petang tadi 16.12.2009..jam 5 petang di pantai airport kT..bekas pelajar2 pt1 2005-2006 buat perjumpaan tuk berjumpa kawan2. yup...seronok dapat jumpa kawan2 lama di bangku sekolah. Sedar tak sedar dah beberapa tahun berlalu. semuanya merancang masa depan tersendiri. Walaupun aku taklah famous di sekolah waktu ketika dulu, dan tak mengenali ramai orang. tapi aku seronok sgt bila berjumpa kawan2 yang mmg dah lama tak jumpa.teringat waktu2 di sekolah.tgk gelagat kawan2 buat aku rasa rindu pada masa yang berlalu. sebb itula.. ALLAH buatkan masa tak boleh diundur. kerana masa yang berlalu akan menjadi ingatan yang sangat istimewa.
lembutnya angin pantai
ombak mencorak pasir
terbayang minda damai
pada memori yang diukir
ketawa yang bertaut
setiap gelagat diabadi
indah nya dilihat air laut
tersimpan kenangan terus dirindui
ombak mencorak pasir
terbayang minda damai
pada memori yang diukir
ketawa yang bertaut
setiap gelagat diabadi
indah nya dilihat air laut
tersimpan kenangan terus dirindui
dan..pada waktu aku memandang laut.. aku teringatkan "dia" yang sentiasa menjadi bisikan bicara kawan2.ada yang tertanya2 dan ada juga bermain mata ketika menyebutnya. dia yang pernah menjadi seorang kawan yang aku sanjungi.budi nya pada aku tidak aku lupakan. insan pertama yang mendekatiku ketika aku sentiasa berseorangan di kelas. waktu itu ketika darjah 5. kelas itu 5 kuning dan guru kelasnya cikgu Razman. hingga kita menjadi kawan yang sentiasa bersama2 ke sekolah mengayuh basikal pergi dan pulang dari sekolah. rehat dan sama2 ketawa. Hingga kini..kau diantara teman paling lama berkawan denganku diantara orang lain. terima kasih teman.

0 comments:
Post a Comment