ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

hari ni, aku tido lewat lagi.bukan kerana sibuk membuat assignment..tapi aku jadi makin banyak berfikir tentang apa yang aku tak pasti. Bukan kebiasaan ku sebenarnya kelewatan tido ni.Pelik kah bila mengatakan hati kita kosong?? mmg ubat yang paling berkesan adalah ingt kepada-NYA seperti kata2 seorang kwn. itu aku setuju. Semester ni, aku tinggal di rumah sewa setelah 4 semester aku kebiasaan berada di kolej. Ermm..permulaan semester yang agak kekok dan berlainan. Aku kecewa dengan kejatuhan pointer result examku.walhal tidaklah seteruk mana.Tapi, dari kejatuhan itu...semangatku hilang..aku mula takut andai nya aku mula mengundur kebelakang. mana ungkapan "esok akan jadi lebih baik" itu terjadi??. Rumah sewa yang aku duduki agak selesa.segala kelengkapan ada dan kawan2 yang baik. Namun, aku kehilangan kawan2 yang biasa aku dekati..knpa ya?.. malam yang panjang ini terus beralih waktu..dan aku masih begini.menunggu waktu2 aku pejam dan kosongkan hati dan fikiran yang sedang bersesak kan.

0 comments: