ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Hari ni hari khamis 28 januari 2010. kawan2 serumah ada yang balik kg. semenjak peristiwa tidur yang aku alami hari itu.aku cuba utk tidak tidur selepas asar.bimbang melepasi mghrib. Bercakap tentang tidur..aku teringat kisah "tidur" yang sangat memberi kesan pada hati aku iaitu waktu aku di kampung. Ayah selalu tidur petang. itu mmg aku tahu.dan mak pula, kadang tidur petang kadang tidak..dan waktu itu,mak dan ayah tidur. ayah di dapur mak di ruang tamu. Pernah hati aku tergerak nak melihat wajah mak dan ayah ketika tidur. kerana aku suka untuk ingtkan diri aku, jangan lupa pada pengorbanan mak ayah.

ku lihat ayah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan anak-anaknya. melakukan apa saja asal perut anak mu ini kenyang dan pendidikan dibaja.

mak pula, tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi anak ini. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan anak ini. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebel semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering aku salah ertikan.

semenjak itu, setiap kali aku rebah..aku teringat wajah itu..dan semangat mereka buat aku bangkit. kamulah inspirasi sebenarku.

0 comments: