buat nabi junjungan.. nabi Muhammad S.A.W. 12 Rabiulawal jatuh pada hari jumaat. Itulah kebesaran ALLAH buat kekasihnya. Alhamduliilah.. aku masih lagi diberikan nyawa untuk aku menikmati nikmat di dunia ni. Banyak hal atas dunia ni..dan semuanya atas kita sendiri untuk menerima,menolak dan mencoraknya.
Jika insan diasuh dengan keangkuhan, dia belajar erti takbur.
Jika insan diasuh dengan kelemahan, dia belajar erti hina dirinya sendiri.
Jika insan diasuh dengan erti permusuhan, dia belajar erti membenci.
jika insan diasuh dengan sikap pentingkan diri sendiri, dia belajar erti mengkhianati......
namun....
Jika insan diasuh dengan insani, dia belajar erti hargai.
Jika insan diasuh dengan belas budi, dia belajar erti mengasihani.
Jika insan diasuh dengan kepayahan, dia belajar erti mensyukuri.
Jika insan diasuh dengan bertimbang rasa, dia belajar erti bersabar....
moga aku dapat mendidik diri aku sendiri..sebelum aku mendidik orang lain ke arah yang lebih baik

0 comments:
Post a Comment