ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

buat nabi junjungan.. nabi Muhammad S.A.W. 12 Rabiulawal jatuh pada hari jumaat. Itulah kebesaran ALLAH buat kekasihnya. Alhamduliilah.. aku masih lagi diberikan nyawa untuk aku menikmati nikmat di dunia ni. Banyak hal atas dunia ni..dan semuanya atas kita sendiri untuk menerima,menolak dan mencoraknya.

Jika insan diasuh dengan keangkuhan, dia belajar erti takbur.
Jika insan diasuh dengan kelemahan, dia belajar erti hina dirinya sendiri.
Jika insan diasuh dengan erti permusuhan, dia belajar erti membenci.
jika insan diasuh dengan sikap pentingkan diri sendiri, dia belajar erti mengkhianati......

namun....

Jika insan diasuh dengan insani, dia belajar erti hargai.
Jika insan diasuh dengan belas budi, dia belajar erti mengasihani.
Jika insan diasuh dengan kepayahan, dia belajar erti mensyukuri.
Jika insan diasuh dengan bertimbang rasa, dia belajar erti bersabar....

moga aku dapat mendidik diri aku sendiri..sebelum aku mendidik orang lain ke arah yang lebih baik

kemana lagi perlu aku lari menghilangkan rasa gundah d hati.kemana2?..sejak wujudnya blog ini disini.. aku lari ke alam maya yang aku sendiri tak pasti betul atau tak destinasinya. kesilapannya..sb ianya telah diketahui org.

aku di kampung waktu ini.belek2 kebun n belek komen fb serta cek email. dalam fb ramai org suka komen gambar.dan aku??..tiada minat itu.komen setakat cukup syarat jer. aku klik org ni dan org itu just mahu tgk gambar shja. ada beberapa gambar buat aku terdiam menahan gelora sedih. foto mmg indah. byk kenangan tersimpan pada gambar. dan menjadi lebih sedih..bila orang dalam gambar tidak seperti waktu ketika dulu.. semuanya berubah.semuanya.

dan yang sedih nya.berubah tika saat berpisah makin tiba. sgt sedih. tolong jgn berubah. sb kemungkinan utk jumpa kembali selepas berpisah..mungkin adalah tipis.. dan mmg xde peluang. aku..rasa sedih :(

salah ke aku seorang yang low profile? sedangkan kamu..berusaha menonjolkan diri

Pejam celik 2x .. dah nak raya cina. cptnya masa berlalu. Aku duk umah je hari ni. aku borak2 ngan kawan ni. tetiba,tersentuh topik couple. then, enth apa yang bermain di fikiran kawan aku ni. duk tnya aku.. mcm ni..."kamo tak rasa jelouse ke tgk kawan lain ada pasangan siap nak tunang n khwin".. aku senyap sekejap. Mcamna ye aku nak jawap soalan ni. Then aku ckp la. buat apa ku nak jelouse.. aku tumpang gembira la. Tapi kan.. aku tak tahu..bila soalan tu kuar je dari mulut kwn aku ni. Aku mcm rasa lain... ermm..perlu ke aku jelouse ek?? sb aku masih lum ada pasangan gitu?

Aku byk melawat rakan2 lama di fb sama ada skwn sek rendah, menengah, form 6 mahupun rakan seuniversiti. Aku mcm rasa sedikit.. jauh.. aku tak tahu kenapa. Aku terlalu daif..dan aku tak pandai..cuma itu aku mmpu aku ckp walaupun ada beberapa perasaan abstrak sedang melanda jiwaku dan fikiranku.

Oh tuhan...

hari ni hari ahad, 31 januari dan menunjukkan jam 12.52 a.m. Bercerita tentang putus? byk benda ttg putus.. hari jumaat lepas, mula2 ak memutuskan tk nk g mengundi.alih2 pergi juga. then hari ni. sebelum ni aku pernah terfikir seorang kawan ni nak memutuskan hubungan persahabatannya dgn aku. tapi alih2 cuma salah faham..fon nya hilang. huhuu..tu yang jadi terputus komunikasi. Then hari ni aku dengar..seorang kawan yang lain..putus cinta.

dan berlawanan maksudnya adalah bersambung. Adakah semuanya kembali bersambung? atau sambungan nya mulai tidak kukuh kerana gara2 pelbagai perkara. seorang kawan yang kehilangan ahi keluarga dan kehilangan insan yang disayang akibat putus nya hubungan nya dgn dunia fana seorang lagi putus kasih yang lama dibajai.

Bagi aku, Putus yang positif untuk aku..jangan PUTUS ASA.itulah yang sepatutnya harus aku pegang . aja2 fight :)

Hari ni hari khamis 28 januari 2010. kawan2 serumah ada yang balik kg. semenjak peristiwa tidur yang aku alami hari itu.aku cuba utk tidak tidur selepas asar.bimbang melepasi mghrib. Bercakap tentang tidur..aku teringat kisah "tidur" yang sangat memberi kesan pada hati aku iaitu waktu aku di kampung. Ayah selalu tidur petang. itu mmg aku tahu.dan mak pula, kadang tidur petang kadang tidak..dan waktu itu,mak dan ayah tidur. ayah di dapur mak di ruang tamu. Pernah hati aku tergerak nak melihat wajah mak dan ayah ketika tidur. kerana aku suka untuk ingtkan diri aku, jangan lupa pada pengorbanan mak ayah.

ku lihat ayah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan anak-anaknya. melakukan apa saja asal perut anak mu ini kenyang dan pendidikan dibaja.

mak pula, tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi anak ini. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan anak ini. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebel semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering aku salah ertikan.

semenjak itu, setiap kali aku rebah..aku teringat wajah itu..dan semangat mereka buat aku bangkit. kamulah inspirasi sebenarku.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Q.S. Ali-`Imran: 185

Aku tak tahu apa yang berlaku. Hari ini aku mengalami satu keadaaan yang cemas dan menakutkan aku. Ya..aku sangat takut. Semalam aku tidur agak lewat dan menyebabkan aku letih tersangat2 penat. Kebetulan kelas hari ini menyebabkan aku terlalu kelam kabut kerana berkejaran dari satu kelas ke kelas. makan pun aku tak sempat. cuma sekadar makan apa yang mmpu dicapai tgn.

Selepas Asar aku tido..dan terus berpanjangan hingga melepasi maghrib dan akhirnya masuk waktu isyak. Di antara pertengahan waktu.dalam perjalanan tido ku. aku mengalami suatu keadaan yang membuatkan aku berfikir panjang. Serius, aku sangat bersyukur aku masih hidup. kerana aku sangt bimbang andai aku tidak lagi bangun2 dan terus tido panjang untuk selamanya.

pengalaman itu sgt menakutkan aku. Mungkin semua orang ingt aku menghadapi mimpi yang menyeramkan.tapi bukan itu sebenarnya. sukar utk aku menceritakan perkara itu kerana ianya mmg di luar imaginasi yang dapat orang bayangkan. orang mungkin melihat kita tido, tapi bagaimana andai ALLAH jadikan kita tak mampu utk bangun lagi.

Aku berusaha untuk bangun tido hari ini.ketika itu jam 9.20 malam. mmg waktu2 yang bahaya utk tido..waktu antara sebelum maghrib, maghrib dan selepas maghrib. patutlah orang kata tak baik tido pada waktu maghrib. bangunnya...aku melihat tgnku.aku gempalkan tgn.aku bersyukur sgt.aku masih dapat berdiri..merasa tapak kaki yang menyentuh lantai, berjalan dan merasai makanan. tgk wajah pada cermin..dan aku mengucap perlahan. aku lega..


P/s : pengalaman ini sukar aku baitkan dalam kata2. Aku cuma mampu ckp.. segalan apa yang ALLAH berikan bersyukurlah.selagi kita masih diberikan nyawa.


Ahad.. 24 Januari 2010.jam 8.43 minit pagi. Seharusnya hari ni aku perlu menyiapkan 3 proposal untuk dihantar esok. Tapi terus terangnya disini..aku mmg tak buat apa2 lagi. Aku pun tak tahu apa yang tak kena ngan aku ni.tapi aku terlalu banyak tido. Perasaan malas tu usah ckp la perghh melebihi rajin. Hari ni cuma aku di bilik ini.yup..sedikit selesa dapat conquer ruang bilik ini.hehe.. mungkinkan aku dapat menyiapkan prosposal hari ni. Insya-ALLAH.

semalam aku kuar pasar malam sorang.then ada kwn2 tegur..sorang je ke? aku diam dan senyum.dan dalam hati..yup..sorang..salah ke jalan sorang ek? huhuu.. sebenarnya.. tahun 2010 aku ada terpikir..perlu ke aku jadi lebih rapat ngan orang yang bernama kawan? sebab..ye la cuma tinggal setahun lagi aku di sini. perlu ke aku menjadi rapat kerana mungkin tidak bertemu lagi dengan mereka. atau aku perlu menjauhkan diri..membuat persediaan awal melepaskan kwn2. kerana aku bimbang aku menjadi sgt rindu pada kenangan waktu belajar.

aku mcm xde keje memikirkan semua tu kan. tapi itulah yang berlaku masa aku di sekolah. Aku asyik tersenyum dan ketawa sendiri memikirkan waktu2 sekolah. ya..aku akui aku rindui zaman sekolah kerana ada nya orang yang di panggil kawan. dan disini..situasinya juga sama.

kenangan itu memang manis..tapi kenangan juga membuatkan aku menangis.