ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

pada 24 februari di kelas 2ukm. disebabkan kelas permulaan. pelajar-pelajar keluar masuk seorang demi sorang, ada pelajar yang mejanya tak ada perlu mencari meja dan kerusi, pelajar kelas sebelah masuk ke kelas ku dan menggagu pelajar-pelajar ku. aku masih diam disitu di hadapan kelas. memerhatikan reaksi dan karenah2 dunia pelajar ku ketika itu. Kelas bising dengan pelajar-pelajar membuat drama-drama nya. cina dengan gaya cina. india dengan cara india dan melayu dengan cara melayu.

Pada masa ini, aku diibarat tidak wujud dalam kelas tersebut. diamku makin memberi kelebihan kepada pelajar untuk bergelak ketawa dan bersenda gurau. nota di papan white board aku berikan hanya 3 orang pelajar yang menyalinnya. yang lain sibuk menguruskan urusan dunia, persembangan yang entah bila akan selesai.

Setelah beberapa minit aku berdiam dan kaku, dan waktu keluar masuk pelajar semakin redha. kelas masih lagi bising. Waktu itu, tahap kesabaran aku memang dah sampai kemuncak meledak-ledak..dan...

dengan satu laungan yang kali pertama aku menjerkah dengan sekuat-kuat tenaga aku dan had suara ku serentak dengan aku menghentak buku2 ke meja dengan kuat.. kelas diam serta merta. masa tu aku dah tak mampu nak mengawal diri. terus aku sindir pelajarku kerana kelakuan pelajarku yang teruk. xde lagi senyuman xde lagi muka blur. bengis macam nak makan orang.

waktu aku bersuara aku dapat merasakan suara ku menggeletar dan mengiggil, aku mengetap bibir dan berhenti bersuara. aku bimbang kalau nanti tumpah air jernih di pipi ini.

0 comments: