ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

acap,kerap, n byk kali mataku mengalirkan titisan jernih tnpa sesiapa sedar. mcm2 dalam kepala. satu demi satu. aku mmg xde mood 2 3 hari ni.mood marah byk.tapi dalam fb, ku cuba kawal kata2 dan menjadi tempat ku berborak melupakan segalanya. bila diam.. aku terpikir lagi. marah kembali. yang pasti bila aku rasa marah,aku nak menangis. aku marah siapa? ya aku seolah marah kat semua orang.. aku benci semua orang..benci..benciiiii..tak..sbnrnya aku sayang semua orang. cuma aku nk marah,aku nak lepas.aku nak menjerit sekuatnya,aku nak berlari sampai aku penat, aku nak makan sampai munth, aku nak duduk diam sampai aku kekejangan.aku nak hentak kepala biar aku tak ingt apa2. tetiba..wajah mak dalam kepala,ayah,abg,kakak.. aku..aku ni mmg tak reti nak hargai hidup.mataku merah lagi digenangi air.

doakan aku mak ayah. biar aku kuat..

tak kala... air mata ku menitik. semakin laju merembes keluar. nasib baik aku keseorangan pagi ini.kalau tidak mana aku nak cover mata yang semakin membasah. aku.. siapa tahu aku? oh tuhan...

Ya Hayyu Ya Qayyum,
terimalah subuhku dalam hidayat-Mu
berkatilah zuhurku dalam rahmat-Mu
ampunkan lalaiku dalam asarku
peliharakan lah iman ku dalam maghribku
redai isyakku dalam kasih-Mu
Jumaatku basah dalam As-Sajadah
fajarku syahdu doa Akasyah
pagiku hening restu Haiqal
dhuhaku nyaman
selawat An-Nur Muhammad rasulullah
tahajudku indah al-Mulk kebesaran-Mu Allah
ar-Rahman ar-Rahim-Mu
kekal bahgiaku
sunat isyrakku mohon rezeki-Mu

sunat tasbihku mohon keampunan-Mu
sunat hajatku mohon makbul-Mu
terimalah ya Allah
sujud syukurku

tuhan,
limpahkan aku rahmat ikhlas
hindarkan aku riak bias
dalam rahman-Mu ya Allah
nikmat syukur yang indah!

sunyi.. beberapa kwn mayaku begitu sibuk.dan aku tak mahu menggu kesibukan mereka.hakikatnya aku rindu utk berborak.bercerita hal2 lama dan kehidupan.sb aku tak tahu.apa perlu aku buat kerna assignment takdela sesibuk org lain setakat ini. ermm...bosan.permainan semuanya menjadi bosan.movie pun... xde komunikasi..seolah menjauh dan jauh... aku sepi memerhati dari jauh

10 march 2010.jam 8.19 pagi. dan jatuh pada hari Rabu. Masa berlalu bergitu cepat. dalam kita tidak menunggu waktu..waktu seolah bergerak sgt pantas. dah tak lama dah..itulah ungkapan ku ketika melihat kalendar pagi ini. Tempoh disini akan berakhir juga.byk kenangan tersimpan kemas. dan mujur kwn ku yang sorang ini tidak lah berubah byk spt jangkaanku. mujur dia masih mengingati diri ini. cuma dia seolah inginkan kehidupan baru yang lebih membahagiakan dia. :) agak lama aku tidak menulis..bukan tiada waktu.cuma aku buntu. semester ini pandangan orang terhadapku agak berbeza.yea.. aku semakin malas..malas g kelas, malas nak wat assignment.kalau boleh aku nak tido je dan jgn bangun2 lagi.erkk..huh.. apa la nak jadi ngan aku ni. aku xde semangat. hilang segala motivasi aku selama ni. kenapa? kenapa? entahla.. makin aku byk bergaul dgn orng, makin aku rasa sgt rendah diri.. aku..aku... kadang ingin mati. bolehkah aku bercakap mcm ni? mmg aku ni dah tak betul. lupakan apa yang aku cakapkan.aku melalut dan berfikir bukan2. kena tumbuk dulu aku ni.dush3.biar aku sedar dari mimpi..