ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

pergerakan malam semakin gelap..perut ku berbunyi.lapar.. aku ke dapur mencari nasi. dan kebetulan..mak berada di hadapanku.seolah ingin berbicara.aku menanti sambil makan. aku tahu ada sesuatu menggangu fikiran mak.dan aku dapat agak apa yang mak rungsingkan. aku mula berbual..mak..malam ni abang balik. dan ayah akan beritahu abang sendiri apa yang ayah beritahu ku. (aku tahu sbb ayah pernah berbual dgnku dan meluahkan padaku). mak diam... kemudian mak mula berbicara. kesian abang... entahla.mak tak tahu kenapa jadi mcm ni. suasana malam ni aku rasa semakin sunyi. kemudian aku berbicara..ermm.. semuanya seperti dulu kan. semuanya mak yang berkorban. sebab mak adalah mak.. kasih mak tak boleh lebih antara adik beradik yang lain.semuanya mak jaga sebb tak mahu salah sorang rasa kecik hati dan tersisih. dan ayah juga kan.aku diam..mak pun diam.aku terus mendiamkan diri.mahu melihat reaksi mak.
mak terus membisu.. mak diam dan muram.. kemudian mak bersuara perlahan.. mak tak tahu dah nak buat mcmna lagi. semuanya jadi tak kena. apa silap mak tak tahulah. mak sekarang hidup dalam keadaan yang tak gembira.
panggggg!!! seolah kilatan kilat dalam kepala aku...aku teruskan juga suapan nasi.rupanya mak hidup dalam keadaan tidak gembira. kata2 tu tergiang dalam kepala aku.. mak kemudian beralih topik..ermm mak nak mandi lah. dah busuk ni. aku mengekor mak berjalan dengan pandangan mataku.
aku tak tahu apa dalam fikiran mak. apa yang mak fikir.. tapi aku tahu mak melarikan diri untuk tenangkan diri mak dalam hujahan air paip dan dalam bilik kecil itu. mungkinkah aku mewarisi sikap mak ini..aku juga akan buat begitu.hanya tempat itu sahaja tempat yang sesuai untuk melepaskan semua rasa yang ingin mengalir.
Ya ALLAH... bahagiakanlah ibuku..ceriakanlah hatinya. gembirakanlah dia Ya ALLAH. aku mohon sangat2. bahagiakanlah hati semua orang.bahagiakan la juga hati ayahku.buangkanlah kerungsingan dalam hati mereka. dia ibu dan ayahku yang sangat aku sayang. Rahmatilah mereka Ya ALLAH. aku mohon padamu Ya ALLAH..

malam ni... kepalaku sakit lagi. ya...amat sakit. apa kena dengan kepalaku ini. takkan ada migrain kot. apa2 lah.bosan melayan kesakitan kepalaku. Pulang ke kampung pada 18hb 11.. aku sangat gembira.. gembira akan bertemu keluarga.aku bosan dengan apa yang berlaku di upsi.di rumah sewaku.aku terlalu tertekan semester ini. terlalu byk perkara yang tak dijangka dan buatkan aku makin banyak menangis, byk termenung byk berfikir, dan semakin aku berfikir.aku makin sakit kepala.
pulang ke kampung..tak disangka..ada lagi perkara yang mengejutkan aku.Ya ALLAH ujian apakah ini yang menimpaku. kehilangan sepupuku yang tak dijangka.dan krisis dalaman keluarga yang menekan dadaku. aku sesak..aku sebak..aku buntu..aku keliru..aku..aku..apa perlu aku buat utk jernihkan semuanya.. tolongg. aku seolah menjadi orang tengah keluarga. dan siapa perlu aku luahkan. pihak mana patut aku menangkan dan pihak mana yang menjadi punca.
aku kini mengerti.. krisis berlaku sebelum aku pulang lagi..dan kepulangan aku seolah mencari jalan penyelesaian.. apa perlu aku buat utk pulihkan semua ini. kenapa aku?? dan andai aku orang yang dapat menyelesaikannya... aku harap dapat selesaikanya dengan baik. aku sangat mengharap kali ini.. Ya ALLAH... tolongla aku. kerna aku sangat sayang mereka. aku tak kisah apa yang terjadi pada diri aku.semua tu tak penting cuma aku harap..mereka bahagia..dan gembira sampai akhir hayat mereka.

alhamdulillah..examku telah habis semester ini.mmg mencabar semester ini menempuh ke akhirnya.. aku hilang mood study yang tersangat2..dan juga soalan exam pun..mmg menguji minda.tapi aku bersyukur aku dapat menghabiskannya dengan baik.. aku perlu berkemas,,tuk beripindah umah semester ini..masih byk baju yang belum dibasuh.hujan pula turun tak mengira waktu.
aku suka untuk mengenang kembali apa yang berlaku.mmg setiap kali begitu..hrm... kenangan di rumah ini juga banyak. mengenali sesorang manusia yang sebenarnya bermula apabila kita duduk bersamanya untuk satu jangka waktu tertentu. cepat atau lambat kita mengetahuinya adalah bergantung pada keadaan. dan aku secara atomatiknya akan teringat semua kenangan silam.aku kembali teringat kata2 seorang teman.. "kita sebagai anak perempuan terlalu byk dosa yang perlu mak ayah tanggung selagi belum berkahwin." inilah dosa anak perempuan..dosa sahabat.dosa pada diri sendiri.. selama kita hidup. akan ada dosa yang akan kita tambah sampailah kita mati.