ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Assalamualaikum..

Semalam, badanku rasa sungguh tak selesa
Tidak dapat lelapkan mata walaupun jam menunjukkan jam 2 pagi

Semua kenangan aku kembali menjengah. Saat aku mula bersekolah sehingga hari ini.
Telah begitu ramai manusia yang aku lewati. Dan rupanya, begitu juga dengan USIA.

Usia aku?
aku telah melepasi usia kanak2
aku telah melepasi usia remaja2
dan aku kini berdepan dengan usia dewasa.

dewasa?? tapi aku masih lagi zero pada masa ini. Bertapa aku rugi ter amat2.

Dan tika itu, aku terpandang potret mak dan ayah di dinding kayu.
Kalau aku sudah berusia dewasa.. apatah lagi mereka.


Rona hitam di kepalanya telah bercampur dan dikuasai oleh warna putih
Gigi yang dulunya tersusun rapi telah hilang satu persatu
kulit yang dulunya tegang kini berkedut seribu
kudrat yang dulunya gagah kini semakin lemah.

oh, pipiku basah. kenapa air ini mengalir tanpa aku benarkan.

ya ALLAH, Engkau yang maha mengetahui apa tersirat dalam hati. Sejahterakan mak dan ayahku. Kuatkan mereka. tabahkan mereka. Berikan Kesihatan, Ketenangan, Kemudahan, kebahagian, Kesenangan, Kelapangan, Kebaikan buat mereka.
Sungguh aku menyayangi mereka sangat2.

"Ibu,
pinjamkan aku air matamu sebentar,
untuk sebuah penyesalan,
saat aku bercerita tentangmu di hadapan Tuhan..."



Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)

Assalamualaikum.

Agak sepi blog ini.. lama si tuannya tidak update.
Blog, aku memang rindukan kau. Disinilah tempat aku mencoret rasa yang ter dalam.

Penghujung bulan dua, aku dah resign. Sekarang aku memulakan langkah awal dalam mendapatkan lesen. Umur aku yang dah tua begini baru buat lesen. Malunya..

Apa pun, aku harap ada sinar

sinar agar aku tidak lalai kepada segala perintahNYA yang Esa
sinar dalam mendapatkan kerjaya tetap.
sinar dalam mengubah hidup keluarga ku ke arah lebih baik.
sinar dalam memberi kebahgian pada mak dan ayah
sinar dalam mendapatkan pasangan hidup.

sungguh, aku mengharapkan perancangan ALLAH. Walau sekuat mana aku merancang, Andai baik diaturkan NYA untukku.. maka Alhamdulillah. Tapi jika sebaliknya, aku kena tabah.
Dan semestinya aku mengharapkan perancangan yang baik untukku. Amin.

assalamualaikum

Aku betul2 kepenatan.. seharian aku bekerja bermula pukul 6.30 pagi sehingga la 11.30 malam. Kenapa begitu lama? oh aku diarahkan oleh supervisor untuk buat OT kerana kekurangan pekerja. Kemudian keesokkan harinya sama. juga kerja bermula pagi..

Aku terlalu penat untuk bekerja lagi. Kaki ku lenguh serta kejang. Pinggang ku seperti ingin patah, mataku dah kabur2, manakala kepalaku pening serta sakit seperti dicucuk2. Aku yakin aku tak mampu nak teruskan, kerana acap kali, aku ter' tumpah' minyak kerana muncung minyak aku halakan tak terus kepada tangki. tanganku dah betul2 mengigil keletihan. Mataku juga hilang fokus pada tangki nya dan kepeningan dalam kiraan duit.ya Aku yakin..

Pulang..aku terus terbaring lesu.. Aku pejam lama.. tapi kaki ku begitu lenguh sehingga aku betul2 rasa tak berdaya nak berdiri. Aku urut perlahan2 sambil pejam mata. Tanganku dah berhenti, aku terlena seketika apabila tiba2...

aku rasakan sepasang tangan yang suam memicit2 kaki ku, mengurut2 petis ku lembut. Aku buka kan mata, aku lihat mak yang mengurutku. Oh mak..

Mata aku mula bergenang, rasa ingin menangis. Sepatutnya aku yang mengurut kaki mak, tapi sebaliknya pula berlaku.

Mak diam sambil terus mengurut lembut.. menyedari aku tersedar, mak menyuruh aku meniarap, agar mudah untuk mak mengurut. Aku ikutkan.. mak terus memicit2, sehingga aku rasa kakiku mula terasa 'kembali' seperti dulu. Lama mak mengurut. Selama mak mengurut, dalam tak sedar, aku menangis kecil..

oh mak, bertapa baiknya hatimu, bertapa mulianya dirimu, bertapa kamu menyayangi kami, menjaga kami seperti mana kami ketika kanak2 kecil dulu, Dirimu tetap sama.. tak berubah
Mak, aku bertuah mempunyai kamu sebagai ibuku.

Mak, aku akan cuba sedaya upaya menyenangkan hatimu, membantu mu, melakukan segalanya demi mu.. kerana aku tahu, aku memang tidak mampu membalas jasamu yang menggunung tinggi, mengandung, melahirkan,menjaga ku sehingga ke hari ini.

Hari ni..dah 24 tahun aku hidup di bumi ALLAH. Alhamdulillah segala rezeki, kurnian dan nikmat yang diberi-Nya.

Selamat hari lahir...

Moga aku lebih bijak berfikir dan dapat buat keputusan yang tepat. Moga aku tidak lagi menjadi bebanan mereka2 disekeliling aku. Moga kudrat ku berguna untuk ibu dan ayahku.

aku dah dewasa. Orang dewasa memang banyak masalah.


Pada 28 July 11, jam 2.30 petang, maka aku serta kawan2 satu batch telah selamat diberi penanugerahan ijazah sarjana muda oleh pro canselor upsi YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Haji Yahaya bin Ibrahim. Kami juga telah di istiharkan oleh naib canselor Prof Aminah Ayob sebagai pelajar Alumni UPSI.

Pelbagai perasaan ada. Gembira sebab dah berjaya tamat pelajaran degree dengan jayanya. Sedih kerana kali terakhir berjumpa dengan kawan2 Seuniversiti. Aku juga ditawarkan sambung belajar sarjana(master) disini. Tapi bagi aku, cukupla setakat ini dahulu. Terlalu jerih rasanya belajar tanpa ada bekalan wang yang cukup. Namun, perancangan tuhan, kita semua tak dapat duga.

Ramadhan bakal menjelang. Hari ni mood aku tak ok Sedih kerana tak berpeluang nak bergambar dengan kawan2 kerana Ayah terburu-buru mahu pulang, begitu juga abang. Alih2 puan emak yang menjadi tempat aku menempias geram. Maafkan aku emak. Walhal emak banyak memberi ruang untukku. Kerana emak terlalu baik, mulia dan pemaaf. tapi aku?? mudah sangat melenting.

"i'm sorry mak"

apa pun, majlis dah selesai. Terima kasih Ayah, abang dan emak kerana sudi datang ke majlis ku ini. Arigato.. sayang kamu

imbas kembali waktu aku di dalam kereta untuk pulang. Ayah bersuara "nnti sambunglah master. Gaji lagi besar". Aku diam sahaja. Seandainya ayah tahu bertapa aku ingin. Tapi aku juga takut andai aku tidak mampu dan tidak bersedia. Aku ingin cari duit dahulu ayah.. aku ingin sekali memberi kamu, emak dan ayah duit hasil kerjaku.. andainya kamu tahu. Aku ingin sekali melihat kamu gembira dengan kejayaanku. Agar aku sebagai seorang anak, dapat membuat mu hidup senang kerana mempunyai anak seperti aku.


Kita biasa la kan mesej2 dgn kwn2. Betul tak?. Tak kira lelaki ke perempuan ke.. Apatah lagi member2 zaman sekolah dulu kan.

Masalahnya dengan seorang 'kawan lama' ni ialah beberapa hari ni dia selalu mesg aku. Aku pun balas mcm biasa la kan. Aku tak nak di cop sombong, walhal aku pun tak berapa nak ingt member2 lelaki dalam kelas masa aku sekolah dulu. Apatah lagi aku pun tak pernah nak bergaul mesra dgn mereka yang namanya LELAKI..

ceritanya.. pada suatu hari ni , aku dan dia msg mcm biasa2 la kan. Lepas tu keesokkan harinya dia mesej lagi, aku balas la. seterus nya dan seterusnya. then pada suatu hari, aku dapati, dia ni mula gemar menghntar mesej2 tersirat dan puitis.. kadang aku terpikir, lelaki ni apsal plak hah... dah pelik aneh punya perangai. Aku tak layan itu semua la. Then satu hari tu, dia pun htr msg yang begini dgn aku.

"Ambe rasa pelik bakpe ambe leh ske bual ngn ye skrg, xpernah mkir ckit jd gni. Pelik x pelik xthu nk kte r sapa mcm2 ambe rase.. Ambe jd tanya smeada ye ni dcipta dri rusuk ambe. mmg kelakar ork p rahsia Allah xorg pn tahu. k salam "

aku baca, then aku tak balas la. Dah dia pun dah ucpkan salam. Aku kelu la.. ingt aku ni bodoh benar ke tk fhm pe yang dia maksudkan. Aku tertanya tanya, dia menghrapkan jawapan aku ke??

aku malas nk pikir la. Then, beberapa hari kemudian, aku dapat mesej yang sama.. seolah di resend kembali utk aku.

Aku pun balas la. "PELIK". dia pun balas balik 'bkpe pelik tiba2"? . then aku pun ckp la, msg hari tu sampai lagi hri ni. Aku malas nak pjg2 cerita aku ckp terus terang je la kat dia

" kita xleh pecaya sgt pd perasaan, , jd better jgn pk sgt. Lgpn kita ni bru je nampk mcm kwn, sb selama ni kita tk pernh nk bertgur sape. Jd jgn anggp sb kita dh selesa berkawan kita dah jadi pikir perasaan lain. ok".

mmg aku tak nak pikir pn...

lepas tu perbualan kembali normal.. mcm biasa2. lepas tu tamat.

fuhh.. lega. dia faham. bagusla.

mujur aku tak kelu lama2. lau tak leh terbabas perasaan gak. keh3.
pandai lelaki main ayat ye dok.

tapi aku kuat dgn diri aku. Aku tak layak utk sape2.

Hari ini aku dapat tahu sesuatu..

serius.. aku terkejut. .. Biarla aku simpan hal ini.

next, aku selama 2 minggu ni tak henti layan internet, bukan apa, aku kena alert tentang

1 - urusan konvo

dan mmg banyak perkara pun pasal konvo aku kena alert.. isi borang ini la, isi pengesahan ini la, bayar ini la, itu la, jawab soalan la... dengan laman web yang berbeza2. Hah. kalau aku tak alert tak ke aku tertinggal semua benda tu

2 - Borang Posting

Sah2 la aku buka internet sb aku bimbang borang posting keluar. Jadi aku kena sentiasa bersiap sedia. Yela takut nnti terlambat ke apa2 ke, kena buat apa ke..

3 - Hilang kan boring

biasala kan, aku duk umah 24 jam.. err tak. mmg setiap hari terkurung lam umah. Tahap boring tu, jangan tanya la. kang aku cepuk kang. ..haish..
sama ada aku blogwalking, fb, chatting or main game


Padahnya hari ini -- dapat bil api. jeng2..

RM93.25 sen..

aku confirm.. mesti ayah marah punya.

sb Bil api jadi tinggi ialah

1. Aku pasang laptop diibaratkan 24 jam la. Layan fb, game, chat, blog, movie and etc
2. Kakak aku pun pasang laptop setiap kali dia balik keja.. layan movie
3. Adik aku punya laptop, sekolah bagi untuk student f5 -hari2 asyik main game dalam bilik lepas balik sekolah
4. adik perempuan aku ada e-book darjah 5 hari2 asyik main lukis2 dalam e-book nya. hah..juga main game.
5. Adik aku yang lain, ayah, mak aku hari2 mengadap tv. oh ok, ayah aku kurang tgk tb.

itu la puncanya, belum lagi dengan peralatan elektrik yang lain.

so, mcmna...

BAYAR JE LA.. hehe..