ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Assalamualaikum..

Terasa rindu tiba2 pada blog yang sudah lama terbiar. Mujurnya email dan kata laluannya masih ku ingati.

Aku dah dewasa. Semakin menghampiri usia tua. Aku.. tertanya lagi. Bila kah waktu ku.
Kawan2 seangkatan dan seusia dgn ku semuanya sudah berumah tangga. Dua atau tiga anak sudah.

Aku??? Masih merenung tingkap.. sepi. Ya.. aku juga rasa cemburu pada kehidupan mereka. Bila kah hari ku pula?? Aku juga ingin. Tabahkan aku Ya Allah.

Mungkin namanya membawa diri. Tetapi, setiap kali memandang orang sekeliling. Aku rasa bagai diejek.
Motivasiku, kekuatan rahsiaku bertahan..ku sasarkan pada mak dan ayah.

Mak.. aku merinduimu.. kumencintaimu mak.
Ayah.. aku ingin memeluk dan menciummu. Aku sayang mu ayah.
adik2.. sungguh aku merindui kalian. Melihat anak2 sebayamu. Buatku tumpah airmata.

Malam ini aku tidur sendiri. Menahan byk gelora.. kerana byk sebab. Sudah lama rasanya tak merasa masakan mak. Walaupun hanya nasi kosong tiada berlauk, kau gigih mencari sesuap nasi demi anak2. Nasi kosong terasa nyaman ditelan apabila memandangmu mak, ayah. Sungguh aku rasa rindu.

Aku bersyukur diberikan rezeki kerja, kesihatan, kasih syg, makanan, keperluan, keluarga, kwn, dan persekitaran yg baik. AturanMU sangat indah bagiku.
Aku tahu aku manusia tamak.. aku asyik meminta.
aku ingin juga bekeluarga ya ALLAH. Mengharapkan pasangan, keluarga yang baik disisimu. Menerima baik dan burukku serta menerima keluarga ku.  Aku ingin.. aku ingin.. tersangat ingin.

aku tahu aku melampau. Tapi.. aku tahu KAU sentiasa maha mendengar

0 comments: