ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Assalamualaikum..

Semalam, badanku rasa sungguh tak selesa
Tidak dapat lelapkan mata walaupun jam menunjukkan jam 2 pagi

Semua kenangan aku kembali menjengah. Saat aku mula bersekolah sehingga hari ini.
Telah begitu ramai manusia yang aku lewati. Dan rupanya, begitu juga dengan USIA.

Usia aku?
aku telah melepasi usia kanak2
aku telah melepasi usia remaja2
dan aku kini berdepan dengan usia dewasa.

dewasa?? tapi aku masih lagi zero pada masa ini. Bertapa aku rugi ter amat2.

Dan tika itu, aku terpandang potret mak dan ayah di dinding kayu.
Kalau aku sudah berusia dewasa.. apatah lagi mereka.


Rona hitam di kepalanya telah bercampur dan dikuasai oleh warna putih
Gigi yang dulunya tersusun rapi telah hilang satu persatu
kulit yang dulunya tegang kini berkedut seribu
kudrat yang dulunya gagah kini semakin lemah.

oh, pipiku basah. kenapa air ini mengalir tanpa aku benarkan.

ya ALLAH, Engkau yang maha mengetahui apa tersirat dalam hati. Sejahterakan mak dan ayahku. Kuatkan mereka. tabahkan mereka. Berikan Kesihatan, Ketenangan, Kemudahan, kebahagian, Kesenangan, Kelapangan, Kebaikan buat mereka.
Sungguh aku menyayangi mereka sangat2.

"Ibu,
pinjamkan aku air matamu sebentar,
untuk sebuah penyesalan,
saat aku bercerita tentangmu di hadapan Tuhan..."



Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan?
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)

0 comments: