ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

tahu kan tarikh utk hari apa?? ..jeng2..hari guru. Dulu aku tak begitu excited pun dgn hari guru, aku suka hari guru sb tak payah belajar.hahaa.. kadang2 aku tak datang sekolah pun masa hari guru.

Tapi bila aku jadi guru praktikum ni. mengajar dan mendidik anak pelbagai bangsa ni. Aku gembira aku sambut hari guru sb aku guru.. pelik kah ayat aku ni?? maksud aku, sb aku disambut kerana aku guru kepada student2 aku. aku mengajar mereka, memberi ilmu kepada mereka, menjadi idol kepada mereka, menunjukkan nilai2 baik kepada mereka.wahhh..aku dah ada student. aku mcm tak pecaya dgn diri sendiri.

pertama kali aku meraikan hari guru dengan pelajar memanggilku CIKGU. sukeee sangat2.
suka sampai menangis2.sangat2 terharu, sangat2 menusuk kalbuku. sesungguhnya aku bangga pilih kerjaya ni. aku inginkan lebih ramai student, jadi aku kena jadi CIKGU yang betul2..bukan lagi sementara. aku ingin mendidik, aku ingin mendidik mereka. jadi manusia berguna.

ya ALLAH, seandainya aku ditakdirkan menjadi GURU, aku harap, aku boleh berbakti dengan seikhlas hati aku dalam mendidik mereka2. jadikan aku seorang yang tabah, sabar, penyayang, tegas dan berusaha dalam membantu mereka2. luaskanlah pengetahuan ku agar aku tidak mengajar ajaran2 yang menyesatkan. malah jadikan aku guru yang diredhai oleh MU. AMIN..

0 comments: