ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Hari ini hari dimana UPSI mengumumkan darurat.mcm tu la kira maksud yang ingin disampaikan disebabkan virus yang lum ada penawar iaitu virus influenza A H1N1. aku dapat berita semalam dari kawan2. kolej telah dikuarantikan dan masing2 perlu mengkuarantinkan diri masing2 sehingga satu keadaan yang akan diumumkan semula. Semua kuliah batal. Nampaknya banyak la subjek yang terlepas selama bercuti. Kerja juga tak akan berkurang mungkin. Bila Upsi di bebaskan semula dari virus ini mungkin lect akan bagi lagi double kerja2 utk kejar balik apa yang terlepas. Kena bersedia.kena siapkan mana yang lum settel lagi..Hari ini aku duk kat umah je rasanya. Aku kembali terfikir kata2 seorang kawan semasa aku berhubung dgnnya. Katanya Aku dah berubah dari pandangan mata dia.katanya aku dah sombong. Bukan lagi aku yang dia kenali.ermm..aku kembali berfikir. Betul ke aku dah berubah?? Entah..masuk semester ini. aku takde semangat. Sb yang pertama mungkin aku dah tak duk kat kolej.rindu nak balik kolej. Sb aku rindu pada kenangan di kolej dan kwn2 di kolej. Rindu sgt. Tidakkk..aku tak boleh pikir lagi hal kolej.aku dah duk kat luar.tolongg.. jangan ingt lagi. Lupakan.jauhkan.hilangkan.tapi kenangan tu dah melekat. Aku tersenyum..aku mmgg tak nak buang kenangan tu. Aku teringat satu kata2 yang selalu memotivasi kan aku dan dekatkan aku dengan pencipta aku. Kata-kata berbunyi begini didalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT..Di dalam hati manusia ada keganasan yang tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT..Diadalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT..Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang dan damai kecuali berlindung,bertemu dan berjumpa denganNya...Didalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akn padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha&qadarnya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuainya...Di dalam hati manisia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan memohon kepadaNya kesentiasaan berzikir kepadanya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.. apa pun keadaan aku pada mata orang..dan perasaan aku pada kerinduan mak ayah dan kawan2.aku seharusnya muhasabah diri dan bermujahadah menuntut ilmu.kerana itulah halangan yang perlu aku tempohi.terima kasih pada shbt bernama "M" kerana mengajar aku bagaimana memotivasikan diri.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang

Malam tadi aku ke rumah kawan2 iaitu di Taman bahtera.ermm..saja2 datang melawat.seronok dapat jupe kawan2. erm.. balik dari berjalan aku rebahkan diri. aku buka laci untuk ambil barang.dan....aku terlihat sekeping gambar dicelahan lipatan baju.terpana aku seketika.itu gambar ahli keluargaku.selama ni gambar itu sentiasa ku tampal di dinding tempatku belaja.tapi semester ini..puas aku mencari gambar itu semasa aku mula2 menduduki umah sewa ni namun hampa. hatiku berdetak riang memerhatikan gambar tu.rasa seronok dan tetiba aku tak tahu..aku rasa sedih sangat.Aku rindui mereka.sangat rindu.biarla apa orang nak ckp apa.aku anak mak ke.anak manja ke.tapi aku rasa dekat dengan mak n ayah bila aku tatap gambar mereka. aku tetiba dah jadi malas nak buat kerja.aku nak tido.aku nak mimpikan mak.mimpi yang indah2.dan pagi nya..aku tersentak..aku bermimpi mak sdg memasak dan ayah yang duduk jauh memandang ke luar rumah di penjuru dapur sambil menghisap rokok.aku seolah terbang dari atas sambil memerhatikan tingkah laku mereka.aku lihat ayah..ayah dah tua..uban2 nyata aku lihat.dan janggut ayah memutih kelabu.ayah seolah sedang berfikir lama..entah..mmg begitu setiap kali. mak pula..diam melakukan kerja..tidak jemu melakukan tugas2 harian.. mak makin tua.selalu sakit2 lutut.dan sakit urat..aku terkejut.kembali ke alam realiti.kakiku tak dapat bergerak.kejang..aku tak berselimut malam tadi.kekejangan akibat kesejukan. dan aku masih teringatkan mimpi itu. mak..aku rindu.


rindu kat mak n ayah..mengertila.ku amat menyayangi kamu


kenapa harus ada masalah dalam hidup kita?? membuatkan kita tak tenang dan gelisah. tpi,kata2 seorang sahabt betul juga..lau xde masalah kita tak tahu cabaran hidup.takkan nak hidup xde masalah je. bukan hidup namanya. aku ni sebenarnya pembawa masalah ker sebenarnya.ada nya aku,ada la msalah..kadang, aku sendiri takut nak hidup mcm ni. nampak aku seperti confident..bersemangat dan ceria.tapi itu kah aku sebenarnya?? banyak mata salah mentafsir aku.betul la..aku pun setuju akan kata2 ini "Mungkin kehadiran ku tidak diperlukan". wujud untuk memenuhi tanggungjawab yang sepatutnya saja.ibu bapa aku...untuk diri aku.mungkin tidak.aku sudah patah semangat.biar orang benci.biar orang marah..biar orang sakit hati.biar orang menyampah.aku..mmg pembawa msalah.. arghh..nape la aku rasa sedih bila aku menyakitkan ati orang. tlggg...pergi jauh perasaan tu. aku kan jahat..tu je la leh tenangkan aku. Hari ini..aku juga tidak lupa akan seseorang..aku cuma mampu ucapkan pada kamu selamat hari jadi.moga kamu bahgia 'E'.

tapi kenapa harus aku?? aku juga ingin senyum dengan sebenarnya senyuman

Balik dari kelas ptg tadi aku terus mandi.dan..ketika lam bilik air..tertiba aku terpadang wajah sendiri dalam cermin. seolah satu kilatan kilat dalam mindaku menyentap.....aku terasa berlainan. Selama ni aku sentiasa melihat cermin tu, tapi pada saat ini aku seolah melihat aku yang berlainan. aku melihat wajah kepuraan dalam diri aku. aku mengukir senyuman, tapi senyuman tu seolah2 mengejek aku. Hipokritkah aku??.. aku kembali teringat kata2 seorang kawan semasa aku berhubung dengan nya melalui gelombang digital manusia semalam, rancak kami berborak dan tertiba satu ungkapan itu terlekap dalam mindaku.. "senyuman yang nampak hangat biasanya memilik hati yang dingin, senyuman yang dingin biasanya memiliki hati yang hangat". Adakah senyuman ku sedingin air kolah itu, yang ingin berteriakan memberontak namun terus kaku akibat kedinginan. Aku berfikir sejenak.. lama.arghh..lupakan saja.terus aku membasahkan diri..tengelamkan segala kusut yang berapi. tpi malam ini seorang sahabat memberi satu lagi ungkapan yang puitis.. "Jgn cakap awak happy bila awak sedih, jgn ckp awak ok bila awak tidak. jgn ckp awak xkisah bila awak terluka, jgn ckp awak keseorangan bila saya masih ada".aku berfikir lagi... ermm.. aku suka.itulah shaja aku mampu ucpkan, isi yang jelas dan mendalam.. dalam hati (mmg kena). aku senyum sendiri.. :)


Arghhh!!.. Sakit Kepala lagi. Ku telan 2 biji penadol mcm biasa. Urat2 otak ku seolah menekan2 setiap jalinan serembrum,sereblum, dan segala otak neokorteksku menyebabkan aku tidak mampu berfikir. Aku perlu cari part landing untuk ku rehatkan segala tegangan urat2 otak. Lama.. kepalaku makin lega dan ringan. fuh!!.. Benci aku akan keadaan itu, melambatkan dan membatutkan kerja2 yang tertangguh sebentar tadi. Kerja Anyaman yang masih berlambakan perlu aku siapkan. Biji2 mataku sudah berpinar melihat hirisan kertas2 warna kecil dan halus dengan angkatan kalarai yang memeningkan. Mmg menguji kesabaran ku..setiap kali kesalahan angkatan kelarai yang memaksa aku membuatnya dari mula kembali. Sekarang kesakitan bukan pada urat2 otak yang menekan.tpi juga pada hati.. Ya Allah, kuatkanlah semangatku. Semester ini aku perlu tempuhi dengan tabah.kerana aku tahu bukan kerja ini sahaja yang sedang menatiku.. inilah cabaran perlu aku tempuhi.

hari ni, aku tido lewat lagi.bukan kerana sibuk membuat assignment..tapi aku jadi makin banyak berfikir tentang apa yang aku tak pasti. Bukan kebiasaan ku sebenarnya kelewatan tido ni.Pelik kah bila mengatakan hati kita kosong?? mmg ubat yang paling berkesan adalah ingt kepada-NYA seperti kata2 seorang kwn. itu aku setuju. Semester ni, aku tinggal di rumah sewa setelah 4 semester aku kebiasaan berada di kolej. Ermm..permulaan semester yang agak kekok dan berlainan. Aku kecewa dengan kejatuhan pointer result examku.walhal tidaklah seteruk mana.Tapi, dari kejatuhan itu...semangatku hilang..aku mula takut andai nya aku mula mengundur kebelakang. mana ungkapan "esok akan jadi lebih baik" itu terjadi??. Rumah sewa yang aku duduki agak selesa.segala kelengkapan ada dan kawan2 yang baik. Namun, aku kehilangan kawan2 yang biasa aku dekati..knpa ya?.. malam yang panjang ini terus beralih waktu..dan aku masih begini.menunggu waktu2 aku pejam dan kosongkan hati dan fikiran yang sedang bersesak kan.


Emm... bagaimana kehidupan yang kita mahukan atas muka bumi ni sebenarnya? mungkin banyak jawapan pada persoalan itu. Alasan kita dicipta juga adalah satu jawapan dunia ini diwujudkan..maka manusia mempunyai tempat utk mereka memilih jalan mereka tersendiri.


Apa pun pilihan jalan manusia, itu bergantung pada tekad manusia itu sendiri. Sama ada mereka mahu mengundur kebelakang, tidak bergerak atau terus mara maju. aku dengan jalan aku...dan aku juga kadang2 rasa aku semakin mengundur walhal hakikatnya aku dilihat makin mara. Mungkin halangan di hadapan ku makin banyak dan memeningkan.Apakah aku perlu satu alasan mengapa aku semakin lemah..dan jawapan aku.. aku pun keliru.