pergerakan malam semakin gelap..perut ku berbunyi.lapar.. aku ke dapur mencari nasi. dan kebetulan..mak berada di hadapanku.seolah ingin berbicara.aku menanti sambil makan. aku tahu ada sesuatu menggangu fikiran mak.dan aku dapat agak apa yang mak rungsingkan. aku mula berbual..mak..malam ni abang balik. dan ayah akan beritahu abang sendiri apa yang ayah beritahu ku. (aku tahu sbb ayah pernah berbual dgnku dan meluahkan padaku). mak diam... kemudian mak mula berbicara. kesian abang... entahla.mak tak tahu kenapa jadi mcm ni. suasana malam ni aku rasa semakin sunyi. kemudian aku berbicara..ermm.. semuanya seperti dulu kan. semuanya mak yang berkorban. sebab mak adalah mak.. kasih mak tak boleh lebih antara adik beradik yang lain.semuanya mak jaga sebb tak mahu salah sorang rasa kecik hati dan tersisih. dan ayah juga kan.aku diam..mak pun diam.aku terus mendiamkan diri.mahu melihat reaksi mak.
mak terus membisu.. mak diam dan muram.. kemudian mak bersuara perlahan.. mak tak tahu dah nak buat mcmna lagi. semuanya jadi tak kena. apa silap mak tak tahulah. mak sekarang hidup dalam keadaan yang tak gembira.
panggggg!!! seolah kilatan kilat dalam kepala aku...aku teruskan juga suapan nasi.rupanya mak hidup dalam keadaan tidak gembira. kata2 tu tergiang dalam kepala aku.. mak kemudian beralih topik..ermm mak nak mandi lah. dah busuk ni. aku mengekor mak berjalan dengan pandangan mataku.
aku tak tahu apa dalam fikiran mak. apa yang mak fikir.. tapi aku tahu mak melarikan diri untuk tenangkan diri mak dalam hujahan air paip dan dalam bilik kecil itu. mungkinkah aku mewarisi sikap mak ini..aku juga akan buat begitu.hanya tempat itu sahaja tempat yang sesuai untuk melepaskan semua rasa yang ingin mengalir.
Ya ALLAH... bahagiakanlah ibuku..ceriakanlah hatinya. gembirakanlah dia Ya ALLAH. aku mohon sangat2. bahagiakanlah hati semua orang.bahagiakan la juga hati ayahku.buangkanlah kerungsingan dalam hati mereka. dia ibu dan ayahku yang sangat aku sayang. Rahmatilah mereka Ya ALLAH. aku mohon padamu Ya ALLAH..

0 comments:
Post a Comment