ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Q.S. Ali-`Imran: 185

Aku tak tahu apa yang berlaku. Hari ini aku mengalami satu keadaaan yang cemas dan menakutkan aku. Ya..aku sangat takut. Semalam aku tidur agak lewat dan menyebabkan aku letih tersangat2 penat. Kebetulan kelas hari ini menyebabkan aku terlalu kelam kabut kerana berkejaran dari satu kelas ke kelas. makan pun aku tak sempat. cuma sekadar makan apa yang mmpu dicapai tgn.

Selepas Asar aku tido..dan terus berpanjangan hingga melepasi maghrib dan akhirnya masuk waktu isyak. Di antara pertengahan waktu.dalam perjalanan tido ku. aku mengalami suatu keadaan yang membuatkan aku berfikir panjang. Serius, aku sangat bersyukur aku masih hidup. kerana aku sangt bimbang andai aku tidak lagi bangun2 dan terus tido panjang untuk selamanya.

pengalaman itu sgt menakutkan aku. Mungkin semua orang ingt aku menghadapi mimpi yang menyeramkan.tapi bukan itu sebenarnya. sukar utk aku menceritakan perkara itu kerana ianya mmg di luar imaginasi yang dapat orang bayangkan. orang mungkin melihat kita tido, tapi bagaimana andai ALLAH jadikan kita tak mampu utk bangun lagi.

Aku berusaha untuk bangun tido hari ini.ketika itu jam 9.20 malam. mmg waktu2 yang bahaya utk tido..waktu antara sebelum maghrib, maghrib dan selepas maghrib. patutlah orang kata tak baik tido pada waktu maghrib. bangunnya...aku melihat tgnku.aku gempalkan tgn.aku bersyukur sgt.aku masih dapat berdiri..merasa tapak kaki yang menyentuh lantai, berjalan dan merasai makanan. tgk wajah pada cermin..dan aku mengucap perlahan. aku lega..


P/s : pengalaman ini sukar aku baitkan dalam kata2. Aku cuma mampu ckp.. segalan apa yang ALLAH berikan bersyukurlah.selagi kita masih diberikan nyawa.


0 comments: