ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

baru je beberapa hari aku pulang ke negeri tercintaku.. TERENGGANU. setelah 4 bulan berada di selangor bagi tujuan praktikum. pulang meninggalkan segala kenangan di sabak bernam itu. Pulang pada 21 May 2011.. menuju ke putrajaya melawat seorang keluarga baru yang comel secomel namanya irfan zakwan. ok, berbalik kepada episod perpisahan dengan guru-guru2 starp dan pelajar-pelajar nya. pada hari guru telah diadakan jamuan perpisahan dan penerimaan sijil tamatnya berpraktikum. tamat disitu, pada 20 May ini, aku merayau sepuasnya keliling sekolah. saja2 mengambil udara sekolah yang akan ditinggalkan. pelajar2 nya pula aku xleh kacau kerana peperiksaan. jadi faham2 la keadaan sekolah..sangat sunyi.

satu kali, aku keluar ingin ke kantin, nasib baik keluar waktu pelajarku rehat. terserempak dgn mereka.apa lagi..bergambar beberapa keping sebagai kenangan. sempat juga aku kasi satu cenderamata buatan sendiri kepada semua pelajar ku.. bookmark.



so, apalagi ye.hah, hadiah masa hari guru banyak jugak aku dapat..terima kasih banyak2. tak sangka dapat jugak aku hadiah hari guru walaupun baru beberapa bulan aku mengajar.. tq sangat2. menangis2 aku dalam bilik guru..terharu beb..ada student bagi aku hadiah. aku tak kisah tak dapat hadiah pun. sb aku pun tak pernah nak bagi hadiah kat cg. jadi fair la kan.dan aku tak kisah..tapi org dah bagi..aku gila sedih.terharu dgn keikhlasan tu.



lastly, aku harap.. semua ni xde la sia2. aku mengajar utk daptkan pengalaman. dan aku harap aku hargai pengalaman ni sebaik2nya andai aku dapat kerja kelak.insyaALLAH.

baru beberapa hari aku tinggalkan sekolah..aku dah rindu gila kat student2 aku..adoyaii..kacau jiwa btul la. sekarang kat kg, aku menunggu borang posting utk diisi, menunggu masa utk konvo, menunggu bila la lesen aku nak siap.haha.. itu xleh tunggu..itu kena pergi buat..

tahu kan tarikh utk hari apa?? ..jeng2..hari guru. Dulu aku tak begitu excited pun dgn hari guru, aku suka hari guru sb tak payah belajar.hahaa.. kadang2 aku tak datang sekolah pun masa hari guru.

Tapi bila aku jadi guru praktikum ni. mengajar dan mendidik anak pelbagai bangsa ni. Aku gembira aku sambut hari guru sb aku guru.. pelik kah ayat aku ni?? maksud aku, sb aku disambut kerana aku guru kepada student2 aku. aku mengajar mereka, memberi ilmu kepada mereka, menjadi idol kepada mereka, menunjukkan nilai2 baik kepada mereka.wahhh..aku dah ada student. aku mcm tak pecaya dgn diri sendiri.

pertama kali aku meraikan hari guru dengan pelajar memanggilku CIKGU. sukeee sangat2.
suka sampai menangis2.sangat2 terharu, sangat2 menusuk kalbuku. sesungguhnya aku bangga pilih kerjaya ni. aku inginkan lebih ramai student, jadi aku kena jadi CIKGU yang betul2..bukan lagi sementara. aku ingin mendidik, aku ingin mendidik mereka. jadi manusia berguna.

ya ALLAH, seandainya aku ditakdirkan menjadi GURU, aku harap, aku boleh berbakti dengan seikhlas hati aku dalam mendidik mereka2. jadikan aku seorang yang tabah, sabar, penyayang, tegas dan berusaha dalam membantu mereka2. luaskanlah pengetahuan ku agar aku tidak mengajar ajaran2 yang menyesatkan. malah jadikan aku guru yang diredhai oleh MU. AMIN..

hurm.. lagi 2 minggu aku disini. di STARP sabak bernam. maka, selepas pada itu semua nya berakhir. 6 kelas aku mengajar.hampir kebanyakkan daripadanya aku mengenali nama2 mereka. mereka ibarat adik2 aku. wajah senyum, sedih, marah, suka, begang, dan mmg tak ketinggalan nakal nya mmg xleh nak tahan. buat cikgu tersenyum bila mengingatkan kembali..

gembira kah aku??
atau
sedihkah aku ??

dua2 perasaan ni bercampur baur. aku semakin menyayangi mereka.. sungguh!!
apa pun.. bertemu dah berpisah.

aku semakin ke penghujung praktikal. maka tamat lah aku sebagai pelajar Universiti. kenangan tetap menjadi satu kepingan ingatan di hati ini.. selamatt tinggal kawan2 seperjuangan universiti. moga kita bertemu lagi, selamat tinggal pelajar2 ku yang cantik2 dan kacak2..hehee.. ok la.arioss

Pejam celik pejam celik, hanya tinggal sebulan saja lagi masa aku berpraktikum di sini. banyak pengalaman aku perolehi. Mengajar hampir semua kelas tingkatan dua menyebabkan aku hampir mengenali semua pelajar-pelajar tingkatan dua disini. dari kelas depan sampai kelas yang hujung macam2 perangai dan ragam aku jumpa. Begitu juga dengan pengalaman berdepan dengan pelajar yang lain bangsa dengan aku. Ada banyak suka, ada banyak duka.. tak lebih dan tak kurang..tekanan, kegembiraan, serta penat semua aku rasa. Aku makin sayang sekolah ini. Aku pasti akan merindui sekolah ini... SMK STARPUTRA, sabak bernam selangor..

Kalau ada rezeki, aku menjadi seorang guru, aku akan ingati saat aku berpaktikum ini. Perangai, sifat, perilaku serta perbuatan kita malahan gaya kita akan menjadi perhatian pelajar2. itu aku yakin. cuma aku nak menjadi diri aku... star putra, aku kini semakin berada di penghujung.. pelajar2 ku, jadi lah orang yang baik2. belajar rajin... dan pesanan buat kamu semua..
CIKGU SAYANG KAMU!!

Praktikum 5, cerita2 praktikum mmg tak habis2 selagi praktikum belum selesai. seperti cerita2 sebelumnnya, aku tak pernah cerita aku pindah kat mana2. baiklah, aku menyewa bersama dua orang guru yang memang bekerja di STARP, aku dan lagi 4 orang kawan aku ni kiranya menumpang sementara. jadi satu rumah 7 orang la.walaupun tak leh nak dikatakan selesa, tapi aku bersyukur dapat rumah ni. dan secara langsung nya aku mengenali dua orang kakak guru ni. sorang dah kawin dan sorang lagi belum.

sebenarnya ramai guru2 muda di sek ni, dan ramai juga yang belum kawin. bercerita kisah wanita kawin yang berkerjaya ni, aku terpikir kisah kakak rumah aku yang dah kawin tu. mempunyai 2 orang anak. apa yang menyebbakan aku lagi rasa down nak kawin ni bila lelaki sendiri yang membuat kita rasa kita tak mmpu bergantung harap padanya. kakak kat rumah ni, semuanya dia yang kena tanggung, duit dia yang dia boleh rasa hanya dua tiga ratus je kot.

duitnya yang lain?? bagi kat keluarga - adik dan mak.. itu semestinya la kan.then bagi kat keluarga mertua, bagi kat suami, bayar kereta suami, tanggung keluarga abang..

anak pulak? kakak ni selalu berulang-alik dari penang, selangor dan johor untuk jaga anak2. si suami? mengharapkn duit isteri. tak cukup mintak lagi... langsung tak fikir bebanan kerja isteri yang melambak2, duit sewa rumah lagi.barangan keperluan harian lagi. haiss..apa nak jadi dengan lelaki yang mcm gini.. nak kawin, buat anak pandai, tapi nak jaga anak, nak tanggung anak orang yang dah jadi bini dia.masih tak mampu..

kalau perempuan yang dah kawin biasanya kita boleh kata, duit saya duit saya, duit awk duit saya juga. tapi bagi kes ni, bertukar watak. si isteri yang kena menanggung semuanya. harap aku tak jumpa lelaki yang mcm ni..aminn

Sekarang ni dah tiba waktu cuti penggal persekolahan. pelajar-pelajar berseronok leh cuti.apatah lagi aku.haaha.. tapi, pelajar2 form 3 masih belum lagi cuti. aku dan pelajar2 form 3 terlibat dalam perkhemahaan bestari selama 3 hari.walaupun aku tak mengajar, tapi aku adalah ajk bagi hadiah. aku tak nak cerita pasal aku punya bidang ajk hadiah ni, tapi...something yang buatkan aku sentiasa teringat2.

pada malam sabtu, diadakan aktiviti yang dipanggil RECALL. aktiviti ni adalah ceramah motivasi dalam membentuk pelajar cemerlang. Dipendekkan cerita, motivasi ni adalah bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar kesungguhan, dan nilai2 dalam menjadi manusia cemerlang. Satu yang selalu disentuh oleh ustaz ni adalah tentang pengorbanan mak ayah.

paparan slide,lagu dan kata2 ustaz itu, membuatkan aku tertitis air jernih di pipi. Walaupun target ceramah adalah pelajar2 tapi aku sbg cikgu yang berjaga dsitu turut sebak. Tetiba otak aku terimbau kenangan2 lalu. Dimana bermulanya kesedaran aku yang sebenar-benarnya. Aku mula belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. dan pecayalh, motivasi aku adalah ibu bapa aku sendiri.

bukan senang kita nak survive dalam dunia yang bermatakan wang andai hidup tidak berwang. apatah lagi hidup di universiti, kehidpan keluarga, yang mana semuanya memerlukan wang. dan motivasi aku tetap satu.. MAK dan AYAH aku dan KELUARGA aku.Aku berjanji pada diri sndiri aku akan ubah nasib keluarga ni. dan sampai ke hari ini, itulah yang terus membakar smgt juang aku.

mlm tu selesai sesi recall, aku lihat seorg remaja perempuan yang merupakan pelajar pergi menuju ke arah seorang wanita yang cantik bersih parasnya. rupa keibuan yang terpancar di wajahnya. rupanya itulah ibunya yang juga guru sekolah ni. dengan mata kepala aku sendiri, aku lihat remaja itu salam ibunya, cium ibunya peluk ibunya dengan linangan air mata. pelukan anak dibalas erat oleh si ibu dan si ibu mencium dahi si anak dengan penuh tulus. dan aku secara tanpa aku sedari..

..... air jernih mengalir laju di pipi. aku tiba2 terasa begitu sebak, shahdu, rasa kagum, rasa menusuk ke jantung, rasa yang aku sendiri kelu untuk huraikan.satu perasaan yang cukup indah Allah bagi padaku untuk merasainya.

wlpun begitu, aku control line, aku berpura2 gelak, dan tidak beremosi.dan itulah orang lain akan pecaya.hakikatnya hanya DIA yang mengetahui sgalanya. mak,ayah,abg,kak,adik, aku rindukn kamu. si kecil auni,ainul dan Qiu, my nephew. Seandainya kamu tahu lelahya ibumu ingin mmbsrknmu,mndidikmu dan ingin mjdiknmu mnusia yang berguna, pasti kamu tidak mahu membuatkan ibumu menangis sedih.'

dah masuk bulan 3. ada beberapa minggu lagi untuk aku tamat berpraktikum. Bermula pada hari rabu 9/03/2011 peperiksaan bermula hingga la ke hari jumaat.dan bermula pada hari jumaat bermula la perkhemahan bestari dan aku juga terlibat.selepas tu cuti sekolah..

penat jadi cikgu ni.tapi xpela.ini bidang yang aku pilih.aku kena belaja supaya aku suka jadi cikgu. harap2 aku dapat posting di tempat sendiri. mengajar budak2 di negeri sendiri. aku sebenarnya tak mahu jadi cikgu yang garang. tapi kalau aku tak garang, diorang atau pelajar-pelajar aku ini pijak kepala aku pulak. cikgu langsung tak berniat nak pukul korang semua.

bila aku tahu, bidang cikgu ini yang jadi kehidupan aku, aku berjanji dengan diri sendiri, "korang", iaitu pelajar-pelajar cikgu..akan cikgu sayangi dan anggap macam anak dan adik sendiri. cikgu akan buat yang terbaik untuk memberi ilmu.sesungguhnya cikgu ikhlas menerima bidang ini..jadi keutamaan cikgu adalah kamu.ingat tu.