ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Hari ini hari selasa..jam 10.30 malam.bertarikh 27hb.10. Ermm..minggu ni seharusnya aku harus bergelumang dengan buku utk ku exam 5hb 6t.dah makin hampir.minggu ni juga segala assignment perlu dihantar segera. dan...sebenarnya..dan sangat menyakitkan jiwaku..bila assignment dihantar masih lagi ditolak dan ditambah lagi dengan kerja baru. semua hari cuti studyku dah tiada.aku perlu menyiapkan pada waktu dan masa cuti study ni. mmg aku akui.aku sgt marah pada lecturer ku kerana seolah tidak berperikemanusian dalam memberi kami tugasan. tugasan demi tugasan diberi walaupun cuti study. acapkali aku menyumpah seranah akan kerja yang tak berhabisan ini. malam ni..aku kembali berfikiran rasional. inilah akibatnya kalau aku hidup dengan pemikiran yang cetek. aku tersedar..dan aku menyesal akan kata-kata ku. Ampunkan aku wahai para lecturer yang mengajarku. aku tak seharusnya hidup dengan pemikiran yang teruk mcm tu. tugasan terakhir yang en A bagi padaku dan pada kami perlu disiapkan pada hari isnin ni iaitu pada minggu hadapan. exam pula pada hari khmisnya. mampukah aku menyiapkannya disamping aku fokus pada exam? entah.itu jawapan yang aku tak pasti. tapi yang pasti aku tak mahu hidup dengan pemikiran yang teruk. bila difikirkan assinment terakhir ni..aku tahu byk pemikiran buruk yang ada dalam kepala otak ku ingin menerjah keluar. Assignment baru yang mungkin meyebabkan kita rasa sgt tertekan maybe dalam byk perkara..masa,duit.. dan exam?..apabila "kami" tahu "kami" perlu membuat tugasan baru..byk reaksi terlihat.Mungkin bukan sekadar senyum tawar, malah mungkin kita akan menolak tugasan tersebut dengan alasan yang pelbagai atau sekurang-kurangnya kita menjawab dengan jawapan yang menyakitkan hati pihak lain yang mendengarnya. Kenapa perlu jadi begitu? Ya, jawapannya kerana kita telah dibentuk oleh fikiran kita yang negatif. bila kita renungkan dan berfikir Kenapa tidak "kami" melihat tugasan itu sebagai satu peluang untuk "kami" belajar dan mencari pengalaman baru. Kenapa kita tidak bersangka baik bahawa tugasan itu diberikan kepada kita kerana lecturer percayakan kita.. Marcus Aurelius, seorang kaisar Romawi Kuno bias mengatakan “ Hidup kita dibentuk oleh fikiran kita”. Malah seorang penulis hebat dari Barat bernama Dale Carnegie yang telah menulis buku bertajuk How To Stop Worriying And Start Living turut mengatakan di dalam bukunya bahawa “ Fikiran kitalah yang menbentuk peribadi kita dan arahan fikiran kita adalah faktor utama yang menentukan perjalanan hidup kita”. namun masalah bunyi belakang tetap akan timbul kerana byk sb...salah leturer atau salah sendiri? salah dua2 kot.aku tahu aku juga byk hidup berdasarkan pemikiran yang dua tu.sama ada positif dan negatif.seperti orang lain, aku juga tak dapat lari dari semua tu.dan aku harap aku terus bertahan dalam menghadapi ujian ini.

0 comments: