ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

hurm..manusia,dari kita kecik sampai la kita besar..mcm2 tempat yang kita pergi dan mcm2 perkara kita alami.kita temukan dgn pelbagai ragam manusia.

satu perkara yang aku tkut utk berdepan dgn namanya manusia ni...adalah MENJAGA HATI..
susahnya..

manusia.aku pun manusia..aku juga ada ati,perasaan, dan mcm2 yang manusia ada. tapi kenapa manusia tak faham manusia lain...

aku benci untuk bergaduh, aku bnci bila aku mula bercakap2 tntg org, aku benci bila aku yang dah jahat ni jadi makin2 jahat. tlg aku.. aku selalu berdoa, moga aku tak jadi orang2 yang dibenci, moga aku dan kaum muslimin dan muslimah dilindungi dari segala perbuatan keji.tapi, akhirnya aku menangis sendiri. terlalu banyk dah aku buat.dosa aku sendiri pada tuhan dah byk.inikah pula dosa aku pada mak ayah, dan dgn org2 sekeliling aku. tlg aku

aku rindu kehidupan aku..yang tak bergaul,yang menyendiri, yang tak suka kuar rumah, yang tak ambik tahu hal sape2, yang sorang2.gelak,sedih,marah semua sorng2.dah mcm org yang berhalusinasi.temannya adalah..aku,,dan aku... sb aku yakin..aku tak bersusah payah untuk menjaga hati sape2. semua tak pedulik aku.tapi masalah masa tu.aku sangt2 terasa SUNYI..

aku suka ngan kehidupan aku ngan kawan2 sekeliling aku, hati aku senyum xde sedih2 dah.tapi, dalam hati aku gembira...aku berhadapan dengan situasi yang aku tak jangka.hipokrit adalah jalan terbaik.. aku rasa dah tak best dgn life mcm ni.gara2 nak menjaga hati semua orang.tapi HATI AKU??PERASAAN AKU??

....................................

hari ni degree show.25hb oktober 2010. esok penyambungnya. fuhh.. moga2 berjalan dgn lancar.. penat+mengantuk+ busuk..keh2..esk hari angkut brang2.penat dowh..angkat pc,booth, papan dispaly.semua gedabak2 besar..tapi postmortem pon nak gaduh.aiseeyy..lantak ko la..k ler.nak tido.badan udah keletihan amat..

kadang2 rasa PERLU untuk kabarkan semua masalah yang kita alami. agar semua masalah itu diketahui orang dan orang leh bantu kita menyelesaikannya.tapi masalahnya, tak semua masalah itu boleh diberitahu mungkin kerana sebb2 tertentu. Kadang2 PERLU rasanya nak bangkit dan menjadi seorang yang berterus-terang.tapi beterus terang yang "terlalu berterus terang" mungkin menybbkan banyak masalah lain. Kadang2 PERLU untuk beritahu apa yang tersirat..tapi yang 'tersirat" tu tak semua orang leh faham...

PERLU ke aku faham..ciss.. aku dah makin kekacauan..

hari ni..aku kerap sangat tidur.entahla.badanku seolah tak berdaya nak bangun. strt dari pagi..aku bangun.kemudian terlelap.mandi, buat kerja then terlelap lagi..

jangkamasa aku terlelap agak lama..aku banyk bermimpi.dan aku banyak bermimpikan ayah. tiba2 termimpikan ayah.. sedikit aneh. tak pernah aku bermimpi tentang ayah.. dan mimpi aku bukan sebarang mimpi aku rasakan..

~mimpi~
aku dilihat dari atas bagaimana ayah berkerja..ayah berpeluh keringat..dan situasi aku ketika tu bergelak ketawa dengan kawan2 dan bersuka ria dengan enaknya. kemudian tiba2 aku kembali pada situasi ayah.berbekalkan air masak sebotol dan sehelai tuala di lilit dikepala.. di atas matahari terik dikepala, peluh2 jantan ayah menderu2 keluar, dengan bau hangit badan ayah terbakar dek kepanasan matahari.

kemudian situasi bertukar, ayah seolah berada di tempat pembinaan. ya tempat pembinaan, mengangkat tiang2 besi dengan jentera.kemudian bertukar lagi, tempat pembuangan sampah.. ayah dilihat dalam uniform pekerja buruh..aku seolah kamera yang tak dilihat ayah.. muka ayah difokus, dengan bibir kering dan mata yang kelesuan..jelas, ayah sangat bekerja keras..kemudian ke tempat penuh habuk..ku lihat ayah memikul 2 plastik simen.jelas, menyakitkan badan ayah.

ya ALLAH, apa yang kau tunjukkan pada aku..aku teriak memanggil ayah..ayah tidak mendengar dan terus bergerak seperti aku tidak wujud.. ayahhh....

aku terkejut dari tidur.. mataku di basahi air.dan aku teringat mimpi itu..air mataku mengalir lagi.. memandangkan aku terlelap di meja study, ku lihat teman serumah seolah keluar, cpt2 ku sapu air mata ini. ku capai hp, jam 12.01 tengahari.. ku capai tuala terus ke kamar mandi..

aku menangis dengan sepuas2 hati..oh ayah..maafkan aku... aku leka, aku mudah give up dgn hidup, aku xbersungguh..maafkan aku ayah. demimu, demi mak,adik2 dan keluarga, aku akan berusaha.. sungguh, aku cuba utk tidak berputus asa walaupun kadang2 aku rasa aku dah sampai tahap down yang teramat2... ku sapu air mata ini, keluar seperti biasa.tapi dalam ati ada satu semangat..

insyaALLAH. aku akan nekad... mengubah nasib keluarga.dan aku akan menjaga mereka selagi aku ada nafas.insyaALLAH.target --> kerja dan tanggung keluargaku.

ya ALLAH,
jauhkan malapetakai. permudahkanlah kehidupan mereka. sejahterakanlah mereka.berkatilah kehidupan kami..tuhan..tolonglah perkenankan doaku ini...sb itu la insn y paling aku sayangg..syg sgt2. permudahkanlah aku mencapai hasratku.jauhkan aku dari kelalaian dan alpa.jauhkan aku dari menjadi anak derhaka.

even Degree show makin dekat. artwork pun perlula segera disiapkan dan diprint. koiyakk juga semester ni nak pakai duit. tapi tu la.aku mungkin tak terasa kot sb aku ada kpm.tapi kawn2.. ermm.. xpela.dah sem akhir. sem dapan dah xde kat u ni.sedih...

dissbkan kepala aku ni dulu pernah migrain.aku takut utk alaminya lagi.aku cuba utk tidak hidup dgn pikirkan terlalu byk masalah+kerja+ tekanan.. jadi, aku suka utk ingtkan diri aku..aku akan berusaha sebaik mungkin.aku mungkin dah kurang tahap motivasi.tapi aku akan berusaha sb aku ingt..susahnya aku nak masuk u ni.hanya keluarga yang mengetahuinya..

mak..ayah..abg..kak..aku yakin kluargaku mesti tak nak aku give up.aku akan berusaha demi kamu semua.yupp

Oktober ini, peristiwa kemalangan di simpang ampang serembam sgt menyayat hati. mungkin lebih dirasai lanjutan beritanya kerana ianya juga melibatkan bekas pelajar upsi yang bakal konvo yang mana aku juga mengenali lelaki tersebut kerana pernah terlibat dalam satu event yang sama dgnnya.dan kedua, tarikh unit kemalangan itu berlaku. 10.10.2010...

pagi tadi, seorang kawan menghantar mesg yang agak mengejutkan.kehilangan saudara kandung. aku cuma mampu terdiam..dan kemudian menghantar mesg takziah. kehilangan secara tiba2 bukan tak pernh terjadi.cuma kadang2 kita lupa dan alpa bila kita leka menikmati hidup. tup2 kita dengan..itulah salam terakhir mereka saat kita bersama nya buat seketika.

..takziah buat mereka..
~al fatihah~

Dah seminggu aku stay tak tido malam utk wat asigmnet,tapi asignment aku tak juga siap2.dugaan bagi aku.. aku tak tahu..aku semakin kerap sakit kepala.sakit kepala aku ni seolah bukan sakit yang kebiasaan aku dapat. sakitnya tak hilang dari hari ke hari dan menekan2 kepalaku sangat2. mungkin aku terlalu banyk fikirkn work,masalh dan hal2 lain.sampai makan minum aku sendiri tak terjaga.

Emosi aku juga sama, seolah semua perkara aku ambik ati. setiap perbuatan, kata2 yang sebenarnya xde apa2 menjadi 'apa-apa' pada fikirn aku, aku suka membuat andaian yang bukan-bukan dan fikirkan apa yang org pikirkan pasal aku.padahal..itu penting ke? selama ini aku pun wat derk je ngan semua tu??

bergaduh~itu mmg diakui.aku seolah nak bermusuh ngan semua org.dah la kepala aku ni penin tak hilang2, mood aku pulak org kacau..xpsal2 aku jadi moody..

kalau aku tak moody,org lain moody tak pasal2 kaitkan aku.apa kessss!!.. kawal r emosi tu.habis satu dunia nak heboh yang kau tu tgh nak marah la, tengah tension la.yang sakit ati nya, aku yang kau libatkan. then kau cakap aku ni jenis manusia yang xde perasaan, xde rasa tanggungjawab pada kawan dan apa2 tah ko melalut kat mana2 lagi apatah lagi kat status fb ko..kalau ko tak puas ati sangat.benci sangt tgk aku.ko bunuh je aku ni. biar ko rasa puas.
aku benci hidup dalam pergaduhan. aku mmg benci sangt2, baik aku mati dari hidup dgn sekeliling membenci sesama sendiri.arghhh..aku pulak yang jadi emosi.

~bila aku alami kesakitan ini, aku bayangkan org lain alami kesakitan.. sabarnya mereka..tk mcm aku, bersungut dan bersungut. aku tkut nk p klinik.sb aku tahu aku hanya sakit sebb tension kan kerja.hu3.tapi tak tahula..lau aku ada sakit lain.aku sendiri dah tak tahu apa kena ngan badan aku.