ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Pejam celik 2x .. dah nak raya cina. cptnya masa berlalu. Aku duk umah je hari ni. aku borak2 ngan kawan ni. tetiba,tersentuh topik couple. then, enth apa yang bermain di fikiran kawan aku ni. duk tnya aku.. mcm ni..."kamo tak rasa jelouse ke tgk kawan lain ada pasangan siap nak tunang n khwin".. aku senyap sekejap. Mcamna ye aku nak jawap soalan ni. Then aku ckp la. buat apa ku nak jelouse.. aku tumpang gembira la. Tapi kan.. aku tak tahu..bila soalan tu kuar je dari mulut kwn aku ni. Aku mcm rasa lain... ermm..perlu ke aku jelouse ek?? sb aku masih lum ada pasangan gitu?

Aku byk melawat rakan2 lama di fb sama ada skwn sek rendah, menengah, form 6 mahupun rakan seuniversiti. Aku mcm rasa sedikit.. jauh.. aku tak tahu kenapa. Aku terlalu daif..dan aku tak pandai..cuma itu aku mmpu aku ckp walaupun ada beberapa perasaan abstrak sedang melanda jiwaku dan fikiranku.

Oh tuhan...

hari ni hari ahad, 31 januari dan menunjukkan jam 12.52 a.m. Bercerita tentang putus? byk benda ttg putus.. hari jumaat lepas, mula2 ak memutuskan tk nk g mengundi.alih2 pergi juga. then hari ni. sebelum ni aku pernah terfikir seorang kawan ni nak memutuskan hubungan persahabatannya dgn aku. tapi alih2 cuma salah faham..fon nya hilang. huhuu..tu yang jadi terputus komunikasi. Then hari ni aku dengar..seorang kawan yang lain..putus cinta.

dan berlawanan maksudnya adalah bersambung. Adakah semuanya kembali bersambung? atau sambungan nya mulai tidak kukuh kerana gara2 pelbagai perkara. seorang kawan yang kehilangan ahi keluarga dan kehilangan insan yang disayang akibat putus nya hubungan nya dgn dunia fana seorang lagi putus kasih yang lama dibajai.

Bagi aku, Putus yang positif untuk aku..jangan PUTUS ASA.itulah yang sepatutnya harus aku pegang . aja2 fight :)

Hari ni hari khamis 28 januari 2010. kawan2 serumah ada yang balik kg. semenjak peristiwa tidur yang aku alami hari itu.aku cuba utk tidak tidur selepas asar.bimbang melepasi mghrib. Bercakap tentang tidur..aku teringat kisah "tidur" yang sangat memberi kesan pada hati aku iaitu waktu aku di kampung. Ayah selalu tidur petang. itu mmg aku tahu.dan mak pula, kadang tidur petang kadang tidak..dan waktu itu,mak dan ayah tidur. ayah di dapur mak di ruang tamu. Pernah hati aku tergerak nak melihat wajah mak dan ayah ketika tidur. kerana aku suka untuk ingtkan diri aku, jangan lupa pada pengorbanan mak ayah.

ku lihat ayah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan anak-anaknya. melakukan apa saja asal perut anak mu ini kenyang dan pendidikan dibaja.

mak pula, tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi anak ini. Orang inilah yang tiap hari menguruskan keperluan anak ini. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebel semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering aku salah ertikan.

semenjak itu, setiap kali aku rebah..aku teringat wajah itu..dan semangat mereka buat aku bangkit. kamulah inspirasi sebenarku.

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
Q.S. Ali-`Imran: 185

Aku tak tahu apa yang berlaku. Hari ini aku mengalami satu keadaaan yang cemas dan menakutkan aku. Ya..aku sangat takut. Semalam aku tidur agak lewat dan menyebabkan aku letih tersangat2 penat. Kebetulan kelas hari ini menyebabkan aku terlalu kelam kabut kerana berkejaran dari satu kelas ke kelas. makan pun aku tak sempat. cuma sekadar makan apa yang mmpu dicapai tgn.

Selepas Asar aku tido..dan terus berpanjangan hingga melepasi maghrib dan akhirnya masuk waktu isyak. Di antara pertengahan waktu.dalam perjalanan tido ku. aku mengalami suatu keadaan yang membuatkan aku berfikir panjang. Serius, aku sangat bersyukur aku masih hidup. kerana aku sangt bimbang andai aku tidak lagi bangun2 dan terus tido panjang untuk selamanya.

pengalaman itu sgt menakutkan aku. Mungkin semua orang ingt aku menghadapi mimpi yang menyeramkan.tapi bukan itu sebenarnya. sukar utk aku menceritakan perkara itu kerana ianya mmg di luar imaginasi yang dapat orang bayangkan. orang mungkin melihat kita tido, tapi bagaimana andai ALLAH jadikan kita tak mampu utk bangun lagi.

Aku berusaha untuk bangun tido hari ini.ketika itu jam 9.20 malam. mmg waktu2 yang bahaya utk tido..waktu antara sebelum maghrib, maghrib dan selepas maghrib. patutlah orang kata tak baik tido pada waktu maghrib. bangunnya...aku melihat tgnku.aku gempalkan tgn.aku bersyukur sgt.aku masih dapat berdiri..merasa tapak kaki yang menyentuh lantai, berjalan dan merasai makanan. tgk wajah pada cermin..dan aku mengucap perlahan. aku lega..


P/s : pengalaman ini sukar aku baitkan dalam kata2. Aku cuma mampu ckp.. segalan apa yang ALLAH berikan bersyukurlah.selagi kita masih diberikan nyawa.


Ahad.. 24 Januari 2010.jam 8.43 minit pagi. Seharusnya hari ni aku perlu menyiapkan 3 proposal untuk dihantar esok. Tapi terus terangnya disini..aku mmg tak buat apa2 lagi. Aku pun tak tahu apa yang tak kena ngan aku ni.tapi aku terlalu banyak tido. Perasaan malas tu usah ckp la perghh melebihi rajin. Hari ni cuma aku di bilik ini.yup..sedikit selesa dapat conquer ruang bilik ini.hehe.. mungkinkan aku dapat menyiapkan prosposal hari ni. Insya-ALLAH.

semalam aku kuar pasar malam sorang.then ada kwn2 tegur..sorang je ke? aku diam dan senyum.dan dalam hati..yup..sorang..salah ke jalan sorang ek? huhuu.. sebenarnya.. tahun 2010 aku ada terpikir..perlu ke aku jadi lebih rapat ngan orang yang bernama kawan? sebab..ye la cuma tinggal setahun lagi aku di sini. perlu ke aku menjadi rapat kerana mungkin tidak bertemu lagi dengan mereka. atau aku perlu menjauhkan diri..membuat persediaan awal melepaskan kwn2. kerana aku bimbang aku menjadi sgt rindu pada kenangan waktu belajar.

aku mcm xde keje memikirkan semua tu kan. tapi itulah yang berlaku masa aku di sekolah. Aku asyik tersenyum dan ketawa sendiri memikirkan waktu2 sekolah. ya..aku akui aku rindui zaman sekolah kerana ada nya orang yang di panggil kawan. dan disini..situasinya juga sama.

kenangan itu memang manis..tapi kenangan juga membuatkan aku menangis.

Mengeletar rasanya lutut ku.bukan setakat lutut.malah seluruh tubuhku hari ni.dalam sejarah aku bertemu lagi dengan "beliau" penemudugaku. mmg akan aku ingati dia sampai bila2. dan hari ini aku bertemu utk subjek nya yang aku ambil...nah..mmg fobia ku dgnnya masih juga belum hilang walaupun aku dah semester 6. Aku kelu,bisu dan automatik rasa sejuk sgt2. apa yang aku nak ckp semuanya dah jadi tak betul.apa yang aku selama ini boleh juga la buat dah jadi mcm tak leh buat. tapi terpaksa buat. mmg aku tak tahu apa kena dengan fungsi badanku ini.lain dari yang diarah minda.. semua orang memerhatikanku..haaa apa lagi mata ni plak nak kuar je air2 jenih membuatkan aku lagi makin kabur dan tak mampu bersuara. nada suara ku pun dah terpengaruh dengan gerak getar tubuhku..oh tuhan..kuatkan aku untuk hari ini dan hari akan2 datang. jangan biarkan "dia" menjadi satu trauma yang ketara. Ketika ni..aku cuma teringatkan mak..ayah. mata ku dah berlinang...

You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'coz you believed
I'm everything I am
Because you loved me

mum,dad... really need you

rindunyerrr blog ni.. dah lama dah aku tak berkesempatan membukanya.pertama, ketiadaan internet dan kedua... mmg la ketiadaan internet. sedar tak sedar dah 2010. tinggal setahun setengah lagi sebelum aku melangkah ke alam yang lebih complicated bersama manusia2. jika dicongak.. hanya tinggal setahun aku berada di sini. di universiti yang menjadi tempat pengajianku.

sekarang semester kali ini.aku tinggal di rumah baru.bersama roomate dan housemate baru. Agak sukar nak membiasakan diri.sebb yang utama.. serumah dengan orang2 yang aku tak rapat dan kedua... aku mmg mcm ni.secara automatiknya..aku akn jadi kekok tanpa sebab yang logik. alhamdulillah... setakat ini masih tiada masalah berbangkit apa2.

ok.tahun 2010.. aku ada azam ke ek tahun ni.erm.. entah. aku cuma harap.. aku dapat memperbaiki kelemahan aku serta cuba untuk sentiasa memotivasi diri. Setiap kali aku fikir perbuatan aku pada orang..dan perbuatan orang pada aku..aku akan sedikit tension.tapi aku cuba berusaha menerima kelemahan orang lain seperti mana orang lain menerima kelemahanku yang aku sendiri tak tahu penerimaannya mcmna.

Apa pun.manusia tak sempurna. Ligat mana otak kita bercakap mengenai orang...tanpa sedar.. kita bercakap mengenai diri kita. itulah hakikatnya.

Every morning i wake up and i fail.
and i look around, and everybody seem to be pulling it off
but somehow i can't .
no matter how hard i try
somehow....i'll never be enough.