ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

aku rindui blog ku. tiap kali aku buka internet.pasti aku akan melawati blog ni. kerana apa..kerana sekrang bagiku hanya blog ini yang menjadi perantara antara aku dan masalahku dan rasa gundahku. hari ini... 31hb 10. masih ada beberapa hari sebelum exam bermula.dan assignment masih lagi tidak kehabisan. hari ini assesment cad, hari ni segalanya seolah blur bagiku.aku byk tido.dan aku juga byk bermimpi.mungkin kerana aku tersangat penat kerana menyiapkan kerja2 ku. entahla.keadaan terasa begitu asing.. study entah kemana. aku juga buat julung kalinya berada di sini..aku meminjam duit. Desakan duit bagiku sgt ketara pada semester ini. aku tak tahu sama ada aku boleh bertahan untuk minggu2 sebelum aku pulang ke kg. duit dalam beg cuma ada rm4.dan bank cuma rm16. mmg aku tak tahu lagi dah nak hidup mcmna. aptah lagi duit tuk bli barangan assignment nnti. terdesak..ya terdesak sgt..dah dua hari aku tak menjamah nasi. ya aku akui..aku tersangat lapar. tapi semuanya duit. sekali makan sahaja dah rm5 lebih sekali makan. disesbbkan semuanya layan diri..seberapa sedikit pun aku ambil tetap bercas rm 4 ke atas. inilah student... kurang tido,byk kerja dan kurang duit. saat aku menaip ni.perutku berbunyi lagi..dan tangan ku mengeletar. mungkin tak makan dan kurang tido.aku merasakan badanku sgt lemah dan tiada tenaga. sabar perut. bertahan utk beberapa minggu lagi di sini..dan aku perlu tido utk melupakan kelaparan ini.

Hari ini hari selasa..jam 10.30 malam.bertarikh 27hb.10. Ermm..minggu ni seharusnya aku harus bergelumang dengan buku utk ku exam 5hb 6t.dah makin hampir.minggu ni juga segala assignment perlu dihantar segera. dan...sebenarnya..dan sangat menyakitkan jiwaku..bila assignment dihantar masih lagi ditolak dan ditambah lagi dengan kerja baru. semua hari cuti studyku dah tiada.aku perlu menyiapkan pada waktu dan masa cuti study ni. mmg aku akui.aku sgt marah pada lecturer ku kerana seolah tidak berperikemanusian dalam memberi kami tugasan. tugasan demi tugasan diberi walaupun cuti study. acapkali aku menyumpah seranah akan kerja yang tak berhabisan ini. malam ni..aku kembali berfikiran rasional. inilah akibatnya kalau aku hidup dengan pemikiran yang cetek. aku tersedar..dan aku menyesal akan kata-kata ku. Ampunkan aku wahai para lecturer yang mengajarku. aku tak seharusnya hidup dengan pemikiran yang teruk mcm tu. tugasan terakhir yang en A bagi padaku dan pada kami perlu disiapkan pada hari isnin ni iaitu pada minggu hadapan. exam pula pada hari khmisnya. mampukah aku menyiapkannya disamping aku fokus pada exam? entah.itu jawapan yang aku tak pasti. tapi yang pasti aku tak mahu hidup dengan pemikiran yang teruk. bila difikirkan assinment terakhir ni..aku tahu byk pemikiran buruk yang ada dalam kepala otak ku ingin menerjah keluar. Assignment baru yang mungkin meyebabkan kita rasa sgt tertekan maybe dalam byk perkara..masa,duit.. dan exam?..apabila "kami" tahu "kami" perlu membuat tugasan baru..byk reaksi terlihat.Mungkin bukan sekadar senyum tawar, malah mungkin kita akan menolak tugasan tersebut dengan alasan yang pelbagai atau sekurang-kurangnya kita menjawab dengan jawapan yang menyakitkan hati pihak lain yang mendengarnya. Kenapa perlu jadi begitu? Ya, jawapannya kerana kita telah dibentuk oleh fikiran kita yang negatif. bila kita renungkan dan berfikir Kenapa tidak "kami" melihat tugasan itu sebagai satu peluang untuk "kami" belajar dan mencari pengalaman baru. Kenapa kita tidak bersangka baik bahawa tugasan itu diberikan kepada kita kerana lecturer percayakan kita.. Marcus Aurelius, seorang kaisar Romawi Kuno bias mengatakan “ Hidup kita dibentuk oleh fikiran kita”. Malah seorang penulis hebat dari Barat bernama Dale Carnegie yang telah menulis buku bertajuk How To Stop Worriying And Start Living turut mengatakan di dalam bukunya bahawa “ Fikiran kitalah yang menbentuk peribadi kita dan arahan fikiran kita adalah faktor utama yang menentukan perjalanan hidup kita”. namun masalah bunyi belakang tetap akan timbul kerana byk sb...salah leturer atau salah sendiri? salah dua2 kot.aku tahu aku juga byk hidup berdasarkan pemikiran yang dua tu.sama ada positif dan negatif.seperti orang lain, aku juga tak dapat lari dari semua tu.dan aku harap aku terus bertahan dalam menghadapi ujian ini.

oh asignment..
minggu demi minggu dirasakan sangat lama
puas menunggu tapi semakin menghimpit rasa
aku keliru dan semakin penin kepala
semua ku rasa sudah tak tentu hala
oh assignment..
Bukan senang melawan waktu
bukan mudah melawan nafsu
aku dihuni assignment beribu
tak tahu mcmna harus aku settelkan dulu.
oh assignment..
Kenneth Lansing dan disipline base education
semuanya perkara yang tension2
Rancangan mengajar, analisis sukatan, serta carta grafik bukan spt television
semuanya perlu diperah segala keringat akal serembum
oh assignment..
rancangan mengajar dalam persembahan multimedia
dahulu dokumentari dengan panorama
semuanya pengajaran teknologi yang berguna
namun masih tidak bergerak kerja yang terakhirnya.
oh assignment..
advertising segala bebanan kerja
sukar di approve malah direject saja
bila saat akhir pun makin byk saja karenahnya
tak tahula sampai bila.
kejap buat ni kejap buat tu
segala pe yang dibuat semuanya ditolak begitu
kerja makin ditambah hati makin menggerutu
dahulu ditolak masih lum dibaiki dulu
malah ditambah dengan projek dan masalah baru.
oh assignment..
kerja lapangan sangat menyukarkan jiwa
kajian masjid dan al quran lama perlu dihantar segera
namun masih tiada patah belum dititipkan pena
rujukan pun tak tahula nak cari kat mana
main reka sereka rekanya.
oh assignment
paling sukar dalam menganyam
walaupun hanya menganyam tapi hati ketakutan
lecturer yang sukar dimergertikan
aku takut debar berlanjutan
oh assignemt..
kenapa la rasa sukar menghabiskan kau
kenapa..kenapa..padahal kau adalah mekanan kami sehari-hari di sini
kenapa waktu dan ketika ini kau bermain tarik tali
aku sukar dan tak dapat nak pikir lagi
oh assignment..
oh assignment..
tolongla berkerjasama denganku
aku mahu menyiapkan dengan tempoh waktu yang ditetapkan
bagi aku idea dalam menyiapkan mu
hilangkan rasa malas dan sakit jiwaku
aku sudah buntu dan makin tak menentu..

"power of words" . ya..mmg diakui.Patah kata itu sangat berkuasa.sangat mempengaruhi segala tingkahlaku kita.sangat2 mempengaruhi kehidupan manusia. Banyak kata2 wujud dalam dunia ni.dan kita berkomunikasi antara satu sama lain kerana komunikasi kata yang diakui berkesan diseluruh dunia. Namun tidak semua kata2 memberi keadaan yang positif. dan sangat susah dalam menghadapi kata-kata yang sememangya negatif. Itulah power of words.. ia sangat menyakitkan.kerana sifat dengki, iri hati dan niat yang busuk.orang lain menerima kesan yang sangat teruk.sehingga..boleh mencapai taraf rendah diri yang sangat nyata dan ketakutan pada kehidupan nya. dan aku..mengalaminya, ini bukan kes buli.tapi kata2 yang tersembunyi. yang sebenarnya sudah diketahui dan bersepakat utk menjatuhkan aku dengan begitu kejam dan menyakitkan. semata2 mahu melihat aku tersungkur lemah, kehilangan dan putus harapan. maruahku dipijak seolah tiada harga di mata orang2 sekeliling. inilah bakal2 pen____ yang akan wujud dimuka bumi ini. Pikirla apa akan jadi pada org2 di bawahnya pula. hanya yang kuat berkuasa dan yang lemah terus layu dan mati. Akibat kerana sudah tiada kekuatan yang wujud dalam insan yang dianiaya.biarla aku hanya aku.kenapa perlu mengangguku..kenapa??

turn sadness into kindness
and uniqueness into strengh
it's okay to get lost in the process,begin to walk
one more time
do i like to answer to someones's expectation?
and be praise for it?
even i must sacrifice what i really want to do
will i smile be true?
i wake up after seeing only the beginning of my dream
but i will grasp what happens after that with my arms
yes, the important things are always
the ones with no form
even if i obtain it or lose it, i do not notice

mak..ayah.. bila menyebut ttg ayah.pulang beraya waktu cuti hari itu, aku salam tgn ayah mak.dan aku sedar masih tiada yang berubah. Ayah..aku seolah2 semakin jauh dgn ayah. tiada patah kata kami anak beranak. sifat ayah seperti dulu juga. sentiasa memecilkan diri.dan tiada patah kata. ayah seolah terlalu byk berfikir. kepulan asap rokok di udara ayah perhatikan dan ayah terus begitu. mengukir senyuman melihat gelagat anak2 namun tiada juga patah bicara. usia aku waktu ini seharusnya aku pandai bersembang mesra dgn ayah.begitu juga abang2 dan adik2 lain dengan ayah.Namun sifat ayah buat kami kelu tiada kata. ayah sgt pendiam dan dengan kami dan diam ayah menampakkan ketegasan ayah sebagai ketua keluarga. kami kagum. Namun ayah, kenapa kami merasakan ayah sgt sunyi. mujur mak sentiasa berborak mesra dengan ayah. Terbit juga senyuman ayah. Namun mak tak sentiasa senang. ada sehaja teriakan adik memanggil mak. Gelagat keluarga aku perhatikan.. inilah keluarga aku.aku sayang kamu semua.
-inilah tempat ayah selalu duduk menghabiskan masa di dalam rumah
-bekas habuk rokok ayah akan sentiasa menemani ayah
-ayah.. aku sayang ayah.
-Senyumlah ayah.. aku rindu pada kg kerana ada mak n ayah.. aku rindu kg kerana itu.

Aku kembali lagi akhirnya ke upc... sudah beberapa hari berlalu tapi aku masih terkenangkan kg. Rindu.. ? rindukah aku? entah.. Aku kembali teringat patah2 kata kakak ku ketika kami bersama-sama berjalan membeli belah di bandar. Waktu itu aku dan kakak ku sedang bercerita tentang abang. Abangku yang ini walaupun tak belajar tinggi tapi kami kagumi sifatnya yang sangat menyayangi mak. Itu aku dan adik beradik dapat melihatnya. Ada byk sb kami mengatakan begitu.. dan tiba2 kakak ku diam, aku tertanya2 sendiri. Kakak kemudian bersuara.. itu keistimewaan abang.. dan kemudian kakak bertnya kepadaku.. apa keistimewaan aku?.. aku terkelu lama. ya..apa keistimewaan aku?? perkataan demi perkataan cuba ku susun.aku pandang ke luar tingkat bas. Aku "bodoh" dalam byk perkara.mybe dalam semua perkara. apa kelebihan aku?? dan kakak merenungku masih inginkan jawapan. Aku menjawab perlahan.. kelebihan aku..... aku ini selalu menyusahkan orang. tak kira mana aku pergi.. aku rasa aku la pembawa beban kepada org. kakak diam dan menjawab..ermmm..itu bukan keistimewaan namanya. Tapi bagi aku...perkataan keistimewaan tu pada diri aku masih tidak aku temui. Apa keistimewaan aku?? aku bodoh dalam byk perkara. dan andai bodoh itu boleh diajar..maka aku berharap aku dapat belajar dengan baik agar aku temui keistimewaan aku di mata orang dan pada diri aku.