Pada 28 July 11, jam 2.30 petang, maka aku serta kawan2 satu batch telah selamat diberi penanugerahan ijazah sarjana muda oleh pro canselor upsi YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Yahaya bin Ibrahim. Kami juga telah di istiharkan oleh naib canselor Prof Aminah Ayob sebagai pelajar Alumni UPSI.
Pelbagai perasaan ada. Gembira sebab dah berjaya tamat pelajaran degree dengan jayanya. Sedih kerana kali terakhir berjumpa dengan kawan2 Seuniversiti. Aku juga ditawarkan sambung belajar sarjana(master) disini. Tapi bagi aku, cukupla setakat ini dahulu. Terlalu jerih rasanya belajar tanpa ada bekalan wang yang cukup. Namun, perancangan tuhan, kita semua tak dapat duga.
Ramadhan bakal menjelang. Hari ni mood aku tak ok Sedih kerana tak berpeluang nak bergambar dengan kawan2 kerana Ayah terburu-buru mahu pulang, begitu juga abang. Alih2 puan emak yang menjadi tempat aku menempias geram. Maafkan aku emak. Walhal emak banyak memberi ruang untukku. Kerana emak terlalu baik, mulia dan pemaaf. tapi aku?? mudah sangat melenting.
"i'm sorry mak"
apa pun, majlis dah selesai. Terima kasih Ayah, abang dan emak kerana sudi datang ke majlis ku ini. Arigato.. sayang kamu
imbas kembali waktu aku di dalam kereta untuk pulang. Ayah bersuara "nnti sambunglah master. Gaji lagi besar". Aku diam sahaja. Seandainya ayah tahu bertapa aku ingin. Tapi aku juga takut andai aku tidak mampu dan tidak bersedia. Aku ingin cari duit dahulu ayah.. aku ingin sekali memberi kamu, emak dan ayah duit hasil kerjaku.. andainya kamu tahu. Aku ingin sekali melihat kamu gembira dengan kejayaanku. Agar aku sebagai seorang anak, dapat membuat mu hidup senang kerana mempunyai anak seperti aku.

0 comments:
Post a Comment