ZERO MIND

Bila kita mula rasa rungsing.. penyelesaiannya..kosongkan minda serta tenangkan diri dan buat keputusan

malam ni... kepalaku sakit lagi. ya...amat sakit. apa kena dengan kepalaku ini. takkan ada migrain kot. apa2 lah.bosan melayan kesakitan kepalaku. Pulang ke kampung pada 18hb 11.. aku sangat gembira.. gembira akan bertemu keluarga.aku bosan dengan apa yang berlaku di upsi.di rumah sewaku.aku terlalu tertekan semester ini. terlalu byk perkara yang tak dijangka dan buatkan aku makin banyak menangis, byk termenung byk berfikir, dan semakin aku berfikir.aku makin sakit kepala.
pulang ke kampung..tak disangka..ada lagi perkara yang mengejutkan aku.Ya ALLAH ujian apakah ini yang menimpaku. kehilangan sepupuku yang tak dijangka.dan krisis dalaman keluarga yang menekan dadaku. aku sesak..aku sebak..aku buntu..aku keliru..aku..aku..apa perlu aku buat utk jernihkan semuanya.. tolongg. aku seolah menjadi orang tengah keluarga. dan siapa perlu aku luahkan. pihak mana patut aku menangkan dan pihak mana yang menjadi punca.
aku kini mengerti.. krisis berlaku sebelum aku pulang lagi..dan kepulangan aku seolah mencari jalan penyelesaian.. apa perlu aku buat utk pulihkan semua ini. kenapa aku?? dan andai aku orang yang dapat menyelesaikannya... aku harap dapat selesaikanya dengan baik. aku sangat mengharap kali ini.. Ya ALLAH... tolongla aku. kerna aku sangat sayang mereka. aku tak kisah apa yang terjadi pada diri aku.semua tu tak penting cuma aku harap..mereka bahagia..dan gembira sampai akhir hayat mereka.

alhamdulillah..examku telah habis semester ini.mmg mencabar semester ini menempuh ke akhirnya.. aku hilang mood study yang tersangat2..dan juga soalan exam pun..mmg menguji minda.tapi aku bersyukur aku dapat menghabiskannya dengan baik.. aku perlu berkemas,,tuk beripindah umah semester ini..masih byk baju yang belum dibasuh.hujan pula turun tak mengira waktu.
aku suka untuk mengenang kembali apa yang berlaku.mmg setiap kali begitu..hrm... kenangan di rumah ini juga banyak. mengenali sesorang manusia yang sebenarnya bermula apabila kita duduk bersamanya untuk satu jangka waktu tertentu. cepat atau lambat kita mengetahuinya adalah bergantung pada keadaan. dan aku secara atomatiknya akan teringat semua kenangan silam.aku kembali teringat kata2 seorang teman.. "kita sebagai anak perempuan terlalu byk dosa yang perlu mak ayah tanggung selagi belum berkahwin." inilah dosa anak perempuan..dosa sahabat.dosa pada diri sendiri.. selama kita hidup. akan ada dosa yang akan kita tambah sampailah kita mati.

aku rindui blog ku. tiap kali aku buka internet.pasti aku akan melawati blog ni. kerana apa..kerana sekrang bagiku hanya blog ini yang menjadi perantara antara aku dan masalahku dan rasa gundahku. hari ini... 31hb 10. masih ada beberapa hari sebelum exam bermula.dan assignment masih lagi tidak kehabisan. hari ini assesment cad, hari ni segalanya seolah blur bagiku.aku byk tido.dan aku juga byk bermimpi.mungkin kerana aku tersangat penat kerana menyiapkan kerja2 ku. entahla.keadaan terasa begitu asing.. study entah kemana. aku juga buat julung kalinya berada di sini..aku meminjam duit. Desakan duit bagiku sgt ketara pada semester ini. aku tak tahu sama ada aku boleh bertahan untuk minggu2 sebelum aku pulang ke kg. duit dalam beg cuma ada rm4.dan bank cuma rm16. mmg aku tak tahu lagi dah nak hidup mcmna. aptah lagi duit tuk bli barangan assignment nnti. terdesak..ya terdesak sgt..dah dua hari aku tak menjamah nasi. ya aku akui..aku tersangat lapar. tapi semuanya duit. sekali makan sahaja dah rm5 lebih sekali makan. disesbbkan semuanya layan diri..seberapa sedikit pun aku ambil tetap bercas rm 4 ke atas. inilah student... kurang tido,byk kerja dan kurang duit. saat aku menaip ni.perutku berbunyi lagi..dan tangan ku mengeletar. mungkin tak makan dan kurang tido.aku merasakan badanku sgt lemah dan tiada tenaga. sabar perut. bertahan utk beberapa minggu lagi di sini..dan aku perlu tido utk melupakan kelaparan ini.

Hari ini hari selasa..jam 10.30 malam.bertarikh 27hb.10. Ermm..minggu ni seharusnya aku harus bergelumang dengan buku utk ku exam 5hb 6t.dah makin hampir.minggu ni juga segala assignment perlu dihantar segera. dan...sebenarnya..dan sangat menyakitkan jiwaku..bila assignment dihantar masih lagi ditolak dan ditambah lagi dengan kerja baru. semua hari cuti studyku dah tiada.aku perlu menyiapkan pada waktu dan masa cuti study ni. mmg aku akui.aku sgt marah pada lecturer ku kerana seolah tidak berperikemanusian dalam memberi kami tugasan. tugasan demi tugasan diberi walaupun cuti study. acapkali aku menyumpah seranah akan kerja yang tak berhabisan ini. malam ni..aku kembali berfikiran rasional. inilah akibatnya kalau aku hidup dengan pemikiran yang cetek. aku tersedar..dan aku menyesal akan kata-kata ku. Ampunkan aku wahai para lecturer yang mengajarku. aku tak seharusnya hidup dengan pemikiran yang teruk mcm tu. tugasan terakhir yang en A bagi padaku dan pada kami perlu disiapkan pada hari isnin ni iaitu pada minggu hadapan. exam pula pada hari khmisnya. mampukah aku menyiapkannya disamping aku fokus pada exam? entah.itu jawapan yang aku tak pasti. tapi yang pasti aku tak mahu hidup dengan pemikiran yang teruk. bila difikirkan assinment terakhir ni..aku tahu byk pemikiran buruk yang ada dalam kepala otak ku ingin menerjah keluar. Assignment baru yang mungkin meyebabkan kita rasa sgt tertekan maybe dalam byk perkara..masa,duit.. dan exam?..apabila "kami" tahu "kami" perlu membuat tugasan baru..byk reaksi terlihat.Mungkin bukan sekadar senyum tawar, malah mungkin kita akan menolak tugasan tersebut dengan alasan yang pelbagai atau sekurang-kurangnya kita menjawab dengan jawapan yang menyakitkan hati pihak lain yang mendengarnya. Kenapa perlu jadi begitu? Ya, jawapannya kerana kita telah dibentuk oleh fikiran kita yang negatif. bila kita renungkan dan berfikir Kenapa tidak "kami" melihat tugasan itu sebagai satu peluang untuk "kami" belajar dan mencari pengalaman baru. Kenapa kita tidak bersangka baik bahawa tugasan itu diberikan kepada kita kerana lecturer percayakan kita.. Marcus Aurelius, seorang kaisar Romawi Kuno bias mengatakan “ Hidup kita dibentuk oleh fikiran kita”. Malah seorang penulis hebat dari Barat bernama Dale Carnegie yang telah menulis buku bertajuk How To Stop Worriying And Start Living turut mengatakan di dalam bukunya bahawa “ Fikiran kitalah yang menbentuk peribadi kita dan arahan fikiran kita adalah faktor utama yang menentukan perjalanan hidup kita”. namun masalah bunyi belakang tetap akan timbul kerana byk sb...salah leturer atau salah sendiri? salah dua2 kot.aku tahu aku juga byk hidup berdasarkan pemikiran yang dua tu.sama ada positif dan negatif.seperti orang lain, aku juga tak dapat lari dari semua tu.dan aku harap aku terus bertahan dalam menghadapi ujian ini.

oh asignment..
minggu demi minggu dirasakan sangat lama
puas menunggu tapi semakin menghimpit rasa
aku keliru dan semakin penin kepala
semua ku rasa sudah tak tentu hala
oh assignment..
Bukan senang melawan waktu
bukan mudah melawan nafsu
aku dihuni assignment beribu
tak tahu mcmna harus aku settelkan dulu.
oh assignment..
Kenneth Lansing dan disipline base education
semuanya perkara yang tension2
Rancangan mengajar, analisis sukatan, serta carta grafik bukan spt television
semuanya perlu diperah segala keringat akal serembum
oh assignment..
rancangan mengajar dalam persembahan multimedia
dahulu dokumentari dengan panorama
semuanya pengajaran teknologi yang berguna
namun masih tidak bergerak kerja yang terakhirnya.
oh assignment..
advertising segala bebanan kerja
sukar di approve malah direject saja
bila saat akhir pun makin byk saja karenahnya
tak tahula sampai bila.
kejap buat ni kejap buat tu
segala pe yang dibuat semuanya ditolak begitu
kerja makin ditambah hati makin menggerutu
dahulu ditolak masih lum dibaiki dulu
malah ditambah dengan projek dan masalah baru.
oh assignment..
kerja lapangan sangat menyukarkan jiwa
kajian masjid dan al quran lama perlu dihantar segera
namun masih tiada patah belum dititipkan pena
rujukan pun tak tahula nak cari kat mana
main reka sereka rekanya.
oh assignment
paling sukar dalam menganyam
walaupun hanya menganyam tapi hati ketakutan
lecturer yang sukar dimergertikan
aku takut debar berlanjutan
oh assignemt..
kenapa la rasa sukar menghabiskan kau
kenapa..kenapa..padahal kau adalah mekanan kami sehari-hari di sini
kenapa waktu dan ketika ini kau bermain tarik tali
aku sukar dan tak dapat nak pikir lagi
oh assignment..
oh assignment..
tolongla berkerjasama denganku
aku mahu menyiapkan dengan tempoh waktu yang ditetapkan
bagi aku idea dalam menyiapkan mu
hilangkan rasa malas dan sakit jiwaku
aku sudah buntu dan makin tak menentu..

"power of words" . ya..mmg diakui.Patah kata itu sangat berkuasa.sangat mempengaruhi segala tingkahlaku kita.sangat2 mempengaruhi kehidupan manusia. Banyak kata2 wujud dalam dunia ni.dan kita berkomunikasi antara satu sama lain kerana komunikasi kata yang diakui berkesan diseluruh dunia. Namun tidak semua kata2 memberi keadaan yang positif. dan sangat susah dalam menghadapi kata-kata yang sememangya negatif. Itulah power of words.. ia sangat menyakitkan.kerana sifat dengki, iri hati dan niat yang busuk.orang lain menerima kesan yang sangat teruk.sehingga..boleh mencapai taraf rendah diri yang sangat nyata dan ketakutan pada kehidupan nya. dan aku..mengalaminya, ini bukan kes buli.tapi kata2 yang tersembunyi. yang sebenarnya sudah diketahui dan bersepakat utk menjatuhkan aku dengan begitu kejam dan menyakitkan. semata2 mahu melihat aku tersungkur lemah, kehilangan dan putus harapan. maruahku dipijak seolah tiada harga di mata orang2 sekeliling. inilah bakal2 pen____ yang akan wujud dimuka bumi ini. Pikirla apa akan jadi pada org2 di bawahnya pula. hanya yang kuat berkuasa dan yang lemah terus layu dan mati. Akibat kerana sudah tiada kekuatan yang wujud dalam insan yang dianiaya.biarla aku hanya aku.kenapa perlu mengangguku..kenapa??

turn sadness into kindness
and uniqueness into strengh
it's okay to get lost in the process,begin to walk
one more time
do i like to answer to someones's expectation?
and be praise for it?
even i must sacrifice what i really want to do
will i smile be true?
i wake up after seeing only the beginning of my dream
but i will grasp what happens after that with my arms
yes, the important things are always
the ones with no form
even if i obtain it or lose it, i do not notice