tak kala... air mata ku menitik. semakin laju merembes keluar. nasib baik aku keseorangan pagi ini.kalau tidak mana aku nak cover mata yang semakin membasah. aku.. siapa tahu aku? oh tuhan...
u r not alone
See iNto mY miNd
capaian blog2
-
Pergi6 years ago
-
PeMiLik BaHagIa...11 years ago
-
-
emptyheart personal
- pizger
- apa orang anggap aku.itulah aku.. manusia tak sempurna.tak semua suka pada kita.dan tak semua benci kita.
Ya Hayyu Ya Qayyum,
terimalah subuhku dalam hidayat-Mu
berkatilah zuhurku dalam rahmat-Mu
ampunkan lalaiku dalam asarku
peliharakan lah iman ku dalam maghribku
redai isyakku dalam kasih-Mu
Jumaatku basah dalam As-Sajadah
fajarku syahdu doa Akasyah
pagiku hening restu Haiqal
dhuhaku nyaman
selawat An-Nur Muhammad rasulullah
tahajudku indah al-Mulk kebesaran-Mu Allah
ar-Rahman ar-Rahim-Mu
kekal bahgiaku
sunat isyrakku mohon rezeki-Mu
sunat tasbihku mohon keampunan-Mu
sunat hajatku mohon makbul-Mu
terimalah ya Allah
sujud syukurku
tuhan,
limpahkan aku rahmat ikhlas
hindarkan aku riak bias
dalam rahman-Mu ya Allah
nikmat syukur yang indah!
buat nabi junjungan.. nabi Muhammad S.A.W. 12 Rabiulawal jatuh pada hari jumaat. Itulah kebesaran ALLAH buat kekasihnya. Alhamduliilah.. aku masih lagi diberikan nyawa untuk aku menikmati nikmat di dunia ni. Banyak hal atas dunia ni..dan semuanya atas kita sendiri untuk menerima,menolak dan mencoraknya.
Jika insan diasuh dengan keangkuhan, dia belajar erti takbur.
Jika insan diasuh dengan kelemahan, dia belajar erti hina dirinya sendiri.
Jika insan diasuh dengan erti permusuhan, dia belajar erti membenci.
jika insan diasuh dengan sikap pentingkan diri sendiri, dia belajar erti mengkhianati......
namun....
Jika insan diasuh dengan insani, dia belajar erti hargai.
Jika insan diasuh dengan belas budi, dia belajar erti mengasihani.
Jika insan diasuh dengan kepayahan, dia belajar erti mensyukuri.
Jika insan diasuh dengan bertimbang rasa, dia belajar erti bersabar....
moga aku dapat mendidik diri aku sendiri..sebelum aku mendidik orang lain ke arah yang lebih baik
kemana lagi perlu aku lari menghilangkan rasa gundah d hati.kemana2?..sejak wujudnya blog ini disini.. aku lari ke alam maya yang aku sendiri tak pasti betul atau tak destinasinya. kesilapannya..sb ianya telah diketahui org.
aku di kampung waktu ini.belek2 kebun n belek komen fb serta cek email. dalam fb ramai org suka komen gambar.dan aku??..tiada minat itu.komen setakat cukup syarat jer. aku klik org ni dan org itu just mahu tgk gambar shja. ada beberapa gambar buat aku terdiam menahan gelora sedih. foto mmg indah. byk kenangan tersimpan pada gambar. dan menjadi lebih sedih..bila orang dalam gambar tidak seperti waktu ketika dulu.. semuanya berubah.semuanya.
dan yang sedih nya.berubah tika saat berpisah makin tiba. sgt sedih. tolong jgn berubah. sb kemungkinan utk jumpa kembali selepas berpisah..mungkin adalah tipis.. dan mmg xde peluang. aku..rasa sedih :(
salah ke aku seorang yang low profile? sedangkan kamu..berusaha menonjolkan diri
Pejam celik 2x .. dah nak raya cina. cptnya masa berlalu. Aku duk umah je hari ni. aku borak2 ngan kawan ni. tetiba,tersentuh topik couple. then, enth apa yang bermain di fikiran kawan aku ni. duk tnya aku.. mcm ni..."kamo tak rasa jelouse ke tgk kawan lain ada pasangan siap nak tunang n khwin".. aku senyap sekejap. Mcamna ye aku nak jawap soalan ni. Then aku ckp la. buat apa ku nak jelouse.. aku tumpang gembira la. Tapi kan.. aku tak tahu..bila soalan tu kuar je dari mulut kwn aku ni. Aku mcm rasa lain... ermm..perlu ke aku jelouse ek?? sb aku masih lum ada pasangan gitu?
Aku byk melawat rakan2 lama di fb sama ada skwn sek rendah, menengah, form 6 mahupun rakan seuniversiti. Aku mcm rasa sedikit.. jauh.. aku tak tahu kenapa. Aku terlalu daif..dan aku tak pandai..cuma itu aku mmpu aku ckp walaupun ada beberapa perasaan abstrak sedang melanda jiwaku dan fikiranku.
Oh tuhan...