ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Hari ini hari dimana UPSI mengumumkan darurat.mcm tu la kira maksud yang ingin disampaikan disebabkan virus yang lum ada penawar iaitu virus influenza A H1N1. aku dapat berita semalam dari kawan2. kolej telah dikuarantikan dan masing2 perlu mengkuarantinkan diri masing2 sehingga satu keadaan yang akan diumumkan semula. Semua kuliah batal. Nampaknya banyak la subjek yang terlepas selama bercuti. Kerja juga tak akan berkurang mungkin. Bila Upsi di bebaskan semula dari virus ini mungkin lect akan bagi lagi double kerja2 utk kejar balik apa yang terlepas. Kena bersedia.kena siapkan mana yang lum settel lagi..Hari ini aku duk kat umah je rasanya. Aku kembali terfikir kata2 seorang kawan semasa aku berhubung dgnnya. Katanya Aku dah berubah dari pandangan mata dia.katanya aku dah sombong. Bukan lagi aku yang dia kenali.ermm..aku kembali berfikir. Betul ke aku dah berubah?? Entah..masuk semester ini. aku takde semangat. Sb yang pertama mungkin aku dah tak duk kat kolej.rindu nak balik kolej. Sb aku rindu pada kenangan di kolej dan kwn2 di kolej. Rindu sgt. Tidakkk..aku tak boleh pikir lagi hal kolej.aku dah duk kat luar.tolongg.. jangan ingt lagi. Lupakan.jauhkan.hilangkan.tapi kenangan tu dah melekat. Aku tersenyum..aku mmgg tak nak buang kenangan tu. Aku teringat satu kata2 yang selalu memotivasi kan aku dan dekatkan aku dengan pencipta aku. Kata-kata berbunyi begini didalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah SWT..Di dalam hati manusia ada keganasan yang tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah SWT..Diadalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah SWT..Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang dan damai kecuali berlindung,bertemu dan berjumpa denganNya...Didalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akn padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha&qadarnya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuainya...Di dalam hati manisia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan memohon kepadaNya kesentiasaan berzikir kepadanya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya.. apa pun keadaan aku pada mata orang..dan perasaan aku pada kerinduan mak ayah dan kawan2.aku seharusnya muhasabah diri dan bermujahadah menuntut ilmu.kerana itulah halangan yang perlu aku tempohi.terima kasih pada shbt bernama "M" kerana mengajar aku bagaimana memotivasikan diri.
Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang

0 comments: