ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

even Degree show makin dekat. artwork pun perlula segera disiapkan dan diprint. koiyakk juga semester ni nak pakai duit. tapi tu la.aku mungkin tak terasa kot sb aku ada kpm.tapi kawn2.. ermm.. xpela.dah sem akhir. sem dapan dah xde kat u ni.sedih...

dissbkan kepala aku ni dulu pernah migrain.aku takut utk alaminya lagi.aku cuba utk tidak hidup dgn pikirkan terlalu byk masalah+kerja+ tekanan.. jadi, aku suka utk ingtkan diri aku..aku akan berusaha sebaik mungkin.aku mungkin dah kurang tahap motivasi.tapi aku akan berusaha sb aku ingt..susahnya aku nak masuk u ni.hanya keluarga yang mengetahuinya..

mak..ayah..abg..kak..aku yakin kluargaku mesti tak nak aku give up.aku akan berusaha demi kamu semua.yupp

Oktober ini, peristiwa kemalangan di simpang ampang serembam sgt menyayat hati. mungkin lebih dirasai lanjutan beritanya kerana ianya juga melibatkan bekas pelajar upsi yang bakal konvo yang mana aku juga mengenali lelaki tersebut kerana pernah terlibat dalam satu event yang sama dgnnya.dan kedua, tarikh unit kemalangan itu berlaku. 10.10.2010...

pagi tadi, seorang kawan menghantar mesg yang agak mengejutkan.kehilangan saudara kandung. aku cuma mampu terdiam..dan kemudian menghantar mesg takziah. kehilangan secara tiba2 bukan tak pernh terjadi.cuma kadang2 kita lupa dan alpa bila kita leka menikmati hidup. tup2 kita dengan..itulah salam terakhir mereka saat kita bersama nya buat seketika.

..takziah buat mereka..
~al fatihah~

Dah seminggu aku stay tak tido malam utk wat asigmnet,tapi asignment aku tak juga siap2.dugaan bagi aku.. aku tak tahu..aku semakin kerap sakit kepala.sakit kepala aku ni seolah bukan sakit yang kebiasaan aku dapat. sakitnya tak hilang dari hari ke hari dan menekan2 kepalaku sangat2. mungkin aku terlalu banyk fikirkn work,masalh dan hal2 lain.sampai makan minum aku sendiri tak terjaga.

Emosi aku juga sama, seolah semua perkara aku ambik ati. setiap perbuatan, kata2 yang sebenarnya xde apa2 menjadi 'apa-apa' pada fikirn aku, aku suka membuat andaian yang bukan-bukan dan fikirkan apa yang org pikirkan pasal aku.padahal..itu penting ke? selama ini aku pun wat derk je ngan semua tu??

bergaduh~itu mmg diakui.aku seolah nak bermusuh ngan semua org.dah la kepala aku ni penin tak hilang2, mood aku pulak org kacau..xpsal2 aku jadi moody..

kalau aku tak moody,org lain moody tak pasal2 kaitkan aku.apa kessss!!.. kawal r emosi tu.habis satu dunia nak heboh yang kau tu tgh nak marah la, tengah tension la.yang sakit ati nya, aku yang kau libatkan. then kau cakap aku ni jenis manusia yang xde perasaan, xde rasa tanggungjawab pada kawan dan apa2 tah ko melalut kat mana2 lagi apatah lagi kat status fb ko..kalau ko tak puas ati sangat.benci sangt tgk aku.ko bunuh je aku ni. biar ko rasa puas.
aku benci hidup dalam pergaduhan. aku mmg benci sangt2, baik aku mati dari hidup dgn sekeliling membenci sesama sendiri.arghhh..aku pulak yang jadi emosi.

~bila aku alami kesakitan ini, aku bayangkan org lain alami kesakitan.. sabarnya mereka..tk mcm aku, bersungut dan bersungut. aku tkut nk p klinik.sb aku tahu aku hanya sakit sebb tension kan kerja.hu3.tapi tak tahula..lau aku ada sakit lain.aku sendiri dah tak tahu apa kena ngan badan aku.

Semalam meting lagi.. dan kami pelajar final diberi list tugasan2 yang wajib dibuat. Melihat pada senarai list.inilah tugasan paling banyak dari sem2 sebelumnya.biasalah sem akhir. Walaupun aku tak suka pada tekanan.tapi tekanan dah mengejar aku.. dan persoalannya, Bersediakah aku menerima tekanan.. yes.. i can do it.

Sukar untuk aku ucapkan.tapi, nak mengawal emosi dalaman yang ingin menginjak2 keluar sangat menakutkan. Aku takut aku terlepas kata2 yang melegakan aku dan menyakiti orang lain. Jangan biarkan aku menyesal atas perbuatan sendiri.. Ya ALLAH, permudahkanlah bagiku

then satu persoalan lagi ---> adakah kawan itu hanya suatu barangan yang harus dipakai? dan kalau rasa TIDAK PERLU. BELI la yang lain.tadaaa..mudahnya kan. (sgt2 menyampah dengan org mcm ni)

hari ini 26 september 2010, ahad bersamaan dengan 17 syawal rasanya.. ramai kawan2 ku dah berumah tangga.alhamdulillah, semakin ramai yang mendirikan masjid.

aku tak tahu kenapa..aku banyak berkhayal semenjak dua menjak ni. pameran utk degree show makin tiba.artwork masih byk perlu aku siapkan. ikhlas.. aku sebenarnya teringin nak kawin..hu3.gatal ek.haha.. xde la. cuma, aku bukan teringin nak kawin pun..cuma aku teringin nak anak..jadi lau nak anak kena la kawin kan.masalahnya..calon xde lagi.agaga..aku tgk bayi je aku akan terbayang aku ada anak. sgt menyentuh perasaan kalau melibatkan mak dan anak. ada satu perasaan halus yang cukup indah. aku sbg anak..dan kalau aku ada anak..aku akan jadi mak..susah nak ckp..tapi..

aku takut utk ada special. ala teman lelaki. sebenarnya xde la berminat sgt pasal lelaki yang special lam hidup apatah lagi lelaki itu utk benda2 blue.serius mmg aku tak berapa nak tertarik pada benda tu. aku cuma suka berkawan. pecaya tak?? sukati la tak pecaya pun. i also don't know y.

tapi raya hari tu... ada beberapa perkara buat aku terpikir pjg.. adalah..yang sgt meresap dalam jiwa aku..hurmm.. (i'm thinking)~~~??

hari ni dah masuk 19 ramadhan bersamaan 1431 H. jatuh pada hari ahad 29 ogos. pejam celik sekejap je rasanya ramadhan ini. Aku pun tak lama lagi akan berpraktikum semester depan.ya..takut..itu sememangnya. Bercakap tentang sikap. Bukan mudah nak mengubah sikap. yup aku akuinya. kalau dulu ada org suka sngt bercakap hal orang..skrang tu benda tu jugak yang disukainy. kalau dulu ada org suka syak wasangka..sampai skarang pun tak hilang2. kalau dulu dah mmg suka jatuhkan org.skrng pun perkara yang sama dia suka buat. aku ni??entah...org lain la yang menilai.nak menilai diri sndiri ibarat angkat bakul sendiri la maknanya.takkan nak kutuk diri sendiri..haha..

Ramadhan ini, walaupun aku nak berfikiran positif..tapi negatif nya lagi byk timbul.Wahai ibu wahai ayah..mampukah aku?aku ingin membahagiakan kamu sama seperti dalam imaginasiku? dan wahai my aishiteruze.... kamu kah insan itu utk aku? atau ianya hanya ilusi..

ramadhan pertama... pagi ni aku sahur jam 5..selesai..aku menyandar menunggu subuh. borak2 ngan kawn.kedengaran bunyi azan subuh sayup. hrmm..hari pertama puasa..solat ku, perbuatanku, ucapan ku, adakah akan aku mmpu menjaganya sepanjang ramadhan kali ini.insy-ALLAH..

lama aku berteleku di sejadah.apa patut aku buat?? kerja2 assignment ku masih lagi berteriak menunggu aku menyentuhnya. ada somthing dalam kepala aku yang aku rasa mcm tak leh nak kuat. sentiasa aku cuba buang.tapi aku tak berdaya.

aku teringatkan mak,ayah n adik beradiku. duniaku bersama mereka. mesti seronok bersahur. adik plak mesti terpejam rapat matanya masa sahur tadi. dan...aku terbang lagi, sampai bila aku harus bergantung mcm ni.aku pun tak tahu.

apa pun..Berpose la selagi mampu.yeah