dan mematikan mana yang dikehendaki.

Kebelakangan ini, kepala aku sering sakit.
Aku tahu, mungkin aku diserang migrain lagi atau mungkin perubahan cuaca buatkan aku rasa nak hentakkan je kepala aku ni kuat2 pada dinding.

 Aku tahu kebanyakkan orang ada laman sosial. Paling tak mesti ada fb.
Aku mendapat banyak jemputan majlis kahwin. Teringat kembali waktu zaman belajar. Hanya kini tinggal aku sorang dari ahli kumpulan kawan rapat yang belum berkahwin.

KITA tiada lagi. hanya tinggal AKU AKU dan KAU KAU. Masing2 hidup dengan life dan arah hidup masing2. Tanpa sedar, memang sekejap masa berlalu. Kisah-kisah alam sekolah hingga alam universiti semua kembali berputar dalam fikiran. neomu bogoshipo.

dan..
masa terus berjalan.. mencipta lagi memori baru. Kini, di tempat kerja. Membanting tulang mencari kehidupan sendiri. Membina keluarga.
Sampai satu detik, hari dimana nikmat ditarik sedikit demi sedikit. Segala kenangan akan mula pudar dan hilang. Sehingga tiba suatu hari, yang ada hanyalah kenangan pada keluarga yang mengingati kita ini siapa menjadi bayi semula yang mana bersaiz besar. Tidak lagi mampu lakukan semuanya sendiri.

Allah, ini rahsiaku.. segalanya ku luah demi membuang segala resah di kepala dan hati. Aku menyayangi kedua ibubapaku. Tolonglah jagakan mereka saat aku jauh. Bahagiakan mereka saat aku dekat. Aku tak pandai menunjukkan sayang. Semoga aku menjadi anak solehah untuk mereka,bahagia kan mereka. Senyum lah mak, ayah. Aku senang melihatmu senyum dan ketawa




0 comments: