Malam tadi aku ke rumah kawan2 iaitu di Taman bahtera.ermm..saja2 datang melawat.seronok dapat jupe kawan2. erm.. balik dari berjalan aku rebahkan diri. aku buka laci untuk ambil barang.dan....aku terlihat sekeping gambar dicelahan lipatan baju.terpana aku seketika.itu gambar ahli keluargaku.selama ni gambar itu sentiasa ku tampal di dinding tempatku belaja.tapi semester ini..puas aku mencari gambar itu semasa aku mula2 menduduki umah sewa ni namun hampa. hatiku berdetak riang memerhatikan gambar tu.rasa seronok dan tetiba aku tak tahu..aku rasa sedih sangat.Aku rindui mereka.sangat rindu.biarla apa orang nak ckp apa.aku anak mak ke.anak manja ke.tapi aku rasa dekat dengan mak n ayah bila aku tatap gambar mereka. aku tetiba dah jadi malas nak buat kerja.aku nak tido.aku nak mimpikan mak.mimpi yang indah2.dan pagi nya..aku tersentak..aku bermimpi mak sdg memasak dan ayah yang duduk jauh memandang ke luar rumah di penjuru dapur sambil menghisap rokok.aku seolah terbang dari atas sambil memerhatikan tingkah laku mereka.aku lihat ayah..ayah dah tua..uban2 nyata aku lihat.dan janggut ayah memutih kelabu.ayah seolah sedang berfikir lama..entah..mmg begitu setiap kali. mak pula..diam melakukan kerja..tidak jemu melakukan tugas2 harian.. mak makin tua.selalu sakit2 lutut.dan sakit urat..aku terkejut.kembali ke alam realiti.kakiku tak dapat bergerak.kejang..aku tak berselimut malam tadi.kekejangan akibat kesejukan. dan aku masih teringatkan mimpi itu. mak..aku rindu. rindu kat mak n ayah..mengertila.ku amat menyayangi kamu

0 comments:
Post a Comment