ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Assalamualaikum..

Lama rasanya menahan rasa untuk menulis blog ini. Blog rahsia diari hati.
Cuti sekolah pertengahan tahun bakal berakhir lagi beberapa hari bagi tahun ini. Sekejap masa berlalu. Tidak juga ku sangka cuti ku kali ini, aku tidak pulang menjenguk keluarga di kampung. Sungguh aku tiada daya. Aku yakin ada hikmah di sebalik semuanya.

Pernah aku membaca TAJUK entri begini sebelum ini, dan kini.. aku juga mengharap benda yang sama dan menulis tajuk yang sama.

Mohon Allah kabulkan..
Seorang kekasih halal buatku.
~ insyaAllah.

Apa pun, aku masih seorang anak pada kedua ibu bapaku. Fitrah seorang anak, merindui keluarga yang telah membesarnya dengan penuh kasih sayang.
Walau acap kali aku berjauhan dengan mereka, aku tetap tak dapat nak membiasakan diri dari menahan air mata daripada keluar.

engkau Encik Ayah terhebat
engkau Puan Emak terbaik
sungguh aku mencintai kalian.
Aku tahu kisah deritamu.. kerna itu, aku ingin bersamamu sentiasa. Agar dapat gunakan kudratku ini bila2 masa setelah kau gunakan sepenuh kudratmu membesarkan kami.
Allah.. sampaikan salam rindu ini pada mereka di kampung.
Sesungguhnya kalianlah motivasi ku terhebat sepanjang hidup hingga ku sampai ke tahap ini.

Selamat beristirehat.. jangan lupakan orang jauh di bumi kenyalang ini.

Assalamualaikum..

Terasa rindu tiba2 pada blog yang sudah lama terbiar. Mujurnya email dan kata laluannya masih ku ingati.

Aku dah dewasa. Semakin menghampiri usia tua. Aku.. tertanya lagi. Bila kah waktu ku.
Kawan2 seangkatan dan seusia dgn ku semuanya sudah berumah tangga. Dua atau tiga anak sudah.

Aku??? Masih merenung tingkap.. sepi. Ya.. aku juga rasa cemburu pada kehidupan mereka. Bila kah hari ku pula?? Aku juga ingin. Tabahkan aku Ya Allah.

Mungkin namanya membawa diri. Tetapi, setiap kali memandang orang sekeliling. Aku rasa bagai diejek.
Motivasiku, kekuatan rahsiaku bertahan..ku sasarkan pada mak dan ayah.

Mak.. aku merinduimu.. kumencintaimu mak.
Ayah.. aku ingin memeluk dan menciummu. Aku sayang mu ayah.
adik2.. sungguh aku merindui kalian. Melihat anak2 sebayamu. Buatku tumpah airmata.

Malam ini aku tidur sendiri. Menahan byk gelora.. kerana byk sebab. Sudah lama rasanya tak merasa masakan mak. Walaupun hanya nasi kosong tiada berlauk, kau gigih mencari sesuap nasi demi anak2. Nasi kosong terasa nyaman ditelan apabila memandangmu mak, ayah. Sungguh aku rasa rindu.

Aku bersyukur diberikan rezeki kerja, kesihatan, kasih syg, makanan, keperluan, keluarga, kwn, dan persekitaran yg baik. AturanMU sangat indah bagiku.
Aku tahu aku manusia tamak.. aku asyik meminta.
aku ingin juga bekeluarga ya ALLAH. Mengharapkan pasangan, keluarga yang baik disisimu. Menerima baik dan burukku serta menerima keluarga ku.  Aku ingin.. aku ingin.. tersangat ingin.

aku tahu aku melampau. Tapi.. aku tahu KAU sentiasa maha mendengar