ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

Sedar tak sedar dah masuk 2 minggu aku kat sekolah sebagai guru praktikum. Penatnya menjadi seorang guru benar-benar aku rasai, Belum masuk lagi bab student, program,metim. Terlalu banyak perkara yang seorang guru lakukan. dari kerani, tukang kebun, jurulatih, cikgu, kaunselor, pengerusi, setiausaha..hahahaa..mmg semua tu kerja guru

Oklah, pengalaman aku selama berpraktikum di starp ni banyak sengat kalau nak cakap. aku pindah rumah, bawak moto then pindah lagi, then ada yang accident, lepas tu masalah student lagi. adoii tak larat..

esok hari ahad. jangan di sangka guru rehat yaa..guru juga masih kena bekerja sebagai tukang cat dan juga perancang program. bercerita tentang student, aku rasa lelah. aku punya ABM pun entah apa2. dengan bahan tak cukup dan banyak lagi problem lainnya. masuk je kelas aku kena menjerit dengan suara paling kuat. itu pun ada lagi student yang tak dengar..nak pecah rasanya lubang tekak aku ni bersuara.

paling tak leh tahan, student leh nak makan cikgu.dah la aku ni jenis jujur dan lurus berbendul.. kena makan dengan senangnya oleh student. xpe2.kali ni korang menang..lain kali... aku akan lebih bersedia.hehehe..

so far so good.xde masalah lagi setakat ni. alhamdulillah.harap2 xde masalah hingga ke akhirnya.

hari ni pergi test moto, then aku nak ambik la balik borang aku tu.lama aku tercegat depan kaunter..kakak2 dalam kaunter tu wat derk je.. INVISIBLE ke aku ni? kadang naik geram aku.xlayan customer, leh menybbkan marah.

tapi, bila aku fikir istilah invisible tu, aku teringat kembali zaman aku sekolah2 dulu. aku mmg invisible di mata orang. bila aku diperlukan baru la aku EXIST. huh ('-_-)

mungkinkah aku juga invisible di mata masyarat? dan mgkin sb tu aku masih lum dpt calon..haha
beberapa hari ni, mak asyik ckp. kalau aku dah dapat keja,nnti leh la aku kawin. besarnya harapan mak.aku sengih dan senyum.mak..mak..alangkan mudahnya lau mencari calon ni mcm mcari ikan di pasar. sdgkan aku wujud di dunia luar ni dah mcm invisible..inikah plak org leh tahu kewujudan aku.

xde la.cuma, aku ni dah dari dulu tak pernah nak rapat dgn lelaki selain abg2 aku, inikah plak nak mencari satu hubungan istimewa bersama insan LELAKI. kawan2 perempuan pun aku pun tak ramai mana.mgkin inilah aku..tak pandai nak menghargai apa yang ada. mf

kadang2, aku nak jadi invisible yang betul2. org tak nampak terus aku.biar aku hidup dalam dunia aku. tak ada umpat cela,caci.. tapi aku dah pun WUJUD di bumi tuhan ini.aku tak dapat nak elakkan apa jua perkara yang mencari aku.

dan bila aku tgk citer pelik2 ni.cthnya keupayaan membaca fikiran org. aku teringin nak ada keupayaan tu. biar aku tahu, apa orang anggap aku jujurnya. xde untk menjaga hati semata2

aku tak pernh nak mengharap lebih2 dalam hidup. sb aku kena sedar diri. aku cuma nak buat yang terbaik yang mampu aku wat dalam hidup ni. sekurangnya, aku dah rasa lega. moga ALLAH mendengar bicaraku ini

ke penghujung bulan januari 2011 ni semakin mendebarkan jantungku. hampir setiap malam, bila aku terpikirkan sekolah, jantungku akan berdetup-detak sampai aku boleh lelah nak bernafas. yess..itu mmg kenyataan. kadang2 sampai jam 3 pagi aku masih tak boleh tido.

setiap perkara yang mana menguji keyakinan ku berhadapan dengan orang yang di anggap "GAH' di mata aku, aku akan rasa menggeletar seluruh badan. inikah hanya berfikir sahaja..gerun..

Ya ALLAH.. permudahkanlah bagi aku.
bukakanlah hati mereka2 agar aku tidak menjadi kesusahan padanya
kuatkanlah aku hadapi apa jua yang aku lakukan.

dan Ya ALLAH
moga kami, bakal2 guru praktikum dapat menjadi guru yang berkesan, terbaik, gigih, cemerlang dan apa jua kepujian yang ENGKAU ingin berikan.Jauhkanlah segala kesukaran dan kesusahan yang tidak mampu kami tanggung.. amin ya rabbal alamin.


duk bercerita pasal tahun baru, kita rupanya lupa pada tahun hijrah islam. tp tahun masehi yang kita selalu ingatkan. tahun 2011 masehi kini tiba.

Azam Baru..?
nak mencapai azam2 lama yang belum tercapai.

juga aku harapkan.

dipeliharakan, diberi kemudahan dan kesenangan
di beri kesihatan dan kemurahan rezeki.
keberkatan dan kesabaran dalam menghadapi hidup
kebahgiaan dan keharmonian

pada

kedua ibu bapaku,guru2 ku, kwn2 ku, kaum muslimin dan muslimat juga pada diriku sendiri

dan ya ALLAH

semoga solatku, perlakuan serta pemikiranku
ikhlas dan keranaMu. peliharakan solatku 5 waktu dgn khusyuk
jauhkan syak wasangka, jauhkan segala perbuatan keji dan jauhkan segala bala bencana
peliharan kan pertuturanku, niatku dan perbuatanku

sehari sebelum krismas 2010, result untuk semester 7 telah kuar. itu pun diberitahu oleh seorg rakan. berdebar..itu semestinya la.

takut >
-bimbg berulang kejadian sama seperti result sebelumnya.
-bimbg pointer PNGS semakin jatuh..apatah lagi nak dibayangkan dengan PNGK nya pula.
-bimbg apa akan jadi pada wang biasiswa sem akan datang lau aku tak naikkan pointer

dan hakikatnya.perlawanan AKU dengan IQ aku sendiri. boleh ke aku cabar diri aku untuk bersaing.

harap2 result kawan2 membanggakan.insyaALLAH.dan harap aku pun sama.peperiksaan terakhir aku di Upsi sebagai pelajar sarjana muda tahun akhir di sini

dan..clik2.dengan jantung berdebar2








dan..keputusan result di depan mata
lama aku tatap.

alhamdulillah.

lelah.. bersin, selesema,batuk.tapi aku tetap nak menaip

hari demi hari.terasa tidak selamat lagi disini. kenapa?

bila lubang rahsia ini tidak lagi berkunci
bimbang dicerobohi.
kerana terlalu banyak peluahan emosi
memungkinkan syak wasangka di hati

5hari dh aku kat kg. huh..segalanya sudah sampai ke pengakhiran.
mengingatkan aku kat upc selama 3 tahun stgah aku di perak..dan kemudian lagi setengah tahun di sekolah sebagai guru pelatih. segalanya terus berterusan.xde mesin menghenti masa.jadi nak tak nak. masa akan terus berlalu..