hurm.. lagi 2 minggu aku disini. di STARP sabak bernam. maka, selepas pada itu semua nya berakhir. 6 kelas aku mengajar.hampir kebanyakkan daripadanya aku mengenali nama2 mereka. mereka ibarat adik2 aku. wajah senyum, sedih, marah, suka, begang, dan mmg tak ketinggalan nakal nya mmg xleh nak tahan. buat cikgu tersenyum bila mengingatkan kembali..
gembira kah aku??
atau
sedihkah aku ??
dua2 perasaan ni bercampur baur. aku semakin menyayangi mereka.. sungguh!!
apa pun.. bertemu dah berpisah.
aku semakin ke penghujung praktikal. maka tamat lah aku sebagai pelajar Universiti. kenangan tetap menjadi satu kepingan ingatan di hati ini.. selamatt tinggal kawan2 seperjuangan universiti. moga kita bertemu lagi, selamat tinggal pelajar2 ku yang cantik2 dan kacak2..hehee.. ok la.arioss
u r not alone
See iNto mY miNd
capaian blog2
-
Pergi6 years ago
-
PeMiLik BaHagIa...11 years ago
-
-
emptyheart personal
- pizger
- apa orang anggap aku.itulah aku.. manusia tak sempurna.tak semua suka pada kita.dan tak semua benci kita.
Pejam celik pejam celik, hanya tinggal sebulan saja lagi masa aku berpraktikum di sini. banyak pengalaman aku perolehi. Mengajar hampir semua kelas tingkatan dua menyebabkan aku hampir mengenali semua pelajar-pelajar tingkatan dua disini. dari kelas depan sampai kelas yang hujung macam2 perangai dan ragam aku jumpa. Begitu juga dengan pengalaman berdepan dengan pelajar yang lain bangsa dengan aku. Ada banyak suka, ada banyak duka.. tak lebih dan tak kurang..tekanan, kegembiraan, serta penat semua aku rasa. Aku makin sayang sekolah ini. Aku pasti akan merindui sekolah ini... SMK STARPUTRA, sabak bernam selangor..
Kalau ada rezeki, aku menjadi seorang guru, aku akan ingati saat aku berpaktikum ini. Perangai, sifat, perilaku serta perbuatan kita malahan gaya kita akan menjadi perhatian pelajar2. itu aku yakin. cuma aku nak menjadi diri aku... star putra, aku kini semakin berada di penghujung.. pelajar2 ku, jadi lah orang yang baik2. belajar rajin... dan pesanan buat kamu semua..
CIKGU SAYANG KAMU!!
sebenarnya ramai guru2 muda di sek ni, dan ramai juga yang belum kawin. bercerita kisah wanita kawin yang berkerjaya ni, aku terpikir kisah kakak rumah aku yang dah kawin tu. mempunyai 2 orang anak. apa yang menyebbakan aku lagi rasa down nak kawin ni bila lelaki sendiri yang membuat kita rasa kita tak mmpu bergantung harap padanya. kakak kat rumah ni, semuanya dia yang kena tanggung, duit dia yang dia boleh rasa hanya dua tiga ratus je kot.
duitnya yang lain?? bagi kat keluarga - adik dan mak.. itu semestinya la kan.then bagi kat keluarga mertua, bagi kat suami, bayar kereta suami, tanggung keluarga abang..
anak pulak? kakak ni selalu berulang-alik dari penang, selangor dan johor untuk jaga anak2. si suami? mengharapkn duit isteri. tak cukup mintak lagi... langsung tak fikir bebanan kerja isteri yang melambak2, duit sewa rumah lagi.barangan keperluan harian lagi. haiss..apa nak jadi dengan lelaki yang mcm gini.. nak kawin, buat anak pandai, tapi nak jaga anak, nak tanggung anak orang yang dah jadi bini dia.masih tak mampu..
kalau perempuan yang dah kawin biasanya kita boleh kata, duit saya duit saya, duit awk duit saya juga. tapi bagi kes ni, bertukar watak. si isteri yang kena menanggung semuanya. harap aku tak jumpa lelaki yang mcm ni..aminn
Sekarang ni dah tiba waktu cuti penggal persekolahan. pelajar-pelajar berseronok leh cuti.apatah lagi aku.haaha.. tapi, pelajar2 form 3 masih belum lagi cuti. aku dan pelajar2 form 3 terlibat dalam perkhemahaan bestari selama 3 hari.walaupun aku tak mengajar, tapi aku adalah ajk bagi hadiah. aku tak nak cerita pasal aku punya bidang ajk hadiah ni, tapi...something yang buatkan aku sentiasa teringat2.
pada malam sabtu, diadakan aktiviti yang dipanggil RECALL. aktiviti ni adalah ceramah motivasi dalam membentuk pelajar cemerlang. Dipendekkan cerita, motivasi ni adalah bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar kesungguhan, dan nilai2 dalam menjadi manusia cemerlang. Satu yang selalu disentuh oleh ustaz ni adalah tentang pengorbanan mak ayah.
paparan slide,lagu dan kata2 ustaz itu, membuatkan aku tertitis air jernih di pipi. Walaupun target ceramah adalah pelajar2 tapi aku sbg cikgu yang berjaga dsitu turut sebak. Tetiba otak aku terimbau kenangan2 lalu. Dimana bermulanya kesedaran aku yang sebenar-benarnya. Aku mula belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. dan pecayalh, motivasi aku adalah ibu bapa aku sendiri.
bukan senang kita nak survive dalam dunia yang bermatakan wang andai hidup tidak berwang. apatah lagi hidup di universiti, kehidpan keluarga, yang mana semuanya memerlukan wang. dan motivasi aku tetap satu.. MAK dan AYAH aku dan KELUARGA aku.Aku berjanji pada diri sndiri aku akan ubah nasib keluarga ni. dan sampai ke hari ini, itulah yang terus membakar smgt juang aku.
mlm tu selesai sesi recall, aku lihat seorg remaja perempuan yang merupakan pelajar pergi menuju ke arah seorang wanita yang cantik bersih parasnya. rupa keibuan yang terpancar di wajahnya. rupanya itulah ibunya yang juga guru sekolah ni. dengan mata kepala aku sendiri, aku lihat remaja itu salam ibunya, cium ibunya peluk ibunya dengan linangan air mata. pelukan anak dibalas erat oleh si ibu dan si ibu mencium dahi si anak dengan penuh tulus. dan aku secara tanpa aku sedari..
..... air jernih mengalir laju di pipi. aku tiba2 terasa begitu sebak, shahdu, rasa kagum, rasa menusuk ke jantung, rasa yang aku sendiri kelu untuk huraikan.satu perasaan yang cukup indah Allah bagi padaku untuk merasainya.
wlpun begitu, aku control line, aku berpura2 gelak, dan tidak beremosi.dan itulah orang lain akan pecaya.hakikatnya hanya DIA yang mengetahui sgalanya. mak,ayah,abg,kak,adik, aku rindukn kamu. si kecil auni,ainul dan Qiu, my nephew. Seandainya kamu tahu lelahya ibumu ingin mmbsrknmu,mndidikmu dan ingin mjdiknmu mnusia yang berguna, pasti kamu tidak mahu membuatkan ibumu menangis sedih.'
dah masuk bulan 3. ada beberapa minggu lagi untuk aku tamat berpraktikum. Bermula pada hari rabu 9/03/2011 peperiksaan bermula hingga la ke hari jumaat.dan bermula pada hari jumaat bermula la perkhemahan bestari dan aku juga terlibat.selepas tu cuti sekolah..
penat jadi cikgu ni.tapi xpela.ini bidang yang aku pilih.aku kena belaja supaya aku suka jadi cikgu. harap2 aku dapat posting di tempat sendiri. mengajar budak2 di negeri sendiri. aku sebenarnya tak mahu jadi cikgu yang garang. tapi kalau aku tak garang, diorang atau pelajar-pelajar aku ini pijak kepala aku pulak. cikgu langsung tak berniat nak pukul korang semua.
bila aku tahu, bidang cikgu ini yang jadi kehidupan aku, aku berjanji dengan diri sendiri, "korang", iaitu pelajar-pelajar cikgu..akan cikgu sayangi dan anggap macam anak dan adik sendiri. cikgu akan buat yang terbaik untuk memberi ilmu.sesungguhnya cikgu ikhlas menerima bidang ini..jadi keutamaan cikgu adalah kamu.ingat tu.
pada 24 februari di kelas 2ukm. disebabkan kelas permulaan. pelajar-pelajar keluar masuk seorang demi sorang, ada pelajar yang mejanya tak ada perlu mencari meja dan kerusi, pelajar kelas sebelah masuk ke kelas ku dan menggagu pelajar-pelajar ku. aku masih diam disitu di hadapan kelas. memerhatikan reaksi dan karenah2 dunia pelajar ku ketika itu. Kelas bising dengan pelajar-pelajar membuat drama-drama nya. cina dengan gaya cina. india dengan cara india dan melayu dengan cara melayu.
Pada masa ini, aku diibarat tidak wujud dalam kelas tersebut. diamku makin memberi kelebihan kepada pelajar untuk bergelak ketawa dan bersenda gurau. nota di papan white board aku berikan hanya 3 orang pelajar yang menyalinnya. yang lain sibuk menguruskan urusan dunia, persembangan yang entah bila akan selesai.
Setelah beberapa minit aku berdiam dan kaku, dan waktu keluar masuk pelajar semakin redha. kelas masih lagi bising. Waktu itu, tahap kesabaran aku memang dah sampai kemuncak meledak-ledak..dan...
dengan satu laungan yang kali pertama aku menjerkah dengan sekuat-kuat tenaga aku dan had suara ku serentak dengan aku menghentak buku2 ke meja dengan kuat.. kelas diam serta merta. masa tu aku dah tak mampu nak mengawal diri. terus aku sindir pelajarku kerana kelakuan pelajarku yang teruk. xde lagi senyuman xde lagi muka blur. bengis macam nak makan orang.
waktu aku bersuara aku dapat merasakan suara ku menggeletar dan mengiggil, aku mengetap bibir dan berhenti bersuara. aku bimbang kalau nanti tumpah air jernih di pipi ini.
Oklah, pengalaman aku selama berpraktikum di starp ni banyak sengat kalau nak cakap. aku pindah rumah, bawak moto then pindah lagi, then ada yang accident, lepas tu masalah student lagi. adoii tak larat..
esok hari ahad. jangan di sangka guru rehat yaa..guru juga masih kena bekerja sebagai tukang cat dan juga perancang program. bercerita tentang student, aku rasa lelah. aku punya ABM pun entah apa2. dengan bahan tak cukup dan banyak lagi problem lainnya. masuk je kelas aku kena menjerit dengan suara paling kuat. itu pun ada lagi student yang tak dengar..nak pecah rasanya lubang tekak aku ni bersuara.
paling tak leh tahan, student leh nak makan cikgu.dah la aku ni jenis jujur dan lurus berbendul.. kena makan dengan senangnya oleh student. xpe2.kali ni korang menang..lain kali... aku akan lebih bersedia.hehehe..
so far so good.xde masalah lagi setakat ni. alhamdulillah.harap2 xde masalah hingga ke akhirnya.