ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

mak..ayah.. bila menyebut ttg ayah.pulang beraya waktu cuti hari itu, aku salam tgn ayah mak.dan aku sedar masih tiada yang berubah. Ayah..aku seolah2 semakin jauh dgn ayah. tiada patah kata kami anak beranak. sifat ayah seperti dulu juga. sentiasa memecilkan diri.dan tiada patah kata. ayah seolah terlalu byk berfikir. kepulan asap rokok di udara ayah perhatikan dan ayah terus begitu. mengukir senyuman melihat gelagat anak2 namun tiada juga patah bicara. usia aku waktu ini seharusnya aku pandai bersembang mesra dgn ayah.begitu juga abang2 dan adik2 lain dengan ayah.Namun sifat ayah buat kami kelu tiada kata. ayah sgt pendiam dan dengan kami dan diam ayah menampakkan ketegasan ayah sebagai ketua keluarga. kami kagum. Namun ayah, kenapa kami merasakan ayah sgt sunyi. mujur mak sentiasa berborak mesra dengan ayah. Terbit juga senyuman ayah. Namun mak tak sentiasa senang. ada sehaja teriakan adik memanggil mak. Gelagat keluarga aku perhatikan.. inilah keluarga aku.aku sayang kamu semua.
-inilah tempat ayah selalu duduk menghabiskan masa di dalam rumah
-bekas habuk rokok ayah akan sentiasa menemani ayah
-ayah.. aku sayang ayah.
-Senyumlah ayah.. aku rindu pada kg kerana ada mak n ayah.. aku rindu kg kerana itu.

0 comments: