ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Balik dari kelas ptg tadi aku terus mandi.dan..ketika lam bilik air..tertiba aku terpadang wajah sendiri dalam cermin. seolah satu kilatan kilat dalam mindaku menyentap.....aku terasa berlainan. Selama ni aku sentiasa melihat cermin tu, tapi pada saat ini aku seolah melihat aku yang berlainan. aku melihat wajah kepuraan dalam diri aku. aku mengukir senyuman, tapi senyuman tu seolah2 mengejek aku. Hipokritkah aku??.. aku kembali teringat kata2 seorang kawan semasa aku berhubung dengan nya melalui gelombang digital manusia semalam, rancak kami berborak dan tertiba satu ungkapan itu terlekap dalam mindaku.. "senyuman yang nampak hangat biasanya memilik hati yang dingin, senyuman yang dingin biasanya memiliki hati yang hangat". Adakah senyuman ku sedingin air kolah itu, yang ingin berteriakan memberontak namun terus kaku akibat kedinginan. Aku berfikir sejenak.. lama.arghh..lupakan saja.terus aku membasahkan diri..tengelamkan segala kusut yang berapi. tpi malam ini seorang sahabat memberi satu lagi ungkapan yang puitis.. "Jgn cakap awak happy bila awak sedih, jgn ckp awak ok bila awak tidak. jgn ckp awak xkisah bila awak terluka, jgn ckp awak keseorangan bila saya masih ada".aku berfikir lagi... ermm.. aku suka.itulah shaja aku mampu ucpkan, isi yang jelas dan mendalam.. dalam hati (mmg kena). aku senyum sendiri.. :)

0 comments: