ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

mak..ayah.. bila menyebut ttg ayah.pulang beraya waktu cuti hari itu, aku salam tgn ayah mak.dan aku sedar masih tiada yang berubah. Ayah..aku seolah2 semakin jauh dgn ayah. tiada patah kata kami anak beranak. sifat ayah seperti dulu juga. sentiasa memecilkan diri.dan tiada patah kata. ayah seolah terlalu byk berfikir. kepulan asap rokok di udara ayah perhatikan dan ayah terus begitu. mengukir senyuman melihat gelagat anak2 namun tiada juga patah bicara. usia aku waktu ini seharusnya aku pandai bersembang mesra dgn ayah.begitu juga abang2 dan adik2 lain dengan ayah.Namun sifat ayah buat kami kelu tiada kata. ayah sgt pendiam dan dengan kami dan diam ayah menampakkan ketegasan ayah sebagai ketua keluarga. kami kagum. Namun ayah, kenapa kami merasakan ayah sgt sunyi. mujur mak sentiasa berborak mesra dengan ayah. Terbit juga senyuman ayah. Namun mak tak sentiasa senang. ada sehaja teriakan adik memanggil mak. Gelagat keluarga aku perhatikan.. inilah keluarga aku.aku sayang kamu semua.
-inilah tempat ayah selalu duduk menghabiskan masa di dalam rumah
-bekas habuk rokok ayah akan sentiasa menemani ayah
-ayah.. aku sayang ayah.
-Senyumlah ayah.. aku rindu pada kg kerana ada mak n ayah.. aku rindu kg kerana itu.

Aku kembali lagi akhirnya ke upc... sudah beberapa hari berlalu tapi aku masih terkenangkan kg. Rindu.. ? rindukah aku? entah.. Aku kembali teringat patah2 kata kakak ku ketika kami bersama-sama berjalan membeli belah di bandar. Waktu itu aku dan kakak ku sedang bercerita tentang abang. Abangku yang ini walaupun tak belajar tinggi tapi kami kagumi sifatnya yang sangat menyayangi mak. Itu aku dan adik beradik dapat melihatnya. Ada byk sb kami mengatakan begitu.. dan tiba2 kakak ku diam, aku tertanya2 sendiri. Kakak kemudian bersuara.. itu keistimewaan abang.. dan kemudian kakak bertnya kepadaku.. apa keistimewaan aku?.. aku terkelu lama. ya..apa keistimewaan aku?? perkataan demi perkataan cuba ku susun.aku pandang ke luar tingkat bas. Aku "bodoh" dalam byk perkara.mybe dalam semua perkara. apa kelebihan aku?? dan kakak merenungku masih inginkan jawapan. Aku menjawab perlahan.. kelebihan aku..... aku ini selalu menyusahkan orang. tak kira mana aku pergi.. aku rasa aku la pembawa beban kepada org. kakak diam dan menjawab..ermmm..itu bukan keistimewaan namanya. Tapi bagi aku...perkataan keistimewaan tu pada diri aku masih tidak aku temui. Apa keistimewaan aku?? aku bodoh dalam byk perkara. dan andai bodoh itu boleh diajar..maka aku berharap aku dapat belajar dengan baik agar aku temui keistimewaan aku di mata orang dan pada diri aku.

lusa aku akan balik semula ke upc. malas rasanya kaki ini melangkah ke sana. terlalu byk perkara disana yang menyebabkan kepalaku makin sakit. aku dapat rasakan aku ini ada migrain kerana aku terlalu kerap sakit kepala. benci betul.bila aku sakit kepala semua kerja tak jadi.huh. hari ini dah raya ke enam seingat aku,ermm..raya dan berlalu..dan aku makin besar.tak dapat la duit raya.hehe.. tak kisahla. tapi apa pun... aku tersentak satu ayat yang mula tergiang2 di telinga aku hari ini dan setiap detik. kata2 seorang kwn " kenapa N perlu lari dari masalah.besar mana pun masalah N akan N hadapi nya juga.orang yang lari dari masalah adalah orang yang tidak berani hadapi kenyataan".. aku kelu... ya, aku akui betul kata2 itu. dan aku tahu..aku sentiasa cuba lari dari masalah kerana ku tak mahu menerima hakikat sebenar. masalah sentiasa mengejarku.lari satu masalah, masalah lain pula datang.. kata2 seorang kwn.."Itulah manusia"..hidup di atas muka bumi ni tak lepas dari masalah.walaupun sekecil zarah masalahnya.. ermm.... pagi yang sunyi ini separti memahami keadaanku.. aku buntu. lebaran yang berlalu..dan terus berlalu

Aku dengan nada yang tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, Ya, benar Tuhanku, aku menyintaimu kerana Engkaulah satu- satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar! Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus.Tetapi DIA terus bertanya..."Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?"Aku jawab, Kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku bukan maksum."Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu lupakanKU; kamu lari jauh daripadaKU? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan bantuan...kamu terus ingat kepada AKU; kamu datang dekat dan merayu kepada AKU?"Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi pipiku. Dia sambung lagi..."Mengapa kamu buat begini...kadang-kada­ng sujud menyembahKU, dan kemudian membelakangiKU; tidak pedulikanKU? Mengapa kamu hanya datang mencariKU hanya ketika kamu nengingatiKU? Mengapa kamu meminta kepadaKU sedang kamu tidak setia kepadaKU?"Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti. "Mengapa kamu malu kepadaKU? Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKU? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang AKU sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan ketika AKU memberimu peluang untuk berkhidmat di jalanKU?"Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan.Dia berkata-kata lagi..."Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai cara."SambungNya lagi..."Kini... adakah kamu menyintaiKu?"Aku tidak mampu menjawabnya lagi. Bagaimana harus aku jawab persoalan ini?. Dalam tak sedar, aku malu dengan segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah pipiku, aku merintih, Oh Tuhanku...ampunkanla­h segala dosaku. Aku tidak layak menjadi hambaMu Ya Allah...Kemudian Dia menjawab..."Sifatku pengampun...barangsi­apa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya. Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu."Aku bertanya kepadaNya, Mengapa Engkau tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?Dia menjawab..."Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu. Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangimu selama-lamanya." salam aidilfitri.sama2 la kita mengingati-Nya sentiasa

Ahad, jam 3.26 pagi. Pagi yang sunyi dan tenteram..masa utk rehatkan otak dari segala kekacauan yang menganggu jiwaku. kerja datang tak berhenti.htr satu dapat lagi satu kerja lain. mmg begini la rutin pelajar. bergelumang dengan assignment. bahagianya..hehe. buat kerja dengan ikhlas dan bukan kerana paksaan. Hari ini, aku perhatikan gelagat manusia yang bermacam. samaada jujur atau hipokrit.. aku pula entahla. jahat kot. :) .beberapa hari lagi aku akan pulang ke kg dan kerja juga perlu aku "pulangkan" pada lect ku.jadi aku kena buat dengan bersemangat dan bersungguh2. barulah aku dapat pulang dengan aman. aku capai tuala dan mandi.aku inginkan ketenangan.air yang sejuk membasahiku mampu meredakan fikiranku. jiwa ku kacau.... kerana..aku sentiasa dan selalu memikirkan sesuatu yang sentiasa mengangguku dan ingtan itu menyakiti hatiku. kenapa malam ini ingtan itu kembali menganggu. bosan..bosan dengan semua ni.pergi jauh.pergi jauh.. jgn ingt lagi!!. pergiiiiiii..
dan aku tetap menjadi aku.. jahatnya aku..Moga ALLAH mengampuniku.dan ku mohon pada "mereka" y terlibat.maafkan aku. maafkan aku.. dan maafkan aku atas segala perbuatanku. aku tidak sedar..kelakuanku, kata-kata ku menyakitimu.
aku insan biasa

aku ingat lagi..waktu sekolah dulu, aku ni adalah seorang yang pemalas. masa darjah 6.aku di kelas paling hujung. kelas budak2 nakal. bukan sebarang nakal. mmg nakal gila. lelaki selamba main raba2.selamba je ponteng. semua selamba. aku lagi la selamba. kalau bab baca tu.huh..mmg sah la buku tu jadi kulat je terbiar lam beg sekolah. girls plak selamba je langgar disiplin.cuma ada la sorang dua yang baik. disebabkan nakal nya kelas kami.. guru kelas kami dapat lah guru besar. masa itu seingat aku cikgu jaafar. tapi aku tak dela nakal sgt.hihii.. sikit2 je. insaf?? erm.. aku masih malas nak membelek buku dari form 1 sampai la form 5. tapi kena belek la sbb nak exam.tu pon keje sekolah selalu tak siap. bermula pengalaman aku bersekolah di SIF, aku terpaksa duk di hostel atas arahan ayah.aku kena paksa rela. tapi, pengalaman di asrama mengajar aku byk benda. bila jauh dari mak n ayah..barulah aku buka mata sedikit demi sedikit. aku mintak duit tiap bulan tuk byr yuran asrama kat ayah. dari situ, aku lihat kepayahan ayah bekerja mencari duit.entahla kenapa selama ni aku tak pernah nampak semua tu. kenapa aku tak pernah memikirkannya selama ni. aku lihat mak yang seolah berkerja sepanjang masa menjaga karenah anak2 dgn sabar. tanpa balasan.tanpa rungutan. aku menahan sebak.. Ya ALLAH aku adalah anak yang sangat bertuah memiliki ibubapa seperti mereka. bermula saat itu, aku nekad.. aku mahu belajar dengan bersungguh2. aku mahu bahagia mereka.mahu tolong mereka.sungguh aku sangat menyayangi mereka! aku dapat memasuki universiti kerana mereka. mereka la semangat aku,motivasi aku..dan aku cuba untuk tidak mudah mengalah walau kadang2 aku lemah dan tewas dengan cabaran. aku cuba utk tidak mudah give up!. insya-ALLAH
cayok2 pizger

Segala masalah serabut assignment kembali reda setelah byk assignmnet telah di summit minggu ni. mmg rasa sedikit lega namun tak semuanya bernasib baik. Assignment major sedikit merungsingkan bila semakan pertama lecturer masih lagi tidak ok. insyaALLAH boleh diperbaiki lagi. bukan senang dalam mendesign kerja. lebih-lebih lagi lau bukan satu yang perlu di design kan. semua setakat ni adalah sebanyak 46 design. kekangan idea serta masa sentiasa cemburu akan hasil itu. Menyiapkan 6 design setakat ni sudah memenatkan apatah lagi kesemuanya design ditolak oleh lecturer kerana masih byk kekurangan dan perlu diperbaiki. Tambahan kerja pula diberikan sebagai latihan untuk menguji kekuatan mindaku. Membangkang pon tidak berguna kerana ianya hanya la sia-sia. Kepala semakin serabut dan kusut dengan pelbagai dugaan luaran pula yang menggangu. ahh.usah hiraukan.kerja lebih penting dari segalanya. dan masalah serabut itu perlu ku setellkan. moga aku kuat dan berjaya melakukannya.