Sekarang ni dah tiba waktu cuti penggal persekolahan. pelajar-pelajar berseronok leh cuti.apatah lagi aku.haaha.. tapi, pelajar2 form 3 masih belum lagi cuti. aku dan pelajar2 form 3 terlibat dalam perkhemahaan bestari selama 3 hari.walaupun aku tak mengajar, tapi aku adalah ajk bagi hadiah. aku tak nak cerita pasal aku punya bidang ajk hadiah ni, tapi...something yang buatkan aku sentiasa teringat2.
pada malam sabtu, diadakan aktiviti yang dipanggil RECALL. aktiviti ni adalah ceramah motivasi dalam membentuk pelajar cemerlang. Dipendekkan cerita, motivasi ni adalah bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar kesungguhan, dan nilai2 dalam menjadi manusia cemerlang. Satu yang selalu disentuh oleh ustaz ni adalah tentang pengorbanan mak ayah.
paparan slide,lagu dan kata2 ustaz itu, membuatkan aku tertitis air jernih di pipi. Walaupun target ceramah adalah pelajar2 tapi aku sbg cikgu yang berjaga dsitu turut sebak. Tetiba otak aku terimbau kenangan2 lalu. Dimana bermulanya kesedaran aku yang sebenar-benarnya. Aku mula belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. dan pecayalh, motivasi aku adalah ibu bapa aku sendiri.
bukan senang kita nak survive dalam dunia yang bermatakan wang andai hidup tidak berwang. apatah lagi hidup di universiti, kehidpan keluarga, yang mana semuanya memerlukan wang. dan motivasi aku tetap satu.. MAK dan AYAH aku dan KELUARGA aku.Aku berjanji pada diri sndiri aku akan ubah nasib keluarga ni. dan sampai ke hari ini, itulah yang terus membakar smgt juang aku.
mlm tu selesai sesi recall, aku lihat seorg remaja perempuan yang merupakan pelajar pergi menuju ke arah seorang wanita yang cantik bersih parasnya. rupa keibuan yang terpancar di wajahnya. rupanya itulah ibunya yang juga guru sekolah ni. dengan mata kepala aku sendiri, aku lihat remaja itu salam ibunya, cium ibunya peluk ibunya dengan linangan air mata. pelukan anak dibalas erat oleh si ibu dan si ibu mencium dahi si anak dengan penuh tulus. dan aku secara tanpa aku sedari..
..... air jernih mengalir laju di pipi. aku tiba2 terasa begitu sebak, shahdu, rasa kagum, rasa menusuk ke jantung, rasa yang aku sendiri kelu untuk huraikan.satu perasaan yang cukup indah Allah bagi padaku untuk merasainya.
wlpun begitu, aku control line, aku berpura2 gelak, dan tidak beremosi.dan itulah orang lain akan pecaya.hakikatnya hanya DIA yang mengetahui sgalanya. mak,ayah,abg,kak,adik, aku rindukn kamu. si kecil auni,ainul dan Qiu, my nephew. Seandainya kamu tahu lelahya ibumu ingin mmbsrknmu,mndidikmu dan ingin mjdiknmu mnusia yang berguna, pasti kamu tidak mahu membuatkan ibumu menangis sedih.'
Pergi
6 years ago

0 comments:
Post a Comment